Pages

Thursday, 26 November 2015

MUDAHNYA MEMASAK : ACAR NENAS BOMBAY RESEPI SMS

Assalamualaikum dan salam tengah hari semua..

Apa khabar hari ini? Dah lunch semua?

Hari ini, SMS nak share satu resepi yang dah lama nak buat. Tapi, asyik pending je.

Pernah dengan Acar Bombay?

SMS baru tahu, namanya diberi Acar Bombay.

Kebetulan, emak ada bawak balik 2 biji nenas kat rumah nie. So, apa lagi. Kita try lah kan.

Alhamdulillah, boleh lah dengan anak tekak nie. Kihkihkih..

Nak tahu, cam mana cara saya masak.. Semuanya, saya campak-campak je.

Jom! tengok apa resepi campak-campak Acar Bombay SMS.

MUDAHNYA MEMASAK : ACAR NENAS BOMBAY

Sebelum memasak, saya google dulu cari resepi untuk dibanding-bandingkan dan olah ikut citarasa sendiri.

Terima kasih kepada bloggers yang share resepi dorang.
DI SINI ----> http://kasihasakura.blogspot.my/2009/11/acar-bombay.html
DI SINI ----> http://cooktime24.com/r/681392/pajeri_bombay/
DI SINI ----> http://www.tiffinbiru.com/2014/07/paceri-bombay.html
DI SINI ----> http://daridapuraida.blogspot.my/2014/07/assalamualaikum.html

Haa..

Inilah bahan-bahan yang saya gunakan :-

1. Nenas masak 2 biji dipotong dan dibuang kulit dan mata-matanya :-)
2. 1 biji bawang merah  bersaiz besar dimayang ala-ala sms.
3. 4 ulas bawang putih ditumbuk atau dimayang.
4. 1/2 inci halia dimayang jugak.
5. Bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga, sedikit biji sawi pembangkit rasa dan bau.
6. Sedikit serbuk kunyit sebagai penaik warna
7. Tepung jagung (Tepung jagung tak de, saya tukar dengan tepung gandum untuk bagi kuah pekat sikit).
8. 6 biji cili kampung merah. Boleh tukar dengan cili besar atau benggala ikut citahati masing-masing.
9. Sedikit cuka makan. SMS agak-agak je sebab masak banyak. Jangan terlalu banyak, nanti masam sebab nenas tue dah masam.
10. Air kosong sebagai kuah.
11. Gula melaka. Boleh jugak tukar dengan gula pasir atau madu.
12. Sedikit minyak untuk menumis.

So, sekarang tiba masa untuk saya campak-campakkan kesemuanya dalam masa 10 minit.

First, saya tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau dan layu selepas minyak dah panas. Kemudian sekalikan bahan no. 5.

Pastu, saya masukkan air kosong ikut sukatan sendiri :-) Jangan terlalu banyak sebab nanti air nenas akan keluar dan kita akan tambah sedikit cuka.

Bila air mendidih, barulah saya campakkan kesemua nenas yang dah dipotong. Sedikit serbuk kunyit, cili merah, cuka makan, sedikit gula melaka (kat dapur gula melaka dah habis. Ada sepotong kecik je. Kena + gula pasir) untuk bagi rasa masam-masam manis.

Last masuk air bancuhan tepung untuk memekatkan kuah.

Dalam 10 minit, siap.

Tadaa..!!

Dan hasilnya, ini lah yang terjadi. Emak siap tapau pi hantar ke rumah kawan dia lagi. Hehehe..

Tadaa.. siap.
Alhamdulillah, dapat jugak dorang merasa air tangan campak-campak SMS.

Selamat mencuba ye.

Oppss!! Nak habaq nie.

Pendaftaran NECK masih dibuka untuk tahun 2015. This Time ada tawaran special sempena Tahun Baru 2016. Program NECK 60hari sahaja. No more 100days.

WhatsApp : 0199164276 untuk guideline Kurus selama 60hari bersama NECK.
Nak tahu lebih lanjut, WhatsApp je saya : 0199164276. InsyaAllah, saya guide anda jalan yang betul dan mudah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment