Pages

Saturday, 24 January 2015

KETAM MASAK TELUR MASIN TERATAK SAKINAH-HASANAH


Assalamulaikum sahabat..

Petang nie, SMS nak kongsikan satu resepi dari adik bujang ku yang balik bercuti kat teratak kami.

Jom, kita layan apa dia nak masak.

Saya tolong pantau je ala-ala master chef :-)

RESEPI MUDAH ANAK TERUNA

Resepinya, adalah Ketam Goreng Masak Telur Masin. Senang, kePandai ke adik terunaku nak masak nie? Boleh, ke nie? Hehehe..

Mari, kita tengok apa yang perlu disediakan untuk memasak.

BAHAN-BAHAN

*Ini hidangan untuk family besar taw.

Subhanallah.. Cantik-cantik corak kat ketam nie, kan..
12 ekor Ketam
5 biji Telur Masin (Rebus dan hancurkan)
10 biji Cili Padi Kampung-Ikut tahap kepedasan anda (Racik kecil-kecil)
5-6 tangkai Daun Kari
Sedikit Butter
Gula dan Garam secukup rasa
1/2 tin Susu Cair
6-8 biji Bawang Putih
12 sudu besar Tepung Jagung
Serbuk lada sulah
Minyak masak

CARA-CARA MEMASAK

Telur masin direbus masak.

Bersihkan dan belah ketam ikut kepakaran masing-masing taw.

Ketam digaul bersama-sama dengan tepung dan serbuk lada sulah. Kemudian, goreng dengan minyak panas cam nak goreng pisang tue.

Dah agak-agak garing.. angkat dan toskan minyak.

Manakala, sos nya pulak..

Mula-mula, kena panaskan butter. Bila dah cair, tumis bawang putih yang dah dikisar bersama daun kari  hingga naik bau.

Pastu, masukkann susu cair, cili padi, telur masin, garam dan gula. Dah menggelegak, angkat dan siram atas ketam tadi.

Ta daa.. Siap! Mudah, je kan..




Resepi nie, adik terunaku olah dari blog zila4ever.



KOMEN DARI MASTER CHEF

Dah siap, Master Chef kena lah komen, kan.. Hehehe.

Ok, not bad for first time masak ketam telur masin. Dia kata, ketam Baba Nyonya. hentam, je lah. Saya sendiri tak pernah buat. Hahaha..

Nampak, kuning-kuning telur yang berketul, tue.. Tu, lah telur masin.

Ni, kalau tinggal sorang-sorang memang tak de masalah. Dapur, akan berasapnya.

Ini yang saya suka pasal Teratak Sakinah-Hasanah nie (Home Sweet Home).

Adik-adik lelakiku pandai masak macam-macam. Since jadi Working-At-Home-Woman (WAHW), saya kurang aktif di dapur.

Harapkan adik-adik yang masak.

Bertuah, kan.. Boleh, bukak kedai makan.

Kami memang berniaga makanan pun. Berniaga dari rumah je.

Ok, sahabat. Sampai sini, dulu. Thanks for reading :-)

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana yang mencari-cari resepi masakan ketam yang mudah.

SMS doakan sahabat Cinta Hati Sakinah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya menjadi insan bertaqwa dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment