Pages

Thursday, 22 October 2015

7 TIPS MEMBACA SURAH AL-KAHFI DI HARI JUMAAT DENGAN MUDAH

Mudahnya baca Al-kahfi.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah SWT.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Jumaat datang lagi.


Sekejap je masa berlalu.

Tinggal berapa hari sahaja lagi, sebelum berakhirnya bulan Oktober pada tahun ini.

Malam nie, saya nak share sikit tips bagaimana membaca Surah Al-Kahfi dengan mudah.

Kita semua, maklum surah ini mempunyai 110 ayat kesemuanya.

Rasa cam, susahnya nak habiskan bacaaan. Sedangkan banyak kelebihan surah ini kepada semua umat islam sejagat.

Banyaknya, nak baca..

Tapi, kalau kita baca dan fokus dalam 20-30 minit boleh selesai sebenarnya.

Review majalah, skodeng kawan-kawan kat FB lebih dari 30 minit sehari boleh. Takkan lah nak baca satu surah tak boleh, kan..

7 TIPS MEMBACA SURAH AL-KAHFI DENGAN MUDAH

Mula hari nie, kita mulakan hidup dan target baru untuk berusaha habiskan surah Al-Kahfi dan mana-mana surah setiap hari sebaik-baiknya.

1. Bahagikan kepada 5 waktu solat

Al-Kahfi boleh mula dibaca start Maghrib malam Jumaat (Hari Khamis) sehingga sebelum datangnya Asar hari Jumaat.

Betulkan, jika saya silap.

Pada saya, kadang kalau tak sempat langsung. Tak de masalah nak baca selepas waktu asar pun.

Yang penting ia, diamalkan.

Rasa rugi jika termiss untuk baca surah ini.

So, plan siap-siap 20-30 ayat (1-2 muka surat) setiap waktu selepas solat Maghrib, Isya', Sebelum Subuh, Selepas Dhuha dan Selepas Zohor.

Mudahkan.

2. Dengar dan ikut bacaan dalam kenderaan

Bagi yang sibuk dengan anak-anak di rumah, boleh gunakan masa memandu untuk mendengar dan membaca surah ini.

Download surah, atau beli DVD/CD rakaman.

Kemudian pasang di dalam kenderaan kita.

Tak perlulah dengar lagu yang entah pape tue.

Baik baca surah lebih berfaedah dan InsyaAllah, dapat pahala. Jiwa pun lebih tenang.

Kalau radio rosak, boleh gunakan telefon masing-masing.

3. Dengar dan ikut bacaan semasa mengadap p/c atau laptop

Ada sesetengah dari kita yang bekerja menggunakan laptop/ pc kan?

So, boleh gunakan kelebihan ini untuk bekerja sambil mengaji.

Buka lah volume rendah supaya tidak mengganggu orang lain atau boleh pakai headphone sekiranya workstation anda bersama ofismate yang lain.

Bonus buat mereka yang Bilik Pejabat Sendirian Berhad :-)

4. Hafal, faham dan hayati

Niatkan untuk menghafal, memahami dan menghayati  ayat-ayat indah ini.

Sehari 5 ayat.

22 hari atau sebulan dan ingat satu surah.

Better sikit asal consistent. Dari kita target 20 ayat sehari tapi tak ingat dan tak faham langsung butir bicara sendiri.

Nak lebih mengingati, tipsnya TULIS, TULIS dan TULIS.

5. Pasang Alarm Reminder

Selain itu, buat reminder kat alarm phone untuk membaca supaya tidak terlupa.

6. Install Apps dan download surah-surah ke dalam telefon/MP3/ MP4 (any gajet)

Zaman sekarang kan, serba canggih.

Macam-macam Apps ada. Apps Al-Quran pelbagai version untuk memudahkan kita umat islam Membaca dan Beramal.

Cuma kena pastikan ayat-ayat dalam Apps ni betul.

Risau jugak, kerana teknologi.. kita terpesong dengan ayat yang tidak betul.

So, kena lah merujuk terlebih dahulu.

7. Sediakan Al-Quran kecik kemana-mana

Dulu, semasa saya bekerja.. Saya akan letakkan satu Al-Quran di dalam kereta, Kat ofis dan di rumah.

Bila free, saya akan capai dan baca (Biasakan diri sentiasa berwudhuk).

Ia rasa lebih dekat dihati bila kita memegang Al-Quran berbanding gajet yang tiba-tiba ada mesej.

Hehehe.

So, moralnya.

Tak kisah lah dengan apa method sekalipun. Pastikan ianya halal, selamat dan tidak bercanggah dengan agama.

FOKUS, FOKUS dan FOKUS.

Inilah sedikit tips dari SMS.

Selamat Beramal.

SMS doakan anda kaya dan bahagia dan berjaya dunia dan akhirat.

Sila SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada saudara-mara atau rakan-rakan di luar sana.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment