Pages

Tuesday, 5 May 2015

MASUK SYURGA PERCUMA TAPI KENA BAYAR KALAU NAK MASUK NERAKA

Assalamualaikum wbt...

SMS doakan semoga semua pengunjung blog Cinta Hati SMS sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat dariNya.

InsyaAllah.

Pernah dengar orang cakap nak masuk syurga percuma je. Tapi, nak masuk neraka kena bayar?

Agak-agak ramai tak yang sanggup bayar untuk ke neraka?

Mestilah semua tak mahu kan.

Tiada siapa yang nak masuk neraka. Dah terang lagi bersuluh. Kena bayar. Buat apa bayar. Baik lah bayar untuk masuk syurga.

Lagi best.

Haa..

Tapi, bukan semua orang sedar yang sebenarnya mereka sedang membayar untuk ke neraka.

Huhuhu.

SMS dapat satu kiriman mesej dari seorang sahabat. Yang mana betul dan logik jugak mesej yang dihantar itu.

So, SMS nak share dengan anda semua.

BERAPA RAMAI YANG SANGGUP MEMBAYAR UNTUK HARGA SEBUAH NERAKA?

Jom! baca dan hayati kata-kata ini.

Seorang bapa berkata kepada anak-anaknya, " Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga nie percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anak-anaknya, " Cam mana nak masuk neraka kena bayar, ayah? Cam pelik, pulak. Huhuhu.. "

Jawab bapanya :-

- Bukankah nak berjudi kena bayar? Baru boleh bermain.

- Bukankah nak minum arak kena bayar? Baru boleh minum.

- Bukankah nak merokok kena bayar? Boleh boleh dihisap.

- Bukankah masuk kelab malam kena bayar? Baru dapat berseronok.

- Bukankah berjalan ke tempat-tempat maksiat kena bayar? Baru enjoy your life.

Gambaran Neraka.
Wahai anak-anakku !

Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma sahaja. Allah SWT telah memberi modal yang sangat banyak. Terlalu banyak.

- Jika nak solat, kita tak perlu bayar. Dikerjakan je, sudah dapat modalnya.

- Jika nak puasa, kita tak perlu bayar.  Sudah dikerjakan dapat hak Allah.

- Jika istiqfar, kita tak perlu bayar. Jika diucapkan dengan hati yang ikhlas dah diampunkan dosa olehNya.

-  Jika berzikir, kita tak perlu bayar.  Sudah menanam pokok di syurga Allah.

Amacam?

Mudah je kan.. Percuma je kan, masuk syurga.

So, sama-samalah kita perbaiki dan tingkatkan amalan kita kepadaNya.

SMS doakan semoga anda yang membaca perkongsian ringkas ini, dimasukkan kedalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini memberi manfaat dan kebaikan kepada kwan-kawan dan saudara-mara kita di luar sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment