Pages

Sunday, 21 June 2015

KENAPA SAYA PILIH JALAN INI

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, kaya dan berjaya.

Salam Ramadhan.

Ramai yang bertanya kepada saya.

" Sakinah kenapa tak bekerja dah? Tak mengajar dah cam dulu-dulu? Tak menyesal, ke? Belajar tinggi-tinggi.. bertahun-tahun..

Awak tak rasa satu kerugian? "

Hehehe..

Saya hanya mampu tersenyum bahagia. Membalas setiap persoalan mereka.

Saya lebih selesa cam ni.

KENAPA SAYA PILIH CARA INI??

Ni,saya nak story kisah 2 hari lepas :-

Jam menunjukkan jam 6.45petang. Hari jumaat (2 Ramadhan 1436H).

Memandangkan bulan puasa, proses persekolahan ditamatkan lebih awal sejam dari biasa kat sini.

Kat depan rumah kitorang ada 2,3 orang kanak-kanak sekolah belum pulang menantikan ibu&ayah masing-masing.

Aku biarkan dorang. Walaupun, adik yang kembar dan busy body :-)

Dia cakap nampak ada seorang budak tue cam nak nangis.

Aku bukannya apa.

Dah selalu tengok insiden nie kat depan mata tiap-tiap hari bila hari persekolahan.

Aku memang kecian.

Jam 7 lebih.. Tinggal seorang budak je lagi.

Sekadar gambar hiasan.
Aku pun lantas bertanya.. Sembang-sembang dengan adik nie.

Aku tanya lah dia duk kat mana? Tunggu siapa? Emak ayah bekerja ke? Biasa dorang datang ambil jam berapa?

Dan macam-macam lah.

Untuk elakkan dia rasa keseorangan. Muka dia pun, memang dah cam nak nangis.

Kecian budak nie.

Biasa 15minit sebelum masuk waktu.. Kalau ada kereta kat rumah.. Aku dah panaskan enjin kereta untuk hantar budak yang senasib dengannya.

Nak hantar awal-awal.. Risau emak&ayah dorang on the way mai ambil dia.

Nanti, tak bertembung pulak.

Phone no.?

Budak-budak jarang hafal phone no. Emak pak dorang.

Bila tanya, tak tahu..huhuhu.

Kecian dan keadaan ini wat kan saya berfikir.

Cam mana dengan bakal anak-anakku nanti, kalau aku bekerja. Keluar pagi balik malam cam sebelum nie.

TIDAK..!!

Aku tak mahu mereka lalui nasib yang sama cam budak nie.

Aku pernah lalui zaman kanak-kanak.

Pernah balik sekolah jalan kaki berkilo meter. Sebab, moto ayah rosak. Tak dapat datang ambil. Ini zaman sekolah rendah. Jarak dari rumah ke sekolah memang jauh. Rasanya, sejam berjalan kot.

Aku pun dah lupa.

Tiada rumah.. Yang ada hanya kelapa sawit sepanjang perjalanan. Time tue, aku jalan berteman kawan yang naik basikal.

Aku tak mampu berbasikal.

Kalau dorang laju.. Tinggallah aku keseorangan di belakang.

Bila sekolah menengah,

Berjalan kaki dah jadi kebiasaan. Sebab, dulu kami orang susah. Tak de, kereta. Yang ada, cuma motosikal honda cabut kepala bulat yang dah uzur.

Sekolahku, kat area taman perumahan yang baru nak membangun. Kawasan rumah-rumah elit.

45minit jalan kaki dari kawasan persekolahan ke pekan untuk naik prebet sapu (van angkut orang).

Tak de orang yang sanggup nak hantar.

Normally, 2,3 jam jugak aku menunggu setiap hari. Berdiri meraih simpati dan ehsan pemandu prebet untuk hantar jugak aku.

Bila aku sebut je, Nak ke felcra.. Dorang geleng kepala.

Sebab, aku duduk pedalaman. 25km jarak dari pekan. Mereka tak sanggup nak hantar aku seorang.

Membazir duit minyak. Tak berbaloi.

Aku bayar RM3 je. So, memang rugi dorang.

Inilah aku.

Demi sebuah kejayaan dan perjuangan untuk membalas jasa ibu&ayah.

Lewat malam, baru sampai rumah. Aku belajar hidup berdikari. Walaupun time tue, tiada kemudahan mobile phone.

Walaupun, time tue ada kes pelajar perempuan kena culik. Kena rogol dalam semak. Aku hanya tawakal kepadaNya.

Zaman sekarang?

Tak macam zaman dulu.

Manusia bertopengkan syaitan lebih ramai. Mungkin kerana desakan hidup. Kurangnya, didikan agama.

Tahun nie, saja dah banyak kes perculikan berlaku area sini.

Inilah.. Beberapa sebab, saya pilih jalan ini.


Menjadi Working-At-Home-Woman (WAHW).

Walau ramai yang memandang serong.. ramai yang beranggapan aku malas berusaha. Kerana mereka lebih cepat menilai luaran dari di sebalik tabir.

Aku perlu membuat persiapan awal sebelum terlambat.

Aku tak mahu menjadi bakal ibu dan isteri yang mengejar gaji RM1 000 sebulan. Keluar pagi, balik malam.

Suami entah ke mana.. Anak tak tahu dengan siapa.

Aku tak mahu penat di atas jalan raya..

Biarlah aku penat dari rumah. Melihat dan menjaga sendiri keluarga.

Itu lebih bernilai dan berharga.

Masyarakat melayu, memang kebanyakkannya suka melihat kehidupan normal.

Mereka rasa selesa dengan bergaji kan RM2 000 hingga RM3 000 sebulan. Anak di rumah pengasuh. Suami makan di warung Kak Jah (Kak Jah jugak yang dipetik nama).

Hujung bulan, dapat gaji... tolak hutang dan upah jaga anak.

Nothing!

Duit gaji abis.. Anak dan suami pun kurang kasih sayang.

Sahabat,

Hidup nie, adalah pilihan.

Saya memilih untuk menjadi wanita yang bekerjaya dari rumah.

Banyak perkara yang saya dapat.

Kaya masa, kaya kasih sayang, kaya jiwa, kaya harta dunia dan akhirat.

Alhamdulillah.

Anda ingin jadi seperti saya?

Tak sanggup melihat anak-anak terabai. Kurang kasih sayang.. Boleh download baca ebook di bawah ini yang telah banyak merubah minda separa sedar saya.
Tak caya, tak pe.

Download je baca. PERCUMA je pun. Ia adalah sebuah kisah sepasang suami isteri yang mungkin seperti anda. Mereka merupakan bekas graduan terbaik universiti terkemuka luar negara.

Pulang ke Malaysia.. bekerja sebagai seorang engineer.

Setelah beberapa tahun.. disebabkan desakan hidup...... bacaan seterusnya, kena download :-)

SMS doakan anda semua kaya dan berjaya.

Sila SHARE jika anda rasa kisah ini, memberi manfaat kepada mereka di luar sana.

Kecian, dorang.

Siapa tahu.. dengan satu SHARE anda berjaya membantu mereka. Ia dah jadi pencen kubur buat anda.

Membantu mereka yang berada dalam kesempitan.

Serba salah dan susah hati tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh.

Allahuakhbar.

Anak dilahirkan bukan untuk dijaga oleh orang lain. Ia amanah kita sebagai ibu dan bapa.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment