Pages

Sunday, 8 February 2015

4 LANGKAH MUDAH SEDIAKAN JADUAL SEKOLAH ANAK-ANAK

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan sahabat selaku pengunjung setia blog Cinta Hati Sakinah sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT hendaknya.

Hari ini, SMS nak kongsikan pengalaman menguruskan adik kembar bersekolah. Sebagaimana dalam entry yang lepas, SMS ada ceritakan beberapa kisah mengenai dorang.

Dalam beberapa minggu nie, memang agak haru-biru jugak hidup SMS bila dorang dah start bersekolah. Huhuhu..

Sebab masing-masing bersekolah di sesi pagi.

Bila petang, ke sekolah fardu ain pulak.

Hari-hari, ada je perkara baru yang dorang bawak pulang. Ada je, perkara-perkara yang perlu dilayan. Nak kena isi borang itu, borang ini. Macam-macam..

Tak dilayan.. nanti, mulut tak berhenti-henti duk mengomel.

" Kak Sa.. Kak Sa, dah isi borang kakak?"

Pastu.. adik pun berbunyi sama.

"Kak Sa.. borang adik sekali."

Tambah lagi, sorang. Abang dia pun, nak jugak..

Biasalah, kanak-kanak baru nak membesar. Sel-sel otak sedang berhubung katakan. Hihihi..

Setiap hari.. duk berperang, dengan dorang je. Saya pun, dah lupa cam mana saya dulu di usia dorang.

Rasanya, cukup perhatian dan kasih sayang... dorang cam terabai cikit. Ayah dah tak de. Mak pulak, busy. So, tanggungjawab saya lah uruskan adik-adik.

InsyaAllah.

ADUHH..!! AKU MULA PENING

'Haa.. baru uruskan adik kembar. Belum lagi, uruskan anak sendiri. Huhuhu..

Bukan apa.. yang jadi, pening sebab dua orang serentak di usia yang sama. Masing-masing pulak.. nak kan perhatian.

So, saya kena lah berlaku adil sebaik-baiknya.

Saya dah biasa uruskan adik-adik dari kecil lagi. Tapi, kali ni lain sikit sebab yang bongsu nie kembar.

Nasib baik, lah abang-abangnya tolong control jugak. Pening, taw.. Hahaha..

Part yang paling pening bila, nak salin jadual. Al-maklumlah, kelas dorang tak sama. 

ALHAMDULILLAH.. AKHIRNYA, AKU BERJUMPA JALAN PENYELESAIAN

Baru-baru nie, mentor saya ada kongsikan tips susun jadual untuk anak-anak bersekolah di group telegram kami.

Ya Allah.. syukur, Alhamdulillah. Rasa seronok dan happy. Sebab dah ada jalan penyelesaian untuk memudahkan si kembar mula berdikari.

Jom! tengok apa yang saya lakukan bersama si kembar.

YEAAAAY.... MUDAHNYA SUSUN JADUAL SEKOLAH

Apa yang perlu disediakan adalah sticker berwarna, buku-buku, jadual kelas, dan tuan empunye buku sebagai saksi.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan:

 1.  Sediakan sticker berwarna. Seeloknya, gunakan sticker yang berbentuk segi empat tepat. 

Oleh kerana sticker yang ada berbentuk bulat dan tiada warna. Maka, saya dengan bahagianya mengeluarkan senjata (Design Marker) yang dah lama duk dalam kotak.

Mula mewarna bersama dorang.
Since, jadi Working-At-Home-Woman (WAHW).. semua peralatan seni, tak berkesempatan nak diusik. Kecian, dia. Huhuhu..

Make sure, anak-anak kecil turut serta sewaktu proses ini berlaku taw. Supaya mereka faham dan jelas untuk setiap perkara.

Boleh je, buat tanpa dorang. Tapi, saya nak adik-adik berdikari. So, nak tak nak.. dorang perlu ambil tahu.

Dorang pun teruja, taw :-)

Banyak lah, soalan yang keluar.

Kenapa cam nie?
Kenapa itu?
Nak buat apa lah?

Jenuh, nak menjawap. 

 2.  Kemudian, keluarkan jadual waktu masing-masing sebagai rujukan untuk menampal pada buku.

Jadual si Kembar.
Saya sediakan 5 sticker berwarna sebagaimana di bawah.

Biru (Isnin), Pink (Selasa), Light Blue (Rabu), Putih (Khamis) dan Merah (Jumaaat)
 3.  Saya tampal sticker di tempat berbeza untuk adik dan kakak.

Kakak di bahagian tepi buku.
Kenapa berbeza pulak.. Saya nak elakkan dari tertukar. Kadang-kadang buku dorang bercampur. So, saya tampal asing-asing cam kat dalam gambar nie.

Adik di bahagian bawah sudut buku.
 4.  Dah selesai.. saya pun, explain lah kat dorang perlahan-lahan. Saya let go, dorang salin sendiri refer sticker pada jadual.

Alhamdulillah.. amat berkesan. Dorang dah mula berdikari. Cuma saya masih pantau.

Seperti biasa.. selepas salin jadual. Dorang akan tunjukkan buku pada saya.

Jeng je jeng..!! Saya nampak..!! saya nampak.!!!

Adik terambil buku kakak. Dengan mudah je, saya dapat detect tanpa melihat nama lagi. kan. Sebab, kedudukan sticker dorang kan tak sama. Hihihi..

Ok. 

Selamat mencuba, ya sahabat semua :-)

Semoga anda berjaya dan bahagia dunia dan akhirat walau dimana jua berada.

InsyaAllah.

Thanks for reading.

Sila LIKE dan SHARE sekiranya, anda rasa ia bermanfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara di luar sana.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment