Pages

Sunday, 4 January 2015

ALARM PALING JUJUR UNTUK SOHO DI DUNIA

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua?

Dah bersarapan, belum?

Jangan lupa bersarapan taw. Sebab, sarapan amat penting untuk sesiapa yang nak hidup sihat dan bahagia.

Percayalah.. Tak caya, buat je. Hahaha.. (pinjam ayat Ateh Zuhairi)

Pagi nie, SMS nak story ringkas je.. pasal adikku si kembar nie lah. 

SOMETHING MAGIC AT SMALL OFFICE HOME OFFICE (SOHO)

Seperti biasa, saya berada di SOHO setiap pagi hingga lah ke lewat malam. Kadang, si kembar berdua tu datang kacau. Nak jadi, businessgirls jugak katanya.

SOHO ku yang simple.. Alhamdulillah..
Tiba-tiba malam tadi.. Dorang duk menepek kat tepi saya. Saya tanya :
"Kenapa dengan adik nie kakak?"

Kakak jawap : "Adik sakit perut.."

Saya pun, seperti biasalah. Kalau dorang sakit perut.. saya akan bagi ubat sapu, je. " Adik ambil nie.. sapu kat perut tue. Mesti adik... (belum habis, cakap lagi. Kakak dah tutup mulut saya dengan tangannya)"

Kakak : Kak Sa, tak yah, cakap.. Kakak taw, sebab apa adik sakit perut. Adik makan tak basuh tangan. Adik belum potong kuku, kak sa. Sebab tue, adik sakit perut. Bagus cream nie. MAGIC! (sambil duk tayang botol)."

Saya tergamam sesaat. Cam mana dia boleh panggil CREAM MAGIC?! Tak terfikir dek akal betul.

Selalu saya cakap kat dorang.. Kakak ambil Herbal Blend tue sapu. Nanti, baik lah. Tak pernah pun lagi saya sebut MAGIC! Hahaha..

Papepun.. memang sesuai pun, nak panggil MAGIC. Saya tanya Kakak : "Kenapa Kakak cakap MAGIC?!"

Kakak : "Sebab, tiap kali sapu je. Mesti, hilang."

Saya tersenyum bahagia :-)

Fungsi lain Herbal Blend

ALARM PALING JUJUR KAT DUNIA

Ok, si kembar sendiri dah cakap camtu. Tiada apa lagi lah, yang nak saya katakan. Dorang baru nak masuk 7 tahun. Kata-kata dorang, memang jujur dan dorang lah alarm saya.

Jangan berjanji dengan dorang taw.. kalau rasa tak mampu, nak tunaikan. Dorang akan ingat walaupun janji itu dan berlalu lama.

Tiba-tiba teringat perkara yang dorang selalu remind.

Ada dua perkara. Bertuah, saya dapat alarm bergerak cam nie:

1. Saya berjanji nak belikan basikal untuk dorang bila dorang umur 8 tahun.. Tiap-tiap petang kami akan berbasikal untuk aktiviti riadah. Kiranya, full set lah untuk cycling. Helmet, sport shoes dan basikal.

Dorang.. selalu ingatkan, taw.. 

2. Saya selalu exercise tiap-tiap petang, sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Dan team saya di rumah, dorang lah. Kalau cuaca baik.. kami, pergi jogging ke Tasik Pelindung.

Sekarang, musim tengkujuh. So, banyak di rumah je lah aktiviti petang kami.

Ni, alarm bergerak saya yang terbaik!!
Saya selalu cakap kat dorang : "Jam 5.30petang selepas asar, kita aerobic ya."

Kalau saya masih di SOHO. Dorang datang, jadi reminder : "Kak sa, jam pukul berapa? Bilanya nak aerobic?

Dia tanya sebab dorang taw sebenarnya tue. Saya je yang sibuk dengan laptop lagi. Hahaha..

Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat kebahagiaan yang Allah SWT berikan kepada saya. Namun, ini hanyalah pinjaman. So, hargailah masa dan kebahagiaan itu selagi kita diberi kesempatan ruang dan waktu.

Saya sayang keluarga dan business saya. Dengan business inilah, saya mengenali sahabat Cinta Hati SMS dan ramai insan-insan bahagia yang memerlukan saya untuk dibantu.

InsyaAllah..

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, sahabat rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan anda di luar sana.

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment