Pages

Monday, 30 November 2015

SINGGAH SEBENTAR DI TAMAN BANDAR, INDERA MAHKOTA

Adik dengan keretanya.
Assalamualaikum dan Salam Isnin..

Selamat menunaikan ibadat kerja semua.

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Minggu lepas, saya ada singgah di Taman Bandar, Indera Mahkota dengan adik-adik. Kebetulan pergi ke KWSP. Dan budak-budak nie, duk merengek nak pi taman. So, kita layankan je lah.

Best jugak beriadah kat Taman Bandar yang berlatar belakangkan tasik  dan rimbunan pokok menghijau nie.

Jom! layan sedikit gambar yang sempat SMS ambil.

SINGGAH SEBENTAR DI TAMAN BANDAR, INDERA MAHKOTA

Time kitorang ke sana, dah tengah hari.

Adik-adik baru balik dari kelas fardu ain.

Ikutkan tak mahu singgah sebab faham-faham je lah kalau tengah hari.. cuaca tengah hot..

Fuh..!! Memang hot.

Budak-budak, apa dorang faham dengan cuaca panas. Asalkan dapat bermain. Itu lebih dari bermakna.

Hehehe.

Macam lah kita tak pernah kecik kan :-)

Tasik di Taman Bandar.
Alhamdulillah, walaupun cuaca panas.. Tapi, sebab banyak pokok-pokok rendang dan pondok.. so, tak rasa mana lah kepanasan tue.

Nampak tak cuaca yang tengah panas terik tue. Dia pi bergayut.
Ini salah teknik.. Suka-suki dia je.


Oh My Car!!
Track Jogging tepi tasik.
Ada boat air jugak. Cuma tak beroperasi di tengah hari.
Saya berteduh bawh pondok je. Panas membahang kot. Hahaha..
Kakak main belon.
Playground.
Playground.
 Ini lah sedikit sebanyak gambar yang sempat capture.

InsyaAllah, next time pergi lagi. Jogging pulak..

Masa nie, duk fokus dorang je. Dorang nak main kat playground.

Kat sini, ada track jogging jugak sepanjang tasik.

Biasa memang ramai orang. Al-maklum lah time kami pergi tue hari bekerja dan tengah hari terik.

Hehehe..

K, lah. Selamat beriadah dan jalan-jalan ye kepada siapa yang tercari tempat menarik untuk beriadah.

Boleh berkelah seiisi family. Banyak jugak pondok dan bangku kat taman nie.

Kawasan parking. Kat sini banyak parking.. So, tak perlu risaukan parking.
Hurmm..

Nanti, SMS luangkan masa menulis cara-cara nak ke taman nie pulak. Maybe, ramai belum tahu.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika anda rasa entry ini bermanfaat kepada mereka di luar sana.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment