Thursday 5 October 2017

DIARI AZZAHRA : TANGISAN DI BAWAH CAHAYA BIRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini. Mungkin, anda juga seperti saya yang sedang berhadapan dengan ujian anak Jaundice.

Hari ni, sudah 31 hari usia anak syurga ibu. Semoga anak ibu, Siti Nur Hafizhah Azzahra Binti Mohd Noor Ariff menjadi anak solehah, sihat dan kuat.

Alhamdulillah, 5 Sept. 2017 (Boleh baca kisahnya di sini) lahirnya srikandi syurga yang dinanti-nantikan ibu & ayah selama ini.

Pada ibu, bersalin adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat diri seorang wanita yang kali pertama bakal bergelar ibu.

Ada yang bersalin normal dan ada yang melalui jalan pembedahan.

Ibu tidak berkecuali wahai anak.. Ibu berusaha berdoa sepanjang tempoh kehamilan merancang untuk bersalin normal.

Berdoa kepadaNya, anak ibu sihat sempurna dan selamat tanpa sebarang cacat-cela. Kerana ibu selalu dimomokkan dengan pelbagai pantang larang yang menakutkan.

Terkadang, terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ngeri, risau.

Sesungguhnya, tempoh kehamilan 9 bulan lebih bukan satu tempoh yang pendek. Ia amat mencabar dan menguji jiwa raga ibu.

Ibu kuatkan diri demimu. Zuriat, amanah Allah.

Genap sebulan usia baby Azzzahra. Tapi, tak banyak gambar.
Sebab masa ni, Ibu sedih luka jahitan caesar terbuka 2 inci.
Sepatutnya, kita ke klinik. Tapi, ibu tunda hari lain. 
Namun, ibu tidak berdaya berjuang ke saat akhir meneruskan usaha doa ibu selama ini.

Ibu tewas dipertengahan perjuangan ibu melahirkanmu. Setelah 22jam 30minit menahan sakit contraction selepas induces.


"Fetal Distress"

Ye, itu yang berlaku kepada anak ibu secara tiba-tiba bila ibu terlena tak berdaya menyedut gas entonox.

Contoh gas entonox semasa di dalam labour room.
credit to en.google

Ibu dah tak de tenaga. Ibu dah penat.

Mulut tak henti membaca doa nabi Yunus AS yang sedia tertampal di dinding labour room (Bilik No.5). Nenek pun pesan perkara yang sama.

Ibu baca juga doa yang tok wan pesan supaya dipermudahkan buka jalan. Jalan ibu dah bukak 5cm masa tue.

Tapi, ibu antara sedar dan tak sedar. Gara-gara gas pelali entonox tue.

Segala doa ibu baca. Huhuhu.

Sakit contraction hanya Allah yang tahu. Setiap denyut jantungmu ibu dengar melalui mesin CTG, wahai anak.

Ibu tak sempat nak ambil gambar mesin nie. Sebab sakit yang amat.
Sakit contraction.Apa yang ibu ingat.. kertas tue panjang ke bawah.
Apa benda pun ibu tak faham. Huhuhu..

Kuat, kencang, laju.. dup! dup! dup! dup!

Semakin kuat contraction, semakin sakit menanggung rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Then... sayup-sayup je, ibu dah lemah. Begitu jua anak ibu. Fetal Distress.

Ibu dipindahkan katil untuk ditolak ke Operation Theatre (OT).

Sejam lebih kemudian,

Jam 7.45pagi lahirlah anak gadis ibu, Azzahra. Anak yang menjadi teka-teki ayah ibu selama ini. Lelaki ke perempuan, twin ke single?

Alhamdulillah, hilang rasa sakit.

Di saat ibu berjaya berikan susu pertama ekslusif buat anak ibu, Azzahra.

Hilang tanda tanya dimana anak ibu?

Hilang persoalan lelaki ke perempuan?

Alhamdulillah..

Cabaran hidup kita bertiga bermula bersama ayah.

Aku darah O, adakah anakku berisiko Jaundice?

Perkara yang ibu tak dapat elakkan. Ibu dan ayah berdarah O. Maka anak ibu berisiko untuk kena Jaundice.

Hurmm..

Hari kedua, Azzahra mula menampakkan tanda-tanda jaundice.

Ibu tertekan dan asyik menangis. Menangis bersama tangisanmu wahai anak.

Satu demi satu ujian hadir.

Menangis bukan kerana sakit bersalin caesar. Ibu tolak tepi semua sakit itu.

Apa yang ibu taw, Azzahra mesti sihat.

Azzahra mesti keluar wad bersama ibu.

Ibu tak kuat sayang. Ibu asyik menangis je. Semakin laju air mata ibu bila saat kamu terpaksa diletakkan di bawah cahaya lampu biru.

Terseksa jiwa batin ibu. Mengenangkan nasib kamu di usia kecil, dicucuk sana sini.

Bila kamu menangis, seperti merayu-rayu meminta ibu angkat kamu dari bawah cahaya lampu fotokopi biru tue.

Satu-satunya gambar yang sempat ibu ambil semasa di wad.
Kecian anak ibu. Ibu kuatkan hati tak angkat Azzahra walau hati meronta-ronta.

Ibu terseksa sayang.

Sebab itu ibu terlalu sayangkan Azzahra.

Hati ibu sangat terseksa.

Ibu hampir-hampir tertewas dengan emosi ibu sendiri.

Ibu keliru.. bila dengar tangisan bayi seakan sama dengan anak ibu.

Ibu keliru.. bila tengok anak orang lain sama raut wajah dengan anak ibu.

Saat itu ibu teringat perkongsian Master Maria tentang pengalaman pertama dia melahirkan anak sulong yang hampir meroyan.

Cepat-cepat ibu istiqfar. Berdoa meminta pada Allah Yang Maha Esa sembuhkan anak ibu. kuatkan Azzahra. Sihatkan anak ibu.

Berdoa untuk discharged esok.

Minta bacaan jaundice anak ibu melepasi tahap bahaya dan kita boleh balik sama-sama.

Ibu dah stress stay kat hospital nie berdua dengan Azzahra. Ayah pulak tak dibenarkan teman kita berdua.

Allahuakhabar.

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu.

Papepun syukur Alhamdulillah, hari ni anak ibu dah bebas Jaundice.


Masa ni, baby Azzahra baru pas kena cucuk tengah hari. Doc terlepas pandang.
Sepatutnya, ambil darah pagi. Tapi, masa tu Azzahra tengah menyusu. So, ibu cakap nanti dulu lah.
Kecian baby. Dah lah hari ni, wad agak kelam-kabut sebab nak pindah naik tingkat 5.
Termasuk baby dan ibu-ibu baby kena pindah. Stress taw.
Nasib baik Azzahra dah boleh discharged. Tak yah nak berangkut barang dalam keadaan ibu luka operate.

Alhamdulillah.

Sehingga bertemu kembali di entry seterusnya.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Kasih.

Diari Azzahra.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment