Pages

Tuesday, 7 July 2015

SEPASANG KASUT RAYA BUAT AYAH

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Ini kisah benar.


Raya Aidilfitri tahun 2013.

KASUT RAYA BUAT AYAH

Syukur, Alhamdulillah.. raya tahun nie, ada rezeki lebih.

Company bagi bonus separuh bulan gaji. Wat pertama kali sepanjang aku bekerja. Inilah gaji yang agak besar bagiku.

So, aku dah merencana baju raya untuk adik-beradik dan juga emak.

Ayah?

Dah beberapa tahun.. aku tak rasa kehadiran seorang ayah dalam family kami.

Dalam tempoh 7 tahun kebelakangan, hubungan kami sekeluarga seperti agak jauh dengan ayah.

Bukan ayah tak balik. Ayah balik bila dia rasa nak balik.

Bagi kami, ayah ada ke tak de ke sama je.

3 HARI SEBELUM RAYA

Memandangkan aku sibuk bekerja. 3 hari sebelum raya, baru aku pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Puasa tahun nie.

Aku gunakan baki masa yang ada untuk membeli keperluan raya adik-adik dan jugak emak.

Bila sampai masa untuk belikan baju emak.. Emak cakap cam nie, pulak ; " Tak yah, susah -susah belikan emak baju. Belikan untuk adik-adik je. Emak pakai je apa yang ada nie ha."

Namun, aku belikan jugak. Cukup lengkap. Baju, kasut dan handbag baru untuk emak.

SATU HARI DI MALAM RAYA

Di malam raya, Abang aku ada bertanya; "untuk ayah tak de ke?"

Aku cakap; "Tak de.  Abang belikan untuk ayah.

"Alaa.. carikan selipar untuk ayah tue. Belikan selipar je pun. Baju dan seluar abang dah belikan."

Tak cukup duit, lah. Dah habis untuk belanja adik-adik dengan emak. Persiapan pagi raya nanti. Yang ada nie pun, untuk emak.

Sampai ke sudah, aku tak belikan selipar untuk ayah.

Ayah tak pernah meminta.

Kejamnya, aku.

Jika difikir-fikirkan balik.. Boleh, je aku guna duit lain untuk belikan kasut atau selipar ayah. Bukan mahal mana pun. Tapi, mungkin kerana perasaan benci seorang anak atas apa yang berlaku. Membuatkan aku, alpa dan leka dengan tanggungjawab aku kepada seorang ayah yang sudah tua menanti masa.

Aku lupa untuk berikan kasih sayang yang sama rata kepada ayahku sebagaimana aku berikan kepada emak.

RAYA TAHUN 2014

Aku kesal atas apa yang berlaku.

Tahun nie, raya aku sekeluarga tak seperti raya sebelum ini.

Tahun nie, adalah tahun kesedihan buat kami.

Ayah telah meninggal dunia buat selama-lamanya pada awal Ramadhan yang lalu. Akibat sakit 3 Serangkai secara mengejut. Kami pun, tak tahu ayah sakit.

Rupanya, beberapa tahun kebelakangan ni ayah diam sebab ayah sakit.

Aku menangis sendiri.

Bila tengok kasut usang ayah.. aku sebak.

Kerana ego seorang anak. Aku menidakkan kasih sayangku kepada ayah di hari raya yang lepas.

Allahu Rabbi. Ampuni dosa kedua orang tuaku. Dosa-dosaku kerana jadi begini.

Seumur hidup aku, aku tak pernah belikan ayah kasut.

Sedangkan, apa-apa yang aku nak. Aku mintak dengan ayah.

Tak de, duit di zaman belajar.. Aku mintak duit dengan ayah.

Aku tak ambil tahu pun keadaan ayah cam mana.

Aku percaya dengan apa yang ayah cakap. Ayah kata, ada duit. Ayah sihat.

Aku percaya bulat-bulat.

Walaupun, ayah hidup sendiri. Tiada siapa bersama. Sebab, emak dan adik-beradik semua tinggal di rumah lain.

Aku mintak macam-macam dengan ayah. Tak pernah dihampakan.

Sesusah cam mana sekalipun, akan diusahakannya.

Itulah kasih sayang ayah.

Aku masih ingat lagi. Sewaktu hari konvo ku. Ayah lah insan paling happy. Segak berbaju batik dan berkasut hitam.

Aku tak beli pun, pakaian lengkap untuk ayah. Sebab, time tue aku belum bekerja. Aku masih mengganggur.

Segala perbelanjaan konvoku, ayah yang uruskan. Ayah yang keluarkan duit. Aku hanya tempah homestay untuk kami bermalam di kota raya. Camni lah, kami. Tiada saudara-mara nak menumpang. So, kemana-mana terpaksa cari homestay.

Kerja kampung, berapa sen lah sangat pendapatan. Tak menentu. Tapi, ayah kata; "tak pe, ayah usahakan."

So, aku pun ok, je lah.

Seingat aku, dari kecik hingga ke besar. Walau cam mana ayah bergaduh dengan emak. Ayah tak pernah hampakan apa yang aku mintak.

Tak pernah, sekalipun kata tidak.

TAHUN KEDUA RAYA TANPA AYAH

Setiap kali raya, aku sentiasa sebak teringatkan kasut raya untuk ayah.

Aku sedih.. Sedih air mata darah sekali pun, takkan kembalikan ayah.

Sewaktu hayatnya.. aku gagal menjadi seorang anak yang baik.

Aku tak pernah berbelanja untuk ayah. Kasih sayangku hanya untuk emak.

Cuma, beberapa bulan sebelum ayah meninggal aku mula berikan duit belanja untuk ayah atas nasihat emak dan teman rapatku.

Aku tak sangka itulah bakti terakhirku untuk ayah.

Bila ayah meninggal, pihak bank col kami untuk uruskan akauan ayah.

Aku tak sangka, duit yang aku masukkan bulan-bulan ke akaun ayah tidak pernah terusik.

Aku menjadi bertambah-tambah sedih.

Hari-hari hanya doa dan kekesalan yang menghantui diriku hingga kini.

Bila aku melihat diriku di balik cermin.. rupaku tak ubah persis seperti ayah.

Manis senyumanku, datangnya dari ayah. Ramai orang cakap mukaku sebijik cam arwah ayah. Saling tak tumpah walaupun aku bertudung.

Allahu Rabbi.

Kuatkan lah aku untuk terus berbakti kepada ayah walaupun ayah sudah tiada di alam fana ini.

Tabahkan lah diri menabur amal untuk ayah.

Semoga kisah ini, menjadi pencen kubur ayah.

~TAMAT~

Sahabat, jadikan lah kisah ini sebagai pedoman hidup kita semua.

http://ebookniaga.com/sorryboss/sakinahmatsaid
DOWNLOAD PERCUMA.

Ini adalah kisah benar seorang sahabat yang telah kehilangan ayahnya buat selama-lamanya.

Buat anda yang masih mempunyai ibu dan ayah. Sayangilah mereka sepenuh hati kita tanpa berbelah bahagi.

Saya yakin, seorang ayah sentiasa sayangkan anak-anaknya. Dari dulu lagi, kebanyakkan ayah lebih banyak berdiam. Dia akan berbunyi bila perlu.

Diam seorang ayah bukan kerana tidak sayangkan kita.

Tapi, ketahuilah ayahlah insan paling bahagia. Ayahlah insan yang sentiasa ingatkan ibu akan kita.

Disaat ibu risaukan kita.. ayahlah yang tenangkan ibu kerana dia yakin Allah akan jaga kita.

Amanat ayah kepadaku, suatu masa dahulu.

Jangan lupa amalkan ayat kursi sebagai pendinding, jaga solat dan tunaikan Solat Dhuha.

InsyaAllah, hidup akan selamat.

Saya ingat sampai bila-bila.

Saya doakan sahabat semua sentiasa berusaha membahagiakan ibu dan ayah kita sehingga ke akhir hayat mereka. Mereka adalah keramat kita. keramat dunia dan akhirat.

Bahagia seorang anak terletak kepada redha seorang ibu dan juga ayah.

Seorang ibu mahupun ayah, mampu menjaga dan membahagiakan 10 orang anak. Tapi, 10 orang anak belum tentu dapat menjaga dan membahagiakan ibu dan ayah mereka.

Sahabat,

Saya sayang emak dan ayah saya.

Doakan saya mampu bahagiakan emak dan beramal untuk ayah di alam sana.

InsyaAllah.

Sila SHARE jika anda rasa entry kali ini, memberi manfaat kepada rakan-rakan atau saudara-mara kita semua.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS 
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment