Pages

Thursday, 25 December 2014

HATI-HATI DENGAN 10 PERKARA. BANJIR (BAH!!) DATANG LAGI!!

Assalamualaikum, Sahabat Cinta Hati Sakinah..

SMS doakan Sahabat dan keluarga semua dalam keadaan baik-baik dan selamat dari segala bencana alam yang tidak diingini.

Banyak-banyakkan bersabar ya, kepada sahabat yang sedang berhadapan dengan banjir (bah) besar.


KECIAN SI KUNINGKU

Malam semalam dengan tiba-tiba air kat depan rumah naik dengan cepatnya kerana hujan dah berhari-hari tak henti.

Kat depan rumah. Hujan tak berhenti-henti.
Saya tersedar bila jiran sebelah rumah (Cik Tie), mula menjerit-jerit panggil nama emak.

"Kak Ani......!!
"Kak Ani......!!
"Kak Ani......!!

Air naik. Alih kereta tempat tinggi."

Hujan lebat sangat-sangat. Kami memang tak dengar, sebab tengah maghrib.

Masing-masing tengah solat. Ada yang kat dapur tengah memasak. Prepare ramuan kuih-muih untuk esok. Buat laksam. Biasa, lewat malam baru start menggulung laksam.

kami difahamkan yang malam tadi pihak TNB akan hentikan bekalan elektrik untuk 3 hari. Saya pulak, duk sibuk dengan adik-adik yang liat nak mandi. Al-maklumlah hujan. Air cam ais batu. Dorang liat nak mandi..

Berhambat, lah si kakak nie. Haha..

Dalam duk sibuk dengan hal masing-masing, barulah dengar laungan suara Cik Tie. Kecian Cik Tie.. Dah lah kurus.. kecik je orang nya. Terpaksa guna volume tinggi pulak. Huhu..

Saya apa lagi.. Terkejutlah tengok si kuning kelemasan kat atas jalan raya. Alhamdulillah.. Itu baru intro, bagi warning. Sempat dialihkan ke tempat yang lebih tinggi. Tapi, saya memang cuak lah.. Cuak giller-gilller.. 

Air naik dengan pantas. Garaj muat untuk kereta hitam abang je. Nasib Si kuning terpaksa berkorban dimandi hujan kat luar rumah.

Perasaan waktu tue, hanya Allah je yang tahu. Macam-macam saya terfikir.

"Cam mana nie? Kalau hujan tak berhenti jugak. Habis lah si kuningku. Cam mana, nie?"

Budak-budak motor, berkeliaran main hujan. Jam dah pukul 9.00 malam.

Ketika itu, barulah saya sangat-sangat faham perasaan mereka-mereka yang dilanda musibah banjir, hilang nyawa, hilang saudara-mara, musnah harta benda.

Saya terfikir, cam mana keadaan di tempat lain sekarang..? Dengar khabar, di Kelantan dan Terengganu tengah banjir teruk.

Dan hari ini, Kelantan diisytiharkan darurat. Wallahualam.

Kurang pasti di mana. Tapi, yang pasti jalan utama.
Mari kita sama-sama berdoa kepada Illahi. Sesungguhnya, Allah SWT ingin mendengar rintihan daripada hamba-hambaNya. Tanda kasih dan sayang Sang Pencipta. Allah Yang Maha Berkuasa di atas tiap kejadian ini.

10 PERSEDIAAN MUSIM BANJIR (BAH!!)

ELMU (Emosi + Ilmu)

Ini sangat-sangat penting. Bukan dalam berniaga sahaja perlu ada Elmu. Tapi, dalam keadaan banjir pun kita perlu bijak berelmu.

Kena belajar dan faham apa yang perlu dilakukan apabila berlaku sesuatu musibah atau bencana sekeliling kita di musim tengkujuh ini.

Keadaan di Pantai Timur.

Kena pandai control emosi diri dan keluarga. Terutama, anak-anak kecil yang tengah membesar. Bila kurang selesa, mereka akan merengek, menangis dan macam-macam lah.

Get ready jiwa dan raga.

Bergotong-royong

Sebelum tiba musim hujan.. sebaik-baiknya, bergotong-royong lah membersihkan kawasan. Buang sampah-sarap dari tersumbat dan memenuhi longkang kat kawasan kejiranan kita. 

Ini adalah untuk melancarkan pengaliran air hujan supaya tidak berlaku limpahan air sehingga mengakibatkan terjadinya banjir.

longkang dan parit mula penuh.

Mana taw.. dengan apa yang kita lakukan ini, dapat kurangkan risiko banjir.

Dokumen Penting

Make sure, semua dokumen kelahiran, mykad, sijil-sijil, geran segala geran lah.. simpan dalam satu bungkusan yang kalis air dan selamat. Haa.. Kalau perlu balut, balut je atau laminated siap-siap. Lebih selamat cikit.

Makanan kering dan Minuman bersih

Sediakan biskut-biskut kering 3, 4 tin sebagai bekalan. Air mineral pun perlu jugak. At least, anda dan keluarga ada makanan dan minuman bersih untuk tempoh darurat.

Perabot dan Barangan elektrik

Semua perkakasan elektrik diletakkan di tempat yang tinggi untuk elak dari kerosakkan jika terkena air.
Kalau boleh, setinggi ini. Hehe.. 

Begitu juga dengan perabot dan peralatan-peralatan lain.

Suiz wajib dimatikan, bila air mula masuk ke dalam rumah untuk halang dari terkena renjatan elektrik atau litar pintas.

Be Alert

Selalu mendengar perkembangan berita terkini dan semasa di kawasan kita dari media elektronik mahupun media cetak.

Dapatkan no.telefon, ketua kawasan, penghulu kampung, dan klinik berdekatan untuk kecemasan.



Ambil tahu, di mana pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir ditempatkan supaya memudahkan kerja penempatan sementara anda, keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.

Hubungan Silaturahim

Jaga hubungan dengan saudara-mara dan jiran tetangga. Kerana mereka boleh membantu kita apabila dalam kesusahan.



Kalau sombongkan diri.. tak de siapa nak tolong nanti, taw. So, penting berbuat baik dan bermasyarakat tidak kira musim.

Telefon dan power bank

Time nie lah, telefon dan power bank memainkan peranan penting. Anda kena pastikan bateri telefon full dan bekalan power bank memang sangat membantu. Sekurang-kurangnya, kita masih boleh berkomunikasi untuk tempoh, 3, 4 hari. InsyaAllah.

Keselamatan Anak-anak

Jangan biarkan anak-anak bermain air banjir walaupun hanya di paras lutut sahaja. Tiada siapa sangka ada yang sedang memerhati di kala mereka berseronok.



Time-time cam gini, lah.. kala jengking, ular air, segala jenis binatang berbisa akan keluar cari mangsa. 

Kayu-kayu tajam, paku berkarat, lubang ke apa-apa lah pun boleh membahayakan nyawa anak-anak kerana air banjir kan keruh. Warna air tanah.. Kita mana nampak apa yang ada di bawah kaki.
Bahaya datang tiada siapa duga.
Lagi satu, kena maklumkan kepada anak-anak. Jangan biarkan mereka meminum air banjir. Kerana airnya, kotor. Ada virus, kuman dan fungus yang boleh memudaratkan kesihatan diri.

So, berhati-hati ya sahabat semua.

DOA

Setelah berusaha kita perlu sentiasa bergantung harap dengan Allah SWT yang lebih Maha Besar.

"Kun Fayakun"

Jika DIA kata, ya..Maka, ya lah. Akan terjadi. Tetapi, kita masih boleh berdoa berlindung dari segala perkara yang memudaratkan. Allah memberikan berdasarkan kepada sangkaan hamba-hambaNya.

Sama-samalah kita berdoa untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama.



MAKLUMAT DARI MEDIA

Banjir sedang melanda di negeri Perak, Perlis, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah untuk negara Malaysia.

Manakala, Thailand dan Acheh turut merasai kesan perubahan cuaca angin monsun ini.

Jom! Muhasabah diri atas peringatan dari Yang Maha Esa kepada kita.

Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment