Pages

Monday, 5 January 2015

KISAH SILAM WANITA : FIBROID MUNCUL SELEPAS SETAHUN PAKAI IMPLANON

kisah silam.


Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga tersayang.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

SMS nak kongsikan satu kisah silam seorang wanita yang pernah menggunakan IUCD dan jugak Implano untuk merancang keluarga.

Kesan dari penggunaan ini, beliau terpaksa menanggung beberapa masalah kesihatan dan jugak melalui beberapa pembedahan khas.


KISAH SILAM WANITA : FIBROID MUNCUL SELEPAS MENGGUNAKAN ALAT PERANCANG KELUARGA (IUCD & IMPLANON)


" Pada tahun 2012, saya mula memakai Implanon setelah bertahun-tahun menggunakan IUCD.

Sebelum membuat keputusan ini, doktor ada memaklumkan yang akan berlaku risiko masalah kitaran haid. Sama ada ia akan datang 3 bulan sekali atau pun datang selama 3 bulan berturut-turut tanpa henti.

Saya ingin cuba..

Dan kesannya, period saya datang tanpa henti, selama 3 bulan berturut-turut. Kadang, ia darah kotor keluar berketul-ketul.

Ngeri dan stress..

Kadang, 5 bulan non-stop.. Bayangkan 5 x 30 hari bersamaan 150 hari u berada dalam mood kotor dan 'swing' semacam.

Kepala menjadi pening dan sakit kepala yang menyebabkan saya terpaksa mengambil cuti sakit yang kerap.

Saya seorang guru.. so, kekerapan turun naik tangga setiap hari memang tinggi. Kepala saya pening dan jantung berdegup kencang seperti nak pecah dan terkeluar dari badan.

Badan selalu je lemah.

Saya membuat temujanji bersama pakar jantung. Dan ujian darah.

Alhamdulillah, jantung saya ok. Tetapi, bacaan HB saya rendah iaitu 7. Terus kena warded, tambah darah 3 pt.

Lastly, November 2012.. doktor nasihatkan saya membuang Implanon sebab hormon saya dan period saya dah tak stabil.

Kadang banyak, kadang-kadang sampai 21 hari. Seminggu free.

Camtu lah, saya dalam tempoh berImplanon. Ada kawan saya ok, tiada masalah dengan Implanon.

Cuma apa yang saya tahu kebanyakkan memang akan melalui masalah yang sama seperti saya.

2013, HB saya masih tak normal seperti orang lain.

Saya dapat offer ke Mekah untuk tunaikan ibadah haji. Tapi, syarat untuk ke sana HB saya perlu lebih atau di paras 8. Saya refer pakar sakit puan. Saya cuba macam-macam cara. Macam-maam jenis ubat yang saya ambil.

Alhamdulillah beberapa hari sebelum berlepas, HB saya naik kepada 10.

Saya selamat menunaikan ibadah hajah dengan ubat sekotak besar. Sepanjang di sana, period saya datang 6 hari sahaja berbanding bulan-bulan sebelumnya.

KU SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI.

Mac 2014,

Ku sangkakan bahagia berpanjangan. Rupanya, episod hitam baru nak bermula.

Period saya datang semula. Darah keluar tanpa henti, badan menjadi letih, dan cepat pening kepala.

Saya berjumpa gyne.

Doktor suspect ada ketumbuhan bersaiz 1.8cm dalam rahim. Bila buat pemeriksaan lanjut, camera menunjukkan saiz fibroid bersaiz 4cm.

Saiz fibroid.
Doktor cucuk di area pinggang untuk kecutkan fibroid. Sebulan kemudian baru ready untuk pembedahan sebab fibroid dan mengecut.

Alhamdulillah selepas pembedahan, period dan kembali normal. HB pun dah stabil. tak de rasa pening-pening.

Syukur sangat dengan nikmat ini.

So, nasihat saya kepada kaum wanita di luar sana, tak perlulah pasang implanon mahupun IUCD untuk mengelak dari mengandung.

Kesannya lebih dasyat dan mengerikan dari apa yang saya story. Sebab, saya sendiri sangat lemah untuk berhadapan dengan darah kotor hari-hari. Jiwa dan hati menjadi kusut dan kacau.

Syaitan kan suka orang-orang kotor terutama di saat darah haid datang tanpa henti.

Nampak cam simple dan mudah je cucuk. Tapi, berwaspadalah kawan-kawan.

Sekian, wassalam."

Ini lah sedikit sharing kisah silam seorang wanita yang tidak sangka ini yang terpaksa dilalui dengan Implanon.

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog semua sentiasa berada dalam kedaan sihat dan sejahtera dunia dan akhirat.

PELUANG BUAT DUIT HARI-HARI DENGAN MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. HANYA SERENDAH RM1999 SAHAJA UNTUK 5 COURSE 3 JAM TRAINING POWER.
WASAP : 019-9164276
 UNTUK PENEMPATAN TRAINING ANDA !!


InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada mereka di luar sana terutama kaum hawa, ibu-ibu dan kakak serta adik-adik.

Salam Sayang, Salam Bahagia.

Kurus dan Sihat dari Rumah dalam masa 100Hari (Whatsapp : 0199164276).
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment