Pages

Monday, 15 December 2014

NOSTALGIA TABUNG BULUH DENGAN ARWAH AYAH

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar Sahabat Cinta Hati Sakinah?

SMS doakan semoga sahabat semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Hari ni, SMS nak berkongsi kenangan bersama arwah ayah dengan sahabat semua.

Walaupun ianya, adalah satu kenangan. Tetapi, mesej yang akan disampaikan amat berguna untuk generasi kini dan juga akan datang.


Semoga arwah ayah tenang di sana, ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. InsyaAllah :-)

MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN 19 TAHUN LEPAS

19 tahun lepas, saya masih lagi budak hingusan yang tidak tahu apa-apa tentang masalah orang dewasa. Apa yang saya tahu, dunia saya adalah indah.

Bangun pagi, pergi sekolah. Balik sekolah, makan, bermain dengan kawan-kawan. Itu semua kenangan manis dalam hidup yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Hari ini, hari pertama saya ke sekolah rendah. Macam-macam perasaan ada. Takut, sedih, risau.. nak nangis pun ada.

Biasalah budak baru nak kenal kawan-kawan, nak kenal cikgu baru dan kenal dunia baru.

Apa yang sedihnya.. saya bukan seperti budak-budak yang lain. Saya berbeza dari mereka semua pada hari pertama ke sekolah.

Apa Yang Berbezanya SMS Dengan dorang semua?

Sehari sebelum ke sekolah saya dengan arwah abang (dah 6 tahun meninggalkan kami) duk main kejar-kejar kat area belakang rumah kami.

Biasalah, budak-budak kan. Hehe.. Even mak dah bising-bising, sebab saya tak pakai selipar. Saya buat tak endah je. Teruk, betul saya dulu kan. Huhu..

Siapa sangka.. malang tidak berbau. Dalam keseronokkan bermain tue, saya terpijak serpihan botol kaca. Hampir putus ibu jari kaki. Dasyat tak dasyat. huhu..

Lebih kurang cam ni, lah kaca yang terbenam kat tanah tue,
Sebab tue, tak perasan bila dah terpijak baru tahu. 

Baru senyap.. diam tak terkata. Sedih.. esok nak pergi ke sekolah.

Apa yang saya respect pasal arwah saya nie.. walau apa pun, terjadi. Sekolah wajib pergi. 

Sebab pendidikan lah yang akan mengubah hidup kami. Sebagaimana dalam Al-quran, surah Ar-ra’d ayat 11 ada disebut :


“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” 

Uwaaa.. cam mana?

Nanti, nak jalan susah. Orang pijak kaki nanti. Mode : SEDIH dan MENANGIS.

Gambar hiasan

Hari Pertama di Sekolah

Kalau, sahabat nak tahu.. Ayah yang hantar pergi ke sekolah, walaupun ada bas. Tapi, disebabkan hari ini hari pertama dan kaki pulak luka. So, dilayan cam VVIP lah. haha..

Bahagia :-)

Dah sampai sekolah tue, sebelum balik.. Ayah pesan lagi:

"Duk diam-diam kat atas kerusi tue. Jangan nak ikut orang lain main kejar-kejar pulak. Kaki tu kudung."

Uwaaa.. Kudung, ayah cakap. Sentap!! (Tapi, time tue tak tahu pun sentap menyentap nie)

Ayah ada bagi duit belanja RM0.50 kat anak dia nie. Wow!! Bestnya, dapat duit belanja. Excited giller.. Mungkin, pada orang lain nilainya kecik. Tapi, pada saya. Nilainya amat besar. Sangat besar.

50 sen tahun 1984 (saya belum lahir lagi)

Sekarang memang sangat kecik lah nilainya. Nak beli air sirap dengan nasik lemak pun tak lepas. Kenapa nasik lemak.. tak de makanan lain dah ke, saya nak bagi contoh. Hehe..

Memang itu, menu famous dulu dan kini kat kantin sekolah.

Zaman saya, dah boleh beli macam-macam jenis makanan dah dengan RM0.50 nie. RM0.20  nasik lemak, RM0.20 air sirap dan Keropok Lekor goreng RM0.10. Tapi, saya belanja RM0.30 je. Selebihnya simpan.

SIMPAN DUIT DALAM TABUNG BULUH

Saya suka simpan duit dalam tabung.. Kami adik beradik memang ada tabung sendiri yang besar dan tinggi lagi. Kami guna batang buluh je.. di saat orang lain, ada tabung ayam, tabung haji, tabung tembikai dan sebagainya. Kami bahagia dengan nilai tabung buluh nie.

Oleh kerana kami tinggal di kawasan perancangan Felcra (boleh click DI SINI), so.. tiada masalah untuk ayah dapatkan pokok buluh untuk tabung duit anak-anaknya. 

Time tue, saya baru ada 6 orang adik-beradik. So, ayah memang buat sorang satu ikut ruas buluh yang ada. 1 ruas untuk 1 orang anaknya. Ayah bahagikan kepada 3 ruas. Maka, tinggilah tabung kami. Haa.. Orang lain, mesti tak de tabung tinggi cam kami kan. Hehe..

Gambar hiasan- nampak tabung buluh kat dinding tue?Puas cari, tak jumpa contoh tabung yang tinggi cam kami. Boleh, la sahabat bayangkan ya :-)
Setiap kali, balik sekolah.. Kami akan berlumba-lumba untuk masukkan duit ke dalam tabung masing-masing. Part yang paling best!! Bila goncang.. bunyi banyak duit syiling. Tak sabar, nak pecahkan buluh. Nak kira duit yang ada..

Inilah, kenangan dan nostalgia yang amat mahal yang kami adik-beradik lalui.

Saya ada beberapa keping gambar, contoh tabung buluh yang menarik untuk dikongsi dengan sahabat:

Tak sangka, tabung buluh dijual.Hehe..
Tabung corak batik.
Siap syelek dan berhias lagi. Kami dulu, hijau buluh je. Lama-lama jadi lah warna cam kat atas.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada sahabat Cinta Hati Sakinah semua dalam mendidik anak-anak dan juga memupuk nilai menabung dari usia kecil lagi.

TIPS MURAH REZEKI DARI CINTA HATI SAKINAH:

1. Bersedekah walaupun sepuluh sen. Kerana sedekah itu menyuburkan rezeki kita. Ibarat seperti pokok yang ditanam dan disiram air dan ditabur baja. Cukup baja dan air, maka berbuahlah. Lebat buahnya, sedap rasanya.. dapatlah kita memberi dan berkongsi dengan orang lain. Begitulah juga dalam mencari rezeki.


2. Berbaktilah kepada kedua orang tua. Redha Allah terletak kepada redha ibu bapa kita. Jika buruk layanan kita, maka buruk lah hasilnya kepada kehidupan seseorang itu.


3. Amalkan solat Dhuha. Pembuka pintu rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. InsyaAllah.



Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. Semoga sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com


2 comments:

Tuesday Night Workout said...

Seronoknya baca entry nie .... full of emotion Good Job !!!!

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah..terima kasih, sifu. Atas tunjuk ajar sifu juga :-)

Post a Comment