Pages

Monday, 23 November 2015

JOURNAL MENUJU HAJJAH : BERMULA DI SINI

Assalamuaalaikum.. Selamat bekerja dan bercuti semua..

Alhamdulillah, syukur atas nikmat dan rahmat kurniaan dariNya. SMS masih dapat bersua dengan sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com dan melihat dunia hari ini.

Rasa kerdilnya kita, menumpang di bumiNya yang fana ini dengan calitan dosa-dosa lampau.

Lantas, SMS tersedar dari lena. Sejak kebelakangan ini, terasa lemah dan down sangat dengan ujian dariNya.

Tapi, saya bersyukur.. ujian itu tanda peringatan dari Allah. Dan tanda DIA masih sayangkan kita.

So, dalam tempoh diuji itu saya telah berjaya singgah di Travelog Haji : Master MariaFirdaus. Sebenarnya, saya memang dah lama sangat-sangat nak baca travelog dorang.

Tapi, setiap kali nak baca je.. macam-macam halangan. Memandangkan travelog itu dah beberapa tahun ditulis (2011). So, cam susahnya lah nak cari kat lappy nie.. mana lah starting point nya PART 1.

Masa pulak terhad. Sudahnya, niat tue terbantut di situ sahaja.

Alhamdulillah..

Minggu lepas dengan izinNya, saya berjaya habiskan 99 episod dengan membaca melalui phone. Lebih mudah dan fleksible..

HAJJAH DI USIA MUDA

Dulu saya tak terlintas mahupun berniat di hati akan mengerjakan hajjah di usia muda.

Bagi saya, kerja-kerja haji-hajjah ni semua memerlukan seru. Tak boleh dipaksa.. sebab ibadat yang dipaksa nanti jadi tak ikhlas.

Lagipun, kita masih muda dan faktor utama adalah kerana kewangan. Kerana masalah wang yang membuatkan saya abaikan rukun islam yang kelima ini.

Masih banyak perkara penting yang perlu saya dahulukan. Tanggungjawab menyara adik-adik dan emak ayah adalah menjadi kewajipan saya.

Cam mana saya nak menabung untuk kerja-kerja hajjah?

Asal ada duit je, boleh dikatakan sepenuhnya memang untuk sara family. Saya tak sanggup melihat emak bersusah payah di usia senjanya. Ayah dah tak de. So, menjadi sebahagian daripada tanggungjawab saya membahagiakan emak.

Lagipun, saya tak kisah berhabis duit untuk bahagiakan emak. Emak dah banyak berkorban untuk diri saya dari kecik hingga sekarang. Pengorbanan mereka tak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Inilah jugak salah satu rahsia kejayaan dan kebahagiaan serta keberkatan yang ramai abaikan. Untuk bahagia di dunia dan akhirat, bahagiakan lah mereka. Jaga keramat kita iaitu ibu yang melahirkan kita ke dunia dan tak lupa jugak ayah.

Ok, berbalik kepada hajjah di usia muda.

Kepada sesiapa yang belum baca, saya cadangkan untuk anda follow travelog ini dari Part 1 hingga Part Akhir.

Ia cukup menginsafkan.. cukup menyedarkan hati kecil ini untuk ubah mindset, tunaikan lah hajjah di usia muda sementara kita masih sihat dan kudrat masih kuat.

Bukan kita kata yang berusia tak kuat dan tak mampu. Tapi, faktor usia banyak yang akan membataskan pergerakkan ibadat kita.

Lagi satu, ajal maut itu semua akan datang pada bila-bila masa.

Kematian insan-insan sekeliling SMS, banyak menyedarkan diri ini untuk ke sana. Sempurnakan rukun islam yang kelima.

Kalau boleh, saya niat biarlah saya pergi mengadapNya setelah sempurna 5 PERKARA RUKUN ISLAM.

1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan fardu haji/hajjah bagi yang berupaya/mampu

Di travelog itu, penulis cadangkan supaya kita menunaikan haji di usia muda.

Bagus saranan beliau.. kerana beliau banyak menceritakan WHY kita perlu pasangkan niat tue.

Anda nak tahu?

Kenalah baca ye.

Saya niat, InsyaAllah ada rezeki akan pergi melalui pakej swasta.

Dengan izin Allah.. Kita hanya mampu merancang, selebihnya, Allah jua yang menentukan.

Alhamdulillah, sekarang saya nak daftarkan haji di usia-27. Kiranya, masih belum terlambat untuk saya dan jugak sahabat pembaca semua.

Jom! Daftar haji kepada yang masih belum berdaftar.

Nantikan cerita seterusnya, bagaimana saya daftar Haji tanpa Deposit.

Semoga sahabat semua peroleh manfaat dari sharing ini.

Sesungghnya, saya tiada niat untuk riak mahupun mendabik dada. Penulisan ini, adalah untuk sama-sama mengajak sahabat pembaca seusia berfikir dan berusaha untuk ke sana.

Saya bukan seorang penulis yang hebat.

Tapi, cukuplah jika tulisan saya ini dapat memberi sedikit pendedahan dan kesedaran kepada mereka yang senasib mahupun sedang mencari cara untuk ke sana terutama golongan wanita.

Setiap kekurangan dan keterlanjuran kata itu, datang dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga saya mempunyai kekuatan untuk terus menulis kisah-kisah dan perjalanan saya sehingga selamat dan berjaya ke sana (Impian SMS Hajjah di Usia Muda).

Saya doakan anda semua sentiasa sihat, kaya, bahagia dunia dan akhirat. Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment