Pages

Thursday, 5 March 2015

KISAH ADAM DIBEDAH 2 KALI AKIBAT OBESITI YANG MELAMPAU

Assalamualaikum wbt..

Salam Sayang dan Salam Bahagia kepada semua sahabat pengunjung blog Cinta Hati Sakinah.

SMS doakan anda semua berada dalam keadaan sihat, kaya dan berjaya bersama keluarga tersayang.

Aaminn..

Baru-baru nie, ada seorang sahabat berkongsi sedikit pengalamannya sewaktu Obesiti.

First time dengar, cam terkejut jugak. SMS tak mengangka si dia boleh bertindak sedemikian rupanya.

KISAH SI DIA DIBEDAH SEBANYAK DUA KALI

Ini kisah benar.

Cuma, saya sesuaikan dengan keadaan.. demi menjaga nama baik si dia (Adam- bukan nama sebenar).

So, saya just story sedikit kisah mengenai Adam sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita semua.

Adam pernah menanggung beban Obesiti yang melampau.. Akibat dari kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas.

KISAH ADAM 15 TAHUN LEPAS

Pagi tue, dia dalam perjalanan pulang dari kampus universiti ke rumah dengan membonceng superbikenya, si honda bulat.

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba dia dilanggar dan dirempuh oleh sebuah kereta proton waja milik seorang lelaki berbangsa melayu.

Keadaannya, agak kritikal dan tipis untuk hidup. Adam disahkan koma oleh doktor pakar bedah kerana berlaku pendarahan dan hentakan yang teruk di bahagian kepalanya.

Semua keluarga bersedih dengan Adam, yang mula tidak sedarkan diri.

Doktor pulak, tak dapat mengeluarkan darah beku dibahagian kepala berdekatan dengan saraf otaknya buat masa terdekat. Risau akan lebih menggangu sistem saraf.

Lagipun, 15 tahun lepas.. teknologi dan peralatan tak secanggih seperti hari ini.

Dengan berkat usaha dan bacaan Yassin serta doa tanpa henti dari keluarga, Adam mula sedarkan diri selepas 6 bulan koma.

6 bulan jugaklah, Adam berkongsi nyawa dengan mesin-mesin dan wayar yang berselirat di kepala serta badannya.

Alhamdulillah.

Selepas sedarkan diri, doktor benarkan Adam keluar hospital. Tetapi, tetap perlu follow terapi dan rawatan susulan kerana masih ada kesan pendarahan di kepalanya.

So, Adam terpaksa bergantung kepada ubat sehingga ke hari ini.

Since makan ubat hospital.. berlaku perubahan besar kepada Adam dalam hidupnya.

Tahun demi tahun.. Adam mula membesar dengan bahagia dan jayanya sehingga menjadi gemuk dan obesiti.

Kesan sakit di kepalanya, tetap sama. Setiap hari dan setiap bulan, Adam terpaksa mengambil pil berbiji-biji mengikut jadual yang diberi. Jika terlewat sikit je.. Dia akan merana sakit hingga terpaksa menerima injection di wad kecemasan.

Begitulah, rutin hariannya, tahun demi tahun.

2 Tahun lepas, dia terpaksa membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kali kedua dan ketiga untuk susulan.

Bukan pembedahan kemalangan taw.. Tapi, kerana Obesiti yang melampau dan menyukarkan dia bergerak aktif. 

ADAM OPERATE KALI KEDUA DAN KETIGA

Setelah berfikir.. Adam membuat keputusan untuk terima nasihat doktor untuk operate buang lemak-lemak berlebihan di bawah kulit.


Pembedahan kali pertama kurang berjaya.

Adam terpaksa dibedah semula untuk kali kedua selepas 2 bulan dibedah.

Dan sehingga kini, Adam tetap sama.

Still gemuk walaupun ada sedikit perubahan dari operation. Dia tetap bergantung kepada ubat yang diberi.

Keadaannya, tak ubah seperti sebelum pembedahan pembuangan lemak. 

So, maknanya tiada apa-apa yang membantulah. Malah menambahkan lagi, bilangan ubat yang terpaksa dimakan.

Kecian, Adam.

ADAM KINI

Sekarang, Adam lebih terbuka mindanya untuk mendengar pendapat dan mencuba cara baru yang lebih selamat.

Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Membaca ilmu-ilmu kesihatan dan mencari cara untuk kurus seperti 15 tahun lepas.

FREE !! TO DOWNLOAD.
Semoga Adam bukan nama sebenar berjaya kurus dan sihat kembali, sahabat.

Marilah kita, sama-sama doakan semoga Adam dan anda semua sihat dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

Terima kasih, kerana masih setia membaca kisah Adam ini :-) 

Sila SHARE, jika anda rasa entry ini bermanfaat. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi pengajaran dan pedoman kepada kita semua.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam,
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment