Pages

Sunday 16 November 2014

WARKAH CINTA BUAT MUMMY & DADDY : PART 1

Assalamualaikum wbt..

My mummy & daddy (Master MariaFirdaus), saya doakan mummy sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT.

Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan mummy & daddy dunia dan akhirat.

Mummy & Daddy yang dihormati dan disanjungi,

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan mummy & Daddy yang menjadi sumber inspirasi saya hingga saat ini.
Saya doakan Master Celebration (MasCel) yang akan berlangsung pada hari esok berjalan dengan lancar dan meriah, walaupun anak didikmu ini tidak dapat menghadirkan diri di sana (Hotel Pullman, Putrajaya). Hanya kiriman doa dan warkah ini sahaja mampu diutuskan buat semangat dan sokongan dari jauh.

LOVE YOU MUMMY & DADDY

Terima kasih, di atas tunjuk ajar selama ini. Even, kita belum lagi bertemu. Baru beberapa bulan bersama.. umur baru setahun jagung. Masih mentah lagi, kata orang dulu-dulu. Hehehe..

Namun, dalam dunia perniagaan tiada siapa yang dulu mahupun kemudian. Apa yang penting, adalah usaha, ilmu, elmu dan mentor yang dah berjaya seperti mummy dan daddy.
Testimoni peserta Dr.Azizan Osman (DAO) yang dah berjaya
Saya ingat dan yakin dengan kata-kata mummy & daddy, yang mana ia juga tips kejayaan daripada Dr.Azizan Osman (DAO) iaitu:

THINK - Berfikir Secara Luar Biasa
FEELING - Emosi Untuk Berjaya Yang Luar Biasa
ACTION - Tindakan Yang Luar Biasa

So, semuanya memerlukan akal yang LUAR BIASA.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah kerana ditemukan dengan mummy & daddy sebelum saya menghabiskan sepenuh tenaga dan masa dengan Tadika Genius Aulad sebagai Perantis Siswazah kepada PUNB. Saya ada kongsikan kisahnya di sini.

Kalau mummy masih ingat, kisah perkenalan kita bermula 1 september 2014. Di mana, saya menggunakan sistem whatapps untuk bertanyakan rahsia kejayaan mummy & daddy. Kerana pada asalnya, saya nak apply kan tips itu dalam perniagaan tadika saya nanti.

Selepas, saya baca kisah mummy dan daddy dalam ebook di bawah ini.. terus, saya berubah arah. Saya menolak tawaran PUNB yang memerlukan belanja pinjaman yang amat besar setelah saya kaji dan hubungi sendiri pihak Tadika X. Paling kurang, RM50 000 untuk saya membeli sistem pembelajaran tadika dorang (Ini pakej paling rendah yang  mereka tawarkan).
DOWNLOAD PERCUMA !!
Yang menjadi pilihan dalam perancangan saya, Bukan Genius Aulad taw. Itu tidak termasuk perbelanjaan lain lagi. Tadika X ini, memang bagus. Tapi, expenses yang amat besar membuatkan saya berfikir banyak kali. 

Syukur, Alhamdulillah sekali lagi.. Allah telah lorongkan saya bersama-sama mummy & daddy untuk berjaya dengan pantas dan mudah.. Malah lebih bermakna kerana saya mula sedar cara berniaga yang betul berlandaskan islam yang sebenar. Hidup dan usaha saya lebih bermakna dengan ilmu ini.

InsyaAllah..

Terima kasih, sekali lagi mummy & daddy kerana ilmu-ilmu bermanfaat ini semua. Hari demi hari, saya semakin nampak dengan jelas perjalanan hidup saya. Saya semakin menjadi orang yang LUAR BIASA.

Saya mula belajar bagaimana cara nak onlinekan hidup.. belajar ilmu baru setiap hari. Seawal pagi sehingga ke lewat malam, saya usahakan demi bantu insan-insan sekeliling saya.

Tiada erti menyerah kalah, sebab ini perniagaan saya. Bukan mummy or daddy. So, saya yang perlu usahakan.. bukan orang lain. Mummy & daddy adalah guru yang akan sentiasa memayungi saya setiap masa tanpa kenal erti penat. Kerana saya tahu.. niat mummy & daddy hanya satu. Mahu saya berjaya lebih hebat daripada kalian sendiri.

Mula-mula saya risau jugak sebenarnya.. Risau tersilap langkah.. Tapi, saya yakin dengan kuasa Allah. Sebab itu, saya beri peluang kepada diri untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini.

Kalau saya terima tawaran PUNB.. pasti saya takkan jadi seperti saya hari ini kan.. Saya habiskan masa di bandar besar dengan kos sara hidup yang tinggi (makan, pakai, sewa rumah, bil api + air, perjalanan pergi balik dan lain-lain). Akhir bulan tak mampu nak bagi emak duit belanja sebab belanja sendiri pun tak cukup. Untuk makluman mummy & daddy, PUNB ada tawarkan elaun sebanyak RM800 sebulan sepanjang program mereka.

Saya berfikir.. cam mana saya nak survive di sana nanti dengan keadaan pengenalan GST pulak. Ohhh !! Memang tak dapat saya bayangkan. Cukuplah dulu.. sekali saya bekerja di sana.

DOA SEBELUM NOKTAHKAN WARKAH CINTA INI

Sekali lagi, saya amat bersyukur atas pertemuan kita di alam maya ini.. amat rasa bangga atas kejayaan mummy & daddy.

Mungkin, ada di luar sana yang cakap saya ambil keputusan silap. Tapi, saya 100% yakin. Saya telah ambil keputusan yang betul.. Sebab saya, istikharah kepadaNYA. Mohon petunjuk.. kerana DIA adalah sebaik-baik penunjuk jalan.

Alhamdulillah :-)

Semoga Majlis mummy dan daddy esok, adalah majlis yang gilang-gemilang, meriah dan yang penting berjalan lancar serta diberkati Allah SWT.
Doa saya untuk kalian
InsyaAllah :-)

Cukuplah dulu, warkah saya untuk kali ini. Saya mohon Master MariaFirdaus doakan kejayaan saya juga. Semoga saya akan berjaya mengikut jejak langkah kalian.

Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan dan kasih sayang kalian untuk saya dan rakan-rakan di MFMS group.


Salam sayang, salam bahagia dari anak didikmu.
SAKINAH MAT SAID :-)

#Sejujurnya, SMS tidak pasti sama ada Master MariaFirdaus akan baca warkah ini atau pun tidak. SMS tidak kisah. SMS cuma nak berkongsi dengan sahabat Cinta Hati Sakinah ilmu dan perasaan akan apa yang sedang dilalui sekarang sempena kejayaan mentor SMS yang amat hebat ini.

#Jika sahabat terinspirasi dengan warkah ini, mohon sahabat like & share untuk dikongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini.

#Tidak lupa juga, SMS mohon sahabat-sahabat semua doakan kejayaan SMS pada tahun hadapan pula. InsyaAllah :-)

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com


3 comments:

Unknown said...

Good luck ye .mfms memg terbaik !!

Unknown said...

Btl..alhamdullillah kita pilih group MFMS...semoga master mariafirdaus sentiasa dlm Rahmat Allah

sakinah (SMS) said...

Assalamulaikum..dan selamat pagi, sahabat SMS. Terima kasih, kerana sudi singgah di jendela ini. Semoga dengan warkah ini, sahabat semua akn lebih berjaya dunia & akhirat..
Sekian, wassalam :-)
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Post a Comment