Pages

Thursday, 19 March 2015

8 KHASIAT BUAH KURMA SUMBER TENAGA TERBAIK !!

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Hari nie, nak share pasal khasiat buah kurma yang mungkin sahabat belum tahu.

Dah tak lama kita semua akan berpuasa kan?

Biasa bulan puasa, ramai lah yang akan mencari buah kurma nie.

Tapi, pernah kah kita ambil tahu kebaikan buah ini?

Paling kurang pun, kita just tahu yang kurma ni makanan sunnah Rasulullah SAW.

Sunat jika juadah berbuka puasa dimulakan dengan makan 3 biji kurma, kan..?

Hehehe..

Bukan anda je. Saya pun, sama.

Sebab, saya dah tahu.. saya nak share nie :-)

8 KHASIAT BUAH KURMA SEBAGAI MAKANAN HARIAN

1. CEPAT BERLAKU PROSES TINDAK BALAS PENYERAPAN

Mempunyai kandungan gula ringkas (Monosaccharide) yang sangat tinggi yang membolehkan ia mudah diproses dan diserap.

Berbeza dengan buah-buahan lain yang mengandungi sukrosa (Disaccharide). Yang mana, Disaccharide nie perlu dipecah-pecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar kepada Monosaccharide untuk diserap oleh tubuh manusia.

2. MEMBERIKAN TENAGA SEGERA BERBANDING DENGAN BUAH-BUAHAN LAIN

Membekalkan tenaga segera sebagaimana diterangkan di atas tadi.

Kurma adalah gula ringkas (Monosaccharide).

"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air".

Hadith Riwayat Ahmad.

So, makan 3 biji kurma ketika berbuka memang sangat bagus untuk tenaga yang segera berbanding makanan lain yang ambil masa untuk dicernakan.

3. KAYA DENGAN SERAT

Pada kulit kurma terdapat serat larut dan tak larut yang sangat bagus untuk bantu proses pelawasan.

Ramai yang beranggapan buah-buahan seperti pisang mempunyai tinggi serat dan bagus diambil untuk proses pelawasan.

Hakikatnya, dalam 100g pisang mengandungi 2.6g serat sahaja. Tetapi, 100g kurma mempunyai lebih daripada 8g serat.

Banyak ke banyak?

4. KURMA JUGA, KAYA DENGAN POTASSIUM

Potassium ialah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan akibat kehilangan air yang banyak (dehidrate) di hari panas atau berpuasa.

Selain itu, Potassium juga turut membantu dalam pembinaan otot, bagus untuk jantung dan sistem saraf.

5. PENGUAT MEMORI

Selain kismis.. kurma pun membantu dalam kekuatan daya ingatan. Sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

6. PENAWAR RACUN

" Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan".

Riwayat Aisyah r.a.

7. MENCEGAH MASALAH USUS DAN SEMBELIT

8. BAIK UNTUK WANITA MENGANDUNG

Pernah dengar kisah Maryam yang memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s?

Allah SWT telah menghantar malaikat Jibrail untuk menyampaikan wahyu kepada Maryam yang sedang lemah selepas melahirkan Nabi Isa a.s supaya menggegarkan pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya.

" Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."

Surah Maryam, ayat 25.

Inilah sedikit sebanyak khasiat yang terdapat pada buah kurma yang menjadi pilihan umat islam di hari berpuasa.

Sahabat,

Tidak perlu menunggu puasa baru nak amalkan makan kurma.

Anytime kita boleh makan :-)

Tapi, dalam kuantiti yang berpatutan. Janganlah pulak makan dari pagi sampai ke malam tanpa henti.

Hehehe.

Sampai di sini, dulu kisah perkongsian kali ini.

Sehingga kita bertemu kembali dalam kisah-kisah atau sharing yang lebih menarik dan bermanfaat.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika, anda rasa entry kali ini memberi manfaat kepada rakan-rakan di luar sana.

Selamat menggantikan puasa kepada yang masih berhutang. Ramadhan, dah tak lama. Usia kita pun, makin lama makin pendek. Bila-bila masa malaikat maut akan datang menjemput.

Sama-samalah kita berusaha untuk mempertingkatkan amalan ibadat kepadaNya.

SMS doakan anda semua sentiasa kaya dan berbahagia hidup dunia akhirat.

Kita semua, dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment