Thursday, 4 January 2018

DIARI AZZAHRA : CUCUK IMUNISASI 4 BULAN

Assalamualaikum wbt..

Salam ceria dan salam bahagia buat semua pembaca blog ini terutama mommies yang hebat.

Hari ni, cukup 4 bulan baby Azzahra kena cucuk imunisasi berkalanya.

Ada yang tanya kenapa kena cucuk?

Bukan ke bulan ke empat baby rest. Just timbang dan check up biasa?

Ok.

Betul lah tue. Tapi, situasi baby Azzahra lain. Tak sama dengan jadual imunisasi baby biasa.

Baby Azzahra memang sihat. Tak de masalah. Cuma ibu dia je yang bermasalah.

So, awal bulan pertama tempoh hari.. saya terpaksa skip cucuk Azzahra. Gara-gara, luka operate terbuka. Keadaan akan lebih memudaratkan untuk ke klinik.

Oleh kerana tak nak memanjangkan cerita (Kisahnya, di sini : IMUNISASI BAYI KALI PERTAMA). Cam tu lah jadi nya.

Maka hari ni, nak tak nak baby Azzahra tetap kena ambil imunisasi bulan ke empat.

Kecian dia, kena cucuk.

HUJAN NON-STOP, JADI KE CUCUK AZZAHRA

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, saya masih berkira-kira nak tunggu petang ke call klinik Jaya Gading maklumkan yang nak cancel temujanji kami.

Sebab tak pasti air banjir dah surut atau masih sama macam semalam.

Kalau semalam jalan utama untuk keluar dan juga short cut nak ke klinik memang dinaiki air. Kereta of course tak boleh lalu.

Kalau 4wheel boleh lah nak redah. Hehehe.

Air mula melimpah di laluan utama Jalan Shamsudin, Sri Damai.




Short-cut nak ke Klinik Jaya Gading naik air.

En.suami dah pesan awal-awal lagi untuk call dan cancel je. Tak yah pening-pening kepala.

Tapi kita yang emak-emak nie, fikir berkali-kali.

Tambahan baby Azzahra dah selsema hampir seminggu.

Hidung dia berhingus, jadi tak selesa nak bernafas dan menyusu.

Kalau boleh memang nak pi hari ni je. Boleh jumpa doktor sekali check up selsema dia.

Masa nak call tue.. time tu lah pulak, network no service. Elektrik black out.

Hurmmm... mode jadi bermalas-malasan lah pulak. Tarik selimut, tidurkan Azzahra. Hahaha..

Then, dalam sejam tu en.suami gitaw air dah surut. Jalan dah boleh lalu.

Alhamdulillah.

Saya pun bersiap-siaplah untuk ke klinik bawak baby Azzahra selepas zohor.

Sempatlah terkejar-kejar masak, basuh kain.

Nasib zaman serba canggih. Tak yah nak berangkut air, masuk hutan cari kayu api. Kihkihkih..

RESULT IMUNISASI HARI INI

Sampai kat klinik tue, Alhamdulillah orang tak ramai.

Jadi, kami daftar. Pi, ke bilik no. 5 macam biasa.

Timbang, ukur panjang badan, lilit kepala dan inject imunisasi.

Berat : 6.72kg
Panjang/Tinggi : 64cm
Lilitan kepala : 40cm
BMI : 16.3

Nurse sembang-sembang untuk tengok perkembangan Azzahra.

Then, kami ke bangunan sebelah untuk berjumpa doktor pulak check selsema Azzahra.

Menunggu angka giliran No. 007.
Dah settle, ke Farmasi ambil ubat.

Doktor bagi ubat titis sebab baby sebesar 4 bulan belum boleh minum ubat.

Saya dinasihatkan untuk teruskan breastfeeding baby macam biasa.

Hanya menyusu ibu sahaja akan buatkan baby cepat sembuh kata nurse tadi.

Alhamdulillah.. tak lama lagi baiklah anak ibu.

Anak ibu selsema. Ibu kena up dose vitamin imunisasi demi baby Azzahra.
Saya pun kena cukupkan diet harian dengan pemakanan yang seimbang untuk berikan the best milk for my baby.

InsyaAllah.

Ok, kalau sesiapa ada nak order Set Menyusu, Bersalin, Berpantang Ibu dan anak boleh lah juga hubungi saya.

Semua set untuk kesihatan wanita terutama mommies semua ada.

whatsApp kat sini (Sakinah : 019-9164276).

Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment