Pages

Sunday, 12 April 2015

CANVAS ALAM DI PANTAI PELINDUNG, KUANTAN - PAHANG

Bulan separa Penuh.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua :-)

Syukur kehadrat illahi atas nikmat kurniaan hidup yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita semua.

Terasa kerdil kita di muka bumiNya ini.

Sungguh tidak tergambar dan ternilai akan nikmatNya.

Bangkit sahaja dari tidur, kita masih dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas.

Bukak je jendela.. kita mampu menghirup udara segar di pagi hari.

Syukur, Ya Allah.

Alhamdulillah.

Terasa rindu kepada angin pantai.

Terasa rindu melihat mentari menyinari alam.

Rindu dengan sapaan bayu laut.

Dah lama SMS tak ke pantai sejak adik-adik mula berkesekolah.

Tanpa berfikir panjang.. selesai je solat dan mengaji tadi, terus sambar kunci kereta.

Jam di dinding menunjukkan pukul 6.23 pagi.

Saya pun start enjin dan pergi ke Pantai pelindung yang ambil masa dalam 5 minit je kalau berkereta.

If, jalan kaki ada dalam 20 minit.

Sebab, teringin nak tengok mentari naik.. maka terpaksa lah berkereta.

Hehehe.

INDAHNYA CANVAS ALAM DI BUMI PELINDUNG

Sesampai je saya di pantai..

Tiada kata yang mampu terucap.

MasyaAllah,
Allahuakhbar..

Indahnya, ciptaan alam.

Terlalu indah.

Nampak dekat je.. jarak gigi pantai dengan tengah laut.

Kalau siang hari.. memang jauh.

Kelihatan banyak lampu-lampu bot di tengah laut.

Saya sendiri tak terbayang bagaimana hidup saya jika mengemudi kapal seorang diri di tengah lautan.

Allahuakhbar..

Di satu sudut yang lain.

Sang unggas dan burung riang ria menyanyi bahagia.

Sekawan di pepohonan pokok yang merimbun.

Sekawan lagi, kejar mengejar di pepohonan kelapa yang turut serta melengkapi canvas alam ini.

Ada juga yang mencari peluang mengintai santapan pagi untuk si anak-anak di sarang.

Bahagianya mereka.

Dalam masa yang sama,

Bot-bot nelayan senja mula tiba di gigi pantai untuk memuntahkan hasil mereka.

Manakala nelayan dinihari mula memacukan enjin untuk mencari sesuap nasik untuk anak bini di rumah.

InsyaAllah, akan ada hasil mereka di petang hari nanti.

Begitu lah rutin nelayan-nelayan kecil di bumi Pelindung ini.

Terpegun dan bermunajat seketika, melihat ragam dan rencah alam ciptaan illahi.

Saya tak tahu nak describe cam mana indahnya alam ini.

Jom! tengok beberapa koleksi foto yang sempat saya capture sebelum mentari menjengah alam.

Banyak taw.

Semoga anda tidak bosan. Hehehe.

Kalau boleh setiap saat saya nak share dengan sahabat semua :-)

MENTARI PAGI MULA MEMBUKA TABIR ALAM

Untuk lebih jelas, anda boleh click pada gambar.

Nyaman dan segar.
Sebelah sana bukan daratan taw. Itu awan dengan langit.
Best !! Jalan-jalan di gigi air.
Cenonet je, bot. Ambil guna camera fon je. Hihi
Motor pun ada.
Cam mana sahabat?

Cantikkan alam ini.

Terlalu cantik.

Sampai saya sendiri rasa tak mahu balik.

Tapi, saya terpaksa lah jugak balik.

My brother, nak pakai kereta.

Huhuhu.

Sempat sejam je saya di pantai.

Tak pe.

Yang penting.. dah terubat rindu pantai.

Alhamdulillah.

K, lah sahabat.

Sehingga kita bertemu lagi di lain episod.

SMS doakan anda semua kaya dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

#Bolehlah SHARE jika anda rasa entry ini memberi manfaat kepada mereka semua di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment