Pages

Monday, 7 December 2015

100 HARI TRANSFORM DIRI KE DUNIA BARU SMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu.

Dipermudahkan segala usaha dan urusan sahabat semua.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Hari nie, 7 Dis. 2015.. ini bermakna SMS ada masa lebih kurang 100 hari je lagi untuk membuat segala jenis persiapan bagi transform diri ke dunia baru.

100HARI TRANSFORM DIRI KE DUNIA BARU SMS

Mungkin, di saat ini ramai yang sedang berusaha untuk transform diri masing-masing.

Betul. betul..

Ada yang dalam proses nak kuruskan badan. Ada jugak yang dalam proses nak membina rumah dan masjid. Ada yang nak berhijrah ke rumah Allah dan ada yang ingin berpindah tempat.

Dalam erti kata mudah, membuat perubahan baru dalam hidup.

Tak kisah lah apa-apa transformasinya.. SMS nak kongsikan satu doa untuk sahabat semua :-

" Bismillahirahmanirahim,

Ya Allah,
Ampunkan Dosa-dosa Kami, Dosa Kedua Ibu-Bapa Kami, Berkatilah Kami, Rahmatilah Kami, Berilah kami HidayahMu Agar Kami Sentiasa Dekat DenganMu, Ya Allah.

Ya Allah,
Kami Bersyukur KepadaMu Ya Allah,
Kerana Memberi Peluang Kepada Kami Untuk Meneruskan Kehidupan Ini, Ya Allah.
Ya Allah, Kami Berdoa Moga Kehidupan Kami Sentiasa Mendapat RedhaMu, Ya Allah.

Ya Allah,
Janganlah Kami Remehkan Amalan Yang Pahalanya Kecil Kerana Mungkin Itulah Yang Mengundang Redha Allah. Begitu Juga Ya Allah, Janganlah Kami Memandang Ringan Dosa Kecil Kerana Dibimbangi Disitulah Menjadi Punca KemurkaanMu Ya Allah.

Ya Allah,
Didiklah Kami Untuk Sabar Dalam Meniti Liku-Liku Hidup Ini, Tetapkanlah Hati Kami Dalam AgamaMu, Kurniakanlah Kepada Kami Rahmat dan KasihMu, Berilah Kami Hati Yang Tenang Dan Permudahkan Perjalanan Hidup.

Ya Allah,
Kami Memohon PerlindunganMu Dari Kejahatan Yang Ada DidalamNya Kejahatan Yang Ada Sesudahnya.

Ya Allah,
Engkau Tunjukkanlah Kami Ke arah Kebaikan, Pertingkatkan Iman Kami Agar Amalan Hidup Kami Sihat Dari Segi Rohani Dan Jasmani Serta Menjadi Contoh Ikutan Generasi Akan Datang.

Ya Allah,
Limpahkan Dan Cukupkan Rezeki Kami dengan Rezeki Yang Halal,

Ya Allah,
Sihatkanlah Badan Kami, Terangilah Hati Kami, Tetapkalah Imam Kami. Dekatkanlah Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Kami Dari Keburukan Dan Tunaikan Hajat Kami.

Ya Allah,
Mudahkanlah Semua Urusan Kami, Jauhkanlah Dari Kesulitan Apapun Ya Allah. Kabulkan Dan Perkenankanlah Doa Kami.

Ya Allah,
Janganlah Engkau Sibukkan Diri Kami Dan Lalaikan Kami Dengan Dunia Dan Segala Isinya Sehinggakan Kami Melupakan Dosa Dan Kesalahan Kami KepadaMu, Ya Allah.

Ya Allah,
Berikan kepada  Kami Jalan Petunjuk Kebenaran. Mudah-mudahan Kami Menjadi HambaMu Yang Beriman Dan Bertaqwa.

Ya Allah,
Jadikan Kami Berperibadi Yang Sabar Dan Selalu Bersyukur Dengan Segala RahmatMu.

Ya Allah,
Dekatkan Kami Dengan Orang-orang Yang Soleh Dan Solehah Agar Kami Berjaya Mengikuti Jejak Kesolehan Mereka.

Ya Allah,
Berkatilah Diri Kami Dan Ampunilah Kami Atas Kelalaian Kami.

Ya Allah,
Panjangkanlah Umur Kami Agar Kami Dapat Meningkatkan Ibadah Kami Dan Ketaatan Kami KepadaMu.

Ya Allah,
Sucikanlah Hati Kami Dan Lembutkanlah Hati Kami Agar Kami Senang Menerima Teguran Dan Ilmu.

Ya Tuhanku,
Tunjukkanlah Kami Jalan Untuk Mensyukuri Nikmat Yang Telah Engkau Berikan Kepada Kami Supaya Kami Dapat Berbuat Amal Yang Soleh Yang Engkau Redhai.

Ya Allah,
Ringankanllah Diri Ini Untuk Memperbanyakkan Ibadah Kami KepadaMu, Ya Allah.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau Peliharakanlah Kami Dan Lindungi Kami Agar Kami Sentiasa Dalam Sihat Sejahtera, Aman Bahagia Selamanya.

Ya Allah,
Kurniakanlah Kami Taufiq Dan HidayahMu Agar Kami Sentiasa Rajin Berusaha Untuk Kecemerlangan Di Dunia Serta Tekun Beribadah Sebagai Persediaan Kami Untuk Akhirat.

Ya Allah,
Kami Mohon KepadaMu, Ya Allah..
Kurniakanlah Kepada Kedua Ibu Bapa Kami Tempat Yang Istimewa Di SyurgaMu, Ya Allah.

Ya Allah, Ya Ghaffar,
Ampunkanlah Dosa-dosa Kami, Dosa Kedua IbuBapa Kami, Anak Isteri Kami, Kaum Keluarga Kami, Guru-Guru Kami, Sahabat-sahabat Kami Serta Sekalian Muslimin Muslimat Di Mana Sahaja Mereka Berada.

Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW Serta Ahli Keluarga Dan Para Sahabatnya.

Segala Puji-pujian Hanya UntukMu, Ya Allah.

Aamin.

Sekian, wassalam.

SMS doakan semoga sahabat semua Kaya, Berjaya, Bahagia dan diberkati hidup dunia/akhirat.

InsyaAllah.

Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment