Thursday 13 April 2017

DAPUR SAKINAH : RESEPI SAYUR LEMAK TERUNG ZAPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my. Saya doakan semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria bahagia disamping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Terima kasih kerana masih setia menunggu. Huhuhu..

Dah lama tak update since alahan pregnant nie.

Papepun, saya tak mahu merepek lama-lama.

Hari ni, nak share resepi campak-campak gaya Dapur Sakinah.

Saya pun dah buntu, tak tahu nak masak apa. Kadang tengok makanan nak muntah.

Tadi masuk dapur, nampak serbuk bawang ZAPA keluaran my kakak ipar from melaka. So, kita guna je bahan yang mudah, cepat dan tak banyak kerenah ni.

Memandangkan still ada sedikit alahan pada bau bawang kisar, kiranya ZAPA ni penyelamat kepada ibu-ibu alahan macam saya.

Jom! kita masak Sayur Lemak Terung ZAPA.

Resepi sayur Lemak Terung ZAPA:

Bahan-bahan :

1. Sesudu kecil serbuk bawang putih #zapa

2. Sesudu kecil serbuk bawang merah #zapa

3. Sedikit halia diketuk.

4. Sedikit ikan bilis. Nak lebih sedap, boleh guna isi ikan panggang tanpa garam mahupun kunyit (panggang tawar). Saya 'terlebih rajin' sikit.. tu guna ikan bilis je. Mudah. Hehehe..

5. Secawan santan kotak (Ayam brand, tak kisah jenis apa pun). Lebih sedap dapat guna santan segar. Lebih sihat tanpa bahan pengawet.

6. Terung ikut suka hati. Nak yang bulat ke panjang ke pendek ke ataupun hijau/purple color. Potong ikut suka rasa. Rebus/kukus/stim layu untuk lembutkan terung tadi.

7. Dua cawan air kosong.

8. Serbuk sedap cukup rasa brand maggie.

9. Petai tanpa kulit. Nak cepat beli je petai siap dikopek. Banyak je kat pasaraya.

10. Sebiji bawang merah yang dah diracik sebagai pemanis rasa.

11. Dua urat kacang panjang dipotong pendek beserta cili merah diracik sebagai penyeri hidangan.

*Nota : Pastikan Serbuk bawang #Zapa tadi direndam dengan sedikit air untuk lebih pekat dan dikacau (elak berketul-ketul).

Cara-cara memasak:

1. Panaskan periuk, renehkan 2 cawan air beserta dengan serbuk bawang #zapa tadi. Halia ketuk sekali (Nak guna serbuk halia #zapa pun boleh). Bila dah mendidih masukkan ikan bilis.

2. Kemudian masukkan santan tadi. (Kalau suka pekat boleh lebihkan santan). Biarkan mendidih sekejap.

3. Masukkan sayur terung yang dah layu, petai dan kacang panjang.

4. Lastly, masukkan bawang merah dan cilik merah racik. Tambah serbuk sedap cukup rasa.

5. Kacau sekejap. Matikan dapur dan angkat. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

Thanks to my kakak ipar sebab produce serbuk bawang ZAPA ni. Sangat membantu ibu-ibu sedang alahan macam saya dan tak sempat nak berlama-lama kat dapur. Kalau ada sesape nak cuba serbuk bawang ZAPA (keluaran bumiputera dan sepenuhnya muslim) boleh je roger-roger saya (Sakinah : 019-9164276).
*Sekejap je masak sayur dalam 2 hingga 5 minit siap. Sayur tak leh masak lama-lama, nanti hilang khasiatnya.
*Saya tak gunakan garam. Cukup dengan rasa ikan bilis dan serbuk cukup rasa tadi.

Ok. Nanti kita update lagi ye.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment