Pages

Thursday, 1 October 2015

5 TIPS BEKERJA DARI RUMAH

Assalamualaikum dan salam Oktober semua.

SMS doakan semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya bersama keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.


Kehidupan orang bekerja dari rumah nie, sebenarnya lagi besar cabarannya berbanding bekerja di luar dengan adanya majikan. Bukan bekerja di luar tanpa majikan. Itu dah masuk situasi lain taw.

Sekarang,

Tiada majikan atau sesape yang akan pantau kita melainkan diri sendiri. Kuncinya, di sini untuk berjaya.. Perlu ada Disiplin(1) & FOCUS(2).

Wajib ada time management (3). Jam berapa kita nak mulakan operasi dan stop. Kena bijak membahagikan masa.

Anda juga perlu taw. Bila bekerja di rumah..  Banyak perkara yang tak diduga akan berlaku.

Contoh : ada tetamu datang rumah. Perlu bersedia jiwa & raga (4).

Kita wajib entertain dorang. Sebab, Allah sedang menguji kita. Mampu ke mampu kita menguruskan masa untuk menjadi insan yang berjaya yang akan menambah nilai hidup lebih raaamai orang.

Sekali sekala, tak salah pun. Sedangkan di tempat kerja boleh pulak kita bersembang. Hehehe.. Gurau je. Saya taw, anda semua bukan cam tue. Orang yang berjaya, takkan sembang kosong.

So, raikan mereka. Tetamu datang membawa rahmat dari Allah. Ada hikmahnya.

(5)Hubungan dengan keluarga. Kena pandai uruskan masa bersama anak-anak dan family. Slow talk leklok kepada dorang.. Yang mama/papa/ummi/ sedang bekerja. Nanti, kita bermain atau pergi jalan-jalan.

Haa..

Pasal janji dengan anak-anak. Jangan janji kosong. Wajib ditunaikan sebagaimana dilafazkan. Jika tidak mampu. Usahakan sampai mereka happy.

Actually, banyak lagi tips..

Nanti, SMS share lagi dengan sahabat semua ye.

Sehingga bersua kembali.

Sila SHARE jika anda rasa tips ni berguna dan bermanfaat kepada mereka di luar sana.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

No comments:

Post a Comment