Pages

Sunday, 26 April 2015

PEKAK KATAK VS PEKAK BADAK

Assalamualaikum wbt..

SMS doakan, semoga pengunjung blog Cinta Hati Sakinah sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Cam mana urusan anda hari ini?

Everything, ok or not ok?

Walau apapun, SMS harap ianya tidak mengganggu perjalanan hidup anda.

Pernah dengar kisah Si Katak Yang Pekak?

Selalu orang cakap pekak Badak (Peribahasa melayu lama).

Saya belum pernah dengar lagi pekak Katak.

Hehehe.

PEKAK KATAK VS PEKAK BADAK

Saya suka kongsikan kisah si Katak yang Pekak berbanding si Badak.

Sebab, pekak-pekak kata membina.

Tapi, pekak badak menternak lemak dengan jayanya bila melihat kepada saiz lah

Jom! Kita story dulu kisah katak pekak ni.

*
*
*
*
*

Ceritanya cam nie, di sebuah tasik mati ada tinggal sekampung katak.

Kiranya, besar jugak lah family katak nie.

Tasiknya, tak lah besar mana.

Pada suatu hari mereka mengadakan pertandingan untuk memanjat tembok dawai di hujung tasik.

Tembok tue, memang dah lama bertapa di situ.

Belum pernah ada mana-mana katak yang berjaya melepasi tembok tersebut.

Juara pertandingan akan dapat berkahwin dengan anak tok ketua katak.

So, berebut lah katak-katak bujang nie untuk memanjat tembok tadi.

Yang duda pun ada, tak lepaskan peluang :-)

Ada yang perhatikan je.

Ada yang bersorak ramai-ramai.

Ada yang menghalang.

" Oii!! Turunlah.. !! "

" Oii!! Banyak dawai tajam tue "

" Sudah-sudah, lah tak de yang akan menangnya. Tasik tue dalam. Nanti, mati lemas."

" Tembok tue, tinggi.. takkan bolehnya, korang nak sampai ke atas."

" Eh!! Dah lah.. korang pasti tak dapat nak ke atas sana. Buang masa, buang tenaga je. "

Macam-macam lah.

Pertandingan makin sengit.

Banyak katak-katak yang jatuh ke dalam tasik satu demi satu. Ada yang tersangkut di celahan dawai. tercekit "mati katak."

Penonton semua bersorak riang sebab kata-kata mereka semua benar.



"Tu lah, anak-anak muda degil. Tak dengar cakap orang lama."

Cuma, ada seekor je katak kecil yang masih meneruskan usaha memanjat sehingga yang lain terdiam dan hairan.

Mereka dah bertubi-tubi marah si katak itu. Tapi, dia tetap memanjat ke atas dengan jayanya.

Wah !! Hebat !!

Tahniah kepada si katak kecik tersebut.

Tapi, cam mana katak nie boleh sampai ke atas sana?

Jawapannya.. Katak tersebut rupanya, pekak.

Hahaha..

KUNCI KEJAYAAN ADALAH FOCUS

Moral of the story, kalau nak berjaya.. jadilah seperti Katak pekak. Jangan jadi seperti Pekak Badak.

Sebab, Pekak Badak.. dari kecik sampai ke besar tak kuruis-kuruis.

Asyik berendam je dalam lumpur.

Tiada perubahan.

Nak bawak diri pun terseksa.

So, sahabat.

Ingat, yer jangan jadi seperti badak. Jadilah seperti Katak tadi.

Sentiasa focus walau apa orang kata.

Sentiasa berfikiran positive bahawa anda mampu berjaya suatu hari nanti dengan syarat focus dan usaha.

InsyaAllah.

Kejayaan pasti menjadi milik anda.

Sila SHARE jika anda rasa kisah ini memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.

SMS doakan semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment