Pages

Tuesday, 9 December 2014

MAAFKANLAH DIA..YOU BERHAK BAHAGIA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat? SMS doakan sahabat semuanya sihat, ceria, kaya dan berjaya di samping keluarga tersayang.

Hari ini, SMS nak mengajak sahabat semua supaya belajar memaafkan orang lain. Mudah ke mudah?

Haha..


Jawapannya, ada dalam diri masing-masing. Tanya pada hati.. Ada tak kita rasa apa-apa perasaan benci.. sakit hati.. dendam.. disebabkan oleh sesuatu perkara yang membuatkan kita susah nak maafkan mereka?

ATAU

Kita dikhianati.. Difitnah.. Dikambing hitamkan.. Dianayai.. kita rasa susah nak maafkan mereka-mereka ini?



Haa.. Kalau ada, nasihat saya.. Maafkan lah.. Bukan sebab mereka. Tapi, sebab anda berhak untuk bahagia.

Inilah jugak topik yang dikongsi oleh Ateh Zuhairie.  Kunci Kebahagiaan dalam mencari nilai kehidupan yang sebenar.

Tapi bukan semua orang boleh lakukannya.

YES!! AKU BERJAYA. AKU BERHAK BAHAGIA KERANA MEMAAFKAN MEREKA.

Mesti, ramai yang tertanya-tanya.. Kebahagiaan bagaimanakah yang saya perolehi bila memaafkan? Susah sangat ke nak memaafkan?

Yes!! Memang susah bila kita selalu memikirkan kisah lalu. Tapi, amat mudah sebenarnya apabila kita fikir untuk maju kedepan.

Inilah kebahagiaan yang saya sedang lalui dalam menuntut ilmu demi masa depan yang lebih gemilang.. Terlalu mudah untuk saya belajar ilmu-ilmu baru.

Alhamdulillah..

"Hendak seribu daya..tak mahu seribu dalih."

MENCARI KEBAHAGIAAN BERSAMA ATEH ZUHAIRI

Jom!! Ikuti pengalaman dua hari bersama Ateh, selepas saya berjaya memaafkan seseorang dalam ujian yang lepas (Boleh baca DI SINI).

Kalau hari pertama (Ilmu LUA), kelas bersama Ateh agak relaks dan santai-santai sahaja. Ianya banyak berkaitan dengan perkara yang biasa kita lakukan dalam kehidupan seharian. Cuma bukan semua orang tahu dan gunakan ilmu tersebut. (Bacaan lanjut DI SINI)

Kali ini, pembelajaran dalam kelas lebih kepada pemahaman yang lebih tinggi kepada diri saya tentang Neuro Linguistic Programming (NLP). Sesungguhnya, ianya adalah ilmu baru bagi saya yang berganda-ganda menyeronokkan.


"AKU IKUT KAU..
 AKU IKUT KAU..
 KAU IKUT AKU.."

haha.. inilah rahsia NLP yang BEST!!

Jom!! kita tengok perjalanan program hari kedua yang superb!! hebat!! menyeronokkan :-) Rugi siapa-siapa yang tak join.. Dan lah yuran murah.. Tapi, amat berbaloi-baloi.. kerana memaafkan orang jugak lah saya dapat merasa nikmat keseronokkan dan kebahagian ini. 

Alhamdulillah..



Permulaan pagi, dengan ESP Shaklee pemberi sumber tenaga bersama 2.5 liter air masak sebagai peneman sepanjang hari. Saya tak sempat nak minum kat rumah. So, tiada alasan untuk melupakan pemberi tenaga saya dulu dan kini.



Anak-anak kecil turut serta sepanjang program berlangsung selama dua hari. Senang hati ibu-ibu, apabila anak berada di depan mata walaupun sibuk menuntut ilmu. Saya bahagia melihat mereka bahagia.

Pandangan dari luar cafeteria yang sangat santai dan mempersonakan.


Juadah untuk makan tengah hari yang sangat sedap. Ingat!! Sakinah.. Anda sedang diet.. Jangan lupa misi KURUS pulak. hehehe..
                            

Wow.. nasik!! Hehe.. Ini makanan saya untuk tengah hari. Sahabat.. tiada masalah untuk kita makan nasik, asalkan ambil dalam jumlah sedikit.. Bukan berpinggan-pinggan. Yang penting, selepas makan ambil lecithin dan Omega Guard.. senang, je :-)


Sessi petang yang lebih, praktikal.. Kami diajar bagaimana nak Apply apa yang dah belajar di sessi pagi pasal NLP.


Masing-masing menangis termasuk saya sendiri. Salah satu aktiviti yang sangat-sangat berkesan adalah kenali impian dan matlamat hidup kita untuk berjaya dan bahagia. Kemudian, realisasikan menggunakan ilmu LUA. 


Sessi petang berakhir dengan bersalam-salaman dan bergambar sebagai kenang-kenangan yang membahagiakan.


Sahabat yang dikasihi, marilah kita sama-sama belajar memaafkan sesiapa sahaja dalam hidup ini.

TIPS MEMAAFKAN ORANG LAIN DARI CINTA HATI SAKINAH:

#Kita perlu fikir yang kita sebagai manusia dan hambaNya yang terlalu kerdil di muka bumi ini, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Siapa kita untuk membenci dan berdendam dengan makhluk ciptaanNya. Kita tidak layak untuk jatuhkan hukuman walaupun mereka bersalah dengan kita. Anggaplah itu sebagai ujian dan kasih sayang dari Allah SWT untuk kita di antara insan-insan terpilih  merasai nikmat kebahagiaan dan juga sebagai penghapus dosa-dosa silam.

wallahualam :-)

So, cam mana? Mudah je, kan sebenarnya Sahabat. SMS turut mendoakan semoga anda semua berpeluang mengikuti program superb!! best bersama Ateh suatu hari nanti. Terlalu banyak ilmu kebahagiaan yang SMS perolehi. InsyaAllah :-)


Sila like dan share sekiranya, ia memberi manfaat kepada rakan-rakan dan keluarga anda di luar sana. 

Semoga sahabat semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Tuesday Night Workout said...

Alhamdulillah perkongsian yg sangat baik .....

sakinah (SMS) said...

Time kasih, sifu Faizal :-)
Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.

Post a Comment