Pages

Thursday, 25 December 2014

TOLONG!! TOLONG!! TOLONG!! SEBARKAN. KEBENARAN MANGSA-MANGSA BANJIR DI KUALA KRAI YANG TERKANDAS DAN TERPUTUS BEKALAN

Stesen minyak Kuala Krai.
Assalamualaikum wbt..

Ya Allah Ya Tuhanku..

Hatiku meronta-ronta di saat ini.. Terasa tidak tenang dan kurang gembira membayangkan keadaan mangsa-mangsa banjir di sana. 

Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..

Maka dengan pantas ku mengatur jari mengorak langkah sedetik.. cuba berusaha membantu mereka dengan coretan ini.

Kenapa saya nak sibuk menaip..? membuang masa..? Kerja dan urusan saya masih banyak yang harus diselesaikan.

Bukan begitu.. Kerja saya sampai bila takkan pernah habis. Lagi pun, sekejap je pun berkongsi dan membantu saudara-mara kita jugak.

Saudara seislam, seagama..

"Terasa seperti cubit peha kiri.. peha kanan yang terasa." Betul, ke peribahasa aku  nie? Boleh, lah..

Allahuakhbar..
Allahuakhbar..
Allahuakhbar..

Saya takkan tenang selagi belum settle kebenaran ini.

Saya bukan rakyat Kelantan, tapi saya rakyat Malaysia yang terkenal ke seluruh dunia sebagai sebuah negara Islam.

Saya pernah belajar selama 3 tahun di Kelantan.

Saya pernah join Operasi Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Dabong, Kuala Krai suatu masa dahulu.

Dan saya juga mempunyai family dan saudara angkat di sana.

Kebetulan waktu itu, hujan lebat selebat-lebatnya. Memang air naik di jalan kampung. Sebab, perkampungan yang saya pergi memang sangat pedalaman. Jalan terputus. Kenderaan tak boleh lalu kerana air terlalu deras. Dari bukit ke sungai dan melimpah ke jalan raya.

Cuma suasananya takkan sama dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Sangat berbeza. Terlalu berbeza.. Boleh dikatakan keadaan Kelantan hampir lumpuh. Lumpuh dengan bekalan elektrik, bantuan makanan, minuman dan pakaian.

Pasukan bot-bot penyelamat tidak dapat bergerak masuk ke kawasan pedalaman melainkan hanya dengan helikopter sahaja.

Itupun, saya difahamkan helikopter tidak dapat mendarat kerana tiada tempat yang sesuai. Wallahualam.

Banjir terburuk selepas 10 tahun yang lepas.

Allahu Rabbi..

Membuatkan hati ini, sedih dengan macam-macam mesej yang masuk. Bertubi-tubi dari whatapps, telegram dan facebook.

Keciannya, mereka.. 

JOM HAYATI DAN SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI 

Mangsa-mangsa banjir berkumpul di atas bukit kerana daratan dan rumah sudah di tenggelami air.


Mereka hanya mampu membuka khemah untuk berteduh. Hatiku jadi sebak.
Seperti pelarian di negara sendiri. Kasihanilah mereka.
Namun, sampai bila mereka harus berada dalam  keadaan begini.
Kanak-kanak yang masih kecil menanti dan terus mengharap.
Keadaan air banjir yang semakin deras.
MRSM Kuala Krai sudah ditenggelami air. Apa yang tinggal hanyalah bumbung. Sekolah 2,3 tingkat jadi begini.
Bayangkan rumah-rumah kediaman mereka.. Tak terbayang dan terduga.

Kemalangan melibatkan lori dan kereta di Jalan Gerik kerana tanah runtuh.
Keadaan jalan raya dan tanah yang runtuh.
Lori-lori berat dan kenderaan lain terkandas.
Jalan ini, memang menjadi salah satu laluan utama dari utara ke pantai timur.
Pasar Besar Kuala Krai.

Ini pula, keadaan Hospital Besar Kota Bharu yang mula dinaiki air.
Banjir di luar Hospital.
Bagaimanalah nasib pesakit-pesakit di sini?

Alhamdulillah, mereka masih setia menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberi.
Walaupun air mula naik ke paras lutut.

MESEJ DARI RAKAN DAN SAUDARA-MARA

Aduan keadaan di Hospital Kuala Krai.
Ibu nak bersalin di atas bukit.
Bekalan tidak sampai.
Bekalan tidak mencukupi.
Allahuakhbar, kasihanilah mereka.
Master Farah Wahida dan semua master serta rakan-rakan shaklee sedang berusaha sediakan helikopter untuk hantar bantuan.
Sambungan 2: mesej antara Master Farah Wahida dan  saudara mangsa.
Sambungan 3
Ada orang tua dan OKU lagi.
Pesakit perlukan bekalan dan bantuan segera.
Mesej antara YM Raja Shamri dan saudara mangsa yang turut terlibat dalam misi bantuan dan menyelamat.
10 orang bayi kecil. Mesti, mereka kelaparan kerana perlukan air bersih untuk bancuhan susu. 
Ini antara mesej-mesej dari saudara-mara rakan saya dan juga dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Sahabat boleh juga baca DI SINI, ada sedikit perkongsian dari entry yang lalu mengenai persediaan banjir.

Marilah kita sama-sama berdoa dan solat hajat semoga mereka semua berjaya diselamat kan dan dibantu. Tidak lupa juga, supaya diberikan kekuatan kepada pasukan yang berusaha bersama misi-misi penyelamat. InsyaAllah.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan, boleh berhubung dengan pihak yang terlibat. Alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia yang semakin prihatin.


Bantuan sedang dikumpul untuk penghantaran.
Lagi tempat, pengumpulan barang dan bantuan. Kita bertuah dan seharusnya bersyukur kerana rakyat Malaysia sentiasa prihatin membantu di saat kecemasan. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mereka itu.
Anda juga boleh hubungi mereka, untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan.
Boleh ikuti FB : Farah Wahida untuk maklumat terkini.
Sila like dan share sekiranya, sahabat rasa ia memberi manfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana. 

Semoga dengan 1 share anda mampu menyelamatkan dan membantu, anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung, orang-orang tua dan mereka-mereka yang sedang dalam keadaan kritikal dan darurat.

PELUANG BUAT DUIT HARI-HARI DENGAN MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. HANYA SERENDAH RM1999 SAHAJA UNTUK 5 COURSE 3 JAM TRAINING POWER. WASAP : 019-9164276 UNTUK PENEMPATAN TRAINING ANDA !!


Saya doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.


Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat-sahabat baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, 
Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-hamba-Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...

Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin, 
Engkau perintahkanlah bumi-Mu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langit-Mu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim,
Ya Basith, Ya Rofi, 
Kasihilah kami semua,  
Kami mohon kepada-Mu,
Redakanlah bencana ini,

Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,

Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara-perkara yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa-dosa dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab, 
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepada-Mu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Mu,

Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Aamiin....

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

8 comments:

Unknown said...

Semoga mangsa2 banjir ini selamat...risau sungguh baca update2 terkini..hanya doa yang dapat dipanjatkan..

sakinah (SMS) said...

Sama-sama lah kita berdoa, Dr.didi. Sebak rasa. Kt sini pun, hujan semula. Tak dapat bayangkan cam mana keadaan mereka tanpa bantuan. Nauzubillah..

Unknown said...

Semoga dipermudahkan Urusan

Tuesday Night Workout said...

Perkongsian yang baik Sakinah .... semoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan

fiezabard said...

Sama-sama kita panjatkan doa semoga Allah lindungi mereka dan dilapangkan kesempitan...

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah..InsyaAllah. Sama-sama kita berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT.

Unknown said...

semoga mangsa banjir sentiasa dalam lindungan Allah SWT

sakinah (SMS) said...

InsyaAllah..sama-sama kita berdoa.

Post a Comment