Social Icons

Monday, 16 January 2017

STATUS BARU, DUNIA BARU, RUTIN BARU

Assalamualaikum wbt dan salam kerinduan buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my.

Saya mendoakan semoga anda semua dipermudahkan segala urusan dan dirahmati Allah SWT. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Terlalu lama saya tak menulis di laman ini. Hati dan jiwa amat merindui. Terasa tumpul seperti parang lama. Huhuhu..


Ramai yang bertanya dan masih setia menanti coretan di sini. Terima kasih, sahabat.

Saban hari, saya berusaha merencana ayat-ayat dan cerita untuk dikongsi dan terus berkongsi. Tapi, ada je keterbatasan waktu untuk menulis.

InsyaAllah, sekarang saya sedang mencari kekuatan dan doakan saya mampu menulis seperti sebelum-sebelum ini.

Untuk makluman, pembaca blog saya yang dikasihi.. actually, awal bulan Disember 2016 baru ni saya telah selamat diijabkabul dengan jodoh pilihan hati yang kini menjadi peneman hidup dunia akhirat. InsyaAllah.

Kiranya dan sebulan lebih jugak lah status Cik Sakinah bertukar kepada Puan Sakinah. Dan dalam masa yang sama, dikurniakan rezeki awal oleh Allah Yang Maha Esa.

Rutin harian mula berubah. Tanggungjawab pun bertambah. Diri kena semakin matang sebab dah jadi isteri orang nie.

Diri pun mula membesar dengan bahagia. Kerap sangat lapar sejak berbadan dua ni. Alahan pun boleh tahan pening dan loya je memanjang.

Saya berfikir cam mana lah emak yang mengandung anak 14 orang hadapi alahan dan kerenah setiap anak-anaknya. Memang respect lah. Besar pengorbanan emak.

Papepun, syukur kepadaNya. Saya doakan anda di luar sana pun peroleh berita yang baik-baik dan gembira hari ini.

Ok.

Cukup lah dulu sampai sini, nanti kita bersua lagi ye.

Doakan semoga anak di dalam kandungan ni, sihat, selamat dan sentiasa dilimpahi rahmat olehNya. Menjadi anak yang soleh dan solehan dunia akhirat. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Sakinah,
Working-At-Home-Woman (WAHW),
Shaklee Business Leader,
sakinahms.blogspot.my

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies