Pages

Tuesday, 7 October 2014

JOM ..!! HAYATI 5 AMALAN DI SAAT HADIRNYA GERHANA BULAN

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat-sahabat Cinta Hati Sakinah, yang disayangi dan dikasihi untuk hari ini?

Hari yang mulia penuh barakhah.. Hari Raya Eidul Adha yang ketiga.

Walau apapun, SMS mendoakan anda sihat, ceria dan bahagia bersama keluarga di kampung halaman masing-masing dan tidak lupa juga kepada mereka yang sudah mula bekerja serta tidak kira di mana jua anda berada.

Ok, hari ni.. SMS nak kongsi sedikit info mengenai Gerhana Bulan yang dijangka brlaku pada esok hari, 08 Oktober 2014 (Rabu), bersamaan 13 Zulhijjah 1435H). 


GERHANA BULAN... APA TUE??


Gerhana Bulan adalah satu kejadian alam yang terjadi dengan kekuasaan Allah SWT yang mengkehendaki ianya berlaku bagi menunjukkan betapa kerdilnya kita sebagai hambaNya di muka bumi ini. Dimana, Gerhana ini berlaku ketika bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Bulan akan masuk kedalam bayang bumi dan kemudian menghilang.

Kejadian ini, cuma akan berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan sejajar pada satu garisan yang sama ataupun hampir-hampir sama. Jenis dan juga panjang bergantung kepada kedudukan bulan dan orbitnya.


Allah SWT ada berfirman dalam surah Al-imran ayat 190 yang bermaksud:

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. "

ANTARA HIKMAH DAN AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA GERHANA BULAN.

Setiap yang berlaku dalam hidup kita, adalah ketentuan dariNya. Begitulah juga dengan perjalanan cekarawala yang indah dan cantik ini, pasti ada sebab dan hikmah yang tidak terhitung besar nilainya. 

Allah Akhbar!!
Allah Akhbar!!
Allah Akhbar!!

Hikmah dan perkara-perkara yang boleh kita usahakan dan beramal dengannya di saat terjadi Gerhana Bulan ialah:

1) Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari ataupun bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyakkan mengingati Allah- Riwayat Al- Nasai.

2) Kita sebagai hambaNya yang kerdil ini, dianjurkan oleh Rasulullah SAW supaya bersegeralah melakukan perkara kebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah, beristiqfar dan menghindari daripada melakukan perkara mungkar, maksiat serta perbuatan syirik.

Ummul Mukminin Saidatina Aishah berkata dalam riwayat Al-Nasai yang mafhumnya, sabda Rasulullah SAW:

" Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Wahai ummatku, jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis."

3) Kita juga disarankan supaya sentiasa memperingati nikmat syurga dan azab neraka serta mempertingkatkan dan memperkemaskan amalan kebajikan sepanjang masa tidak kira dimana- mana. 

4) Bersegeralah memohon taubat kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang lalu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar dan Mengasihani hamba-hambaNya yang sedar dan insaf serta berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya. Masih belum terlambat, selagi kita diberi peluang untuk bernafas dan juga nikmat hidup yang tidak ternilai besarnya. Alhamdulillah..

5) Tapi, sahabat.. kita perlu ingat memperingati sebagaimana Allah SWT berfirman, dalam surah Fussilat-ayat 37:

" Dan di antara tanda kekuasaanNya adalah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahupun bulan, tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah. "

Gerhana bulan adalah merupakan peringatan untuk seluruh umat manusia supaya patuh kepada perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya yang akan berlaku sepanjang zaman sebagai amaran di atas keterlanjuran hamba-hambaNya sehinggalah matahari dan bulan dihimpunkan, maka ketika itu berlakulah Hari Kiamat.

Semoga entry kali ini, dapat memberi manfaat kepada sahabat dalam menjalani kehidupan seharian. 

SMS bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT dan MFMS the most happening group shaklee in Malaysia yang telah banyak membantu SMS sehingga ke hari ini. Sejak SMS mengenali mereka, SMS terasa lebih dekat kepada Allah SWT kerana perjalanan kerjaya kami lebih ditekankan kepada akhirat dan insyaALLAH dunia datang menyusul. Alhamdulillah..

Wallahualam, sekian.

Terima Kasih, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment