Pages

Monday, 21 December 2015

AYAH LEMAH TAK BERMAYA MEMANGGIL ANAK PEREMPUANNYA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

LEMAH TAK BERMAYA MEMANGGIL ANAK PEREMPUANNYA

Aduh!! Sakitnya.

Gelinya..

Ngerinya.

Semua perasaan ada?

Bayangkan ia berlaku kepada diri kita sendiri atau keluarga kita. Terutama, emak dan ayah kita.

Apa perasaan kita, tika itu?

Just sharing, pengalaman saya setahun yang lalu :

Ayah saya disahkan menghidap kencing manis dengan bacaan 26 mmol/L. Kaki ayah luka. So, kencing manis (Diabetes) ayah boleh di kategorikan types : Gangrene.

Perjalanan dan dugaan hidup kami merawat ayah agak mencabar dan menguji kasih sayang kami adik-beradik.

Luka di kaki ayah makin parah. Lebih dasyat dari gambar di atas nie.

Sentiasa berdarah, berair dan kulit melecur menjadi kehitam-hitaman.

Banyaklah ujian yang kami tak pernah duga, berlaku.

Bila makan bubur nasik, bacaan ayah menjadi semakin tinggi.

Sehingga ayah tak mahu makan nasik.

Nak minum air je. Air pulak, air manis.

Bayangkan cam mana perasaan bila ada kencing manis, pastu nak ambil lagi sumber yang berasaskan gula. Huhuhu..

Menangis hati ini.

Bagi makan macam-macam penawar, tetap sama.

Sehingga ayah semakin kurus sebab sakit. Ayah tak boleh berjalan.

Ayah memerlukan bantuan anak-anak lelakinya untuk angkat ke bilik air kerana kerap kencing. Kadar insulin dalam darahnya dah tak mampu dikawal.

So, saya buat keputusan untuk pakaikan ayah pampers pakai buang.

Itulah pertama kali dalam hidup saya, pergi cari pampers untuk orang dewasa. Dengan tak de ilmu dan pengalaman.

Alhamdulillah, ujian Allah menjaga ayah yang sakit.. banyak memberi kesedaran kepada saya akan kepentingan menjaga kesihatan, kasih sayang, kerjasama dengan adik-beradik dan terlalu banyak rahmat Allah kepada kami sehingga saat-saat akhir hayat ayah.

Cuma saya agak terkilan, tak de time ayah hembuskan nafas terakhirnya. Saya tak tahu ayah akan pergi tinggalkan kami semua.

Walau apapun, nasihat saya kepada anak-anak dan sahabat di luar sana.. jaga diri, jaga lah kesihatan keluarga, dan ubah lah gaya hidup kita masyarakat Malaysia yang semakin tenat.

Tolong berhenti merokok sebab salah satu punca Gangrene adalah kerana MEROKOK.

Ia memudaratkan diri kita bukan dalam masa setahun mahupun 2 tahun. 

Tapi, setelah berpuluh tahun baru akan terima kesan dan akibatnya.

ROKOK nie, tak ubah seperti dadah.

Saya sempat bertekak dengan arwah ayah gara-gara ayah nak merokok. Kerana terlalu ketagih. Saya menangis dan meraung untuk ke sekian kali. Ayah merayu dengan saya. Saya dah warning kat semua orang dalam rumah. Tolong jangan bagi ayah rokok. Biarlah ayah merayu-rayu pun.

Saya rasa time tue saya sangat kejam. Tapi, saya kuatkan hati. Kentalkan jiwa dan perasaan dengan harapan ayah akan pulih.

Kesudahannya, sejak dari hari tu.. ayah dah tak mintak lagi rokok. Apa-apa perkara mesti ayah nak saya uruskan dia jika saya balik dari kerja.

Masih terngiang-ngiang suara lemah ayah memanggil anak perempuannya : "sa..... kak sa, mana?"

"Ye, ayah?"

"Jam pukul berapa? Ayah nak check darah.. Kak sa mana?"

" Sa... "

"Sa......"

Ayah nak kencing.. ayah nak apa, ayah mesti panggil saya.

Saya memang tak tidur lena kalau balik jaga ayah. Sebab, saya tahu setiap jam ayah memerlukan perhatian dan bantuan.

Begitulah, hayat ayah.

Saya tak tahu ayah dah nak balik buat selama-lamanya.

Kalau saya tahu.. saya takkan buat keputusan bergerak pulang ke rumah sewa lewat petang itu.

Ayah tak cakap apa-apa time saya kucup dahi dan pipinya buat kali terakhir. Ayah cuma tanya saya nak kemana dalam nada lemah dan lirikan mata seperti nak cakap ayah dah tak lama. Jangan balik, anakku.

Hati saya berbelah bahagi. Tapi, demi cost rawatan ayah.. saya gagahkan diri untuk masuk kerja.

Namun dariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam pertama Ramadhan 1435H.

Al-Fatihah.
Semoga ayah tenang di sana.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih cemerlang.


"Kurus & Sihat Bermula Dari Rumah"
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment