Pages

Saturday, 19 December 2015

JALAN-JALAN KUANTAN : PETROSAINS PLAYSMART, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG

Kompleks Yayasan Pahang
Assalamuaalaikum wbt..

Apa khabar? Cam mana cuti sekolah kali nie? Mesti seronok, kan..

Walau apa-pun, SMS doakan semoga anda semua happy dan berbahagia selalu di samping family tersayang.

Haa.. hari nie, saya nak kongsikan satu tempat menarik untuk dikunjungi jika anda semua ke Kuantan, Pahang.

Memandangkan ramai jugak yang bertanya kepada saya, apa yang menarik kat Kuantan nie?

Bukan setakat dorang.. saya pun sama. Kadang, tercari-cari. Tertanya-tanya jugak. Ada ke lagi tempat best yang saya belum jelajah kat sini? Hehehe..

Of course lah, ada.

InsyaAllah, dari semasa ke semasa akan saya terokai bumi Pahang nie :-)

Ok, nak dipendekkan cerita..

Ini kisah tengah hari tadi.

JOM! PI PETROSAINS PLAYSMART, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG

Actually, saya dapat info pasal Petrosains ni dari family NECK kami di Empayar Mariafirdaus.

Mula-mula saya cam tak percaya, betul ke?

Dah 7 tahun duk kat Kuantan. Tak pernah pulak dengar pasal Petrosains nie.

Jadi, dah lama nak ke sana. Cuma hari ni, baru berkesempatan.

Direction nak ke sana senang je.

Kalau dari pusat bandar, bermula di traffic light nombor yang nak ke Teluk Cempedak dan Tanjung Lumpur tue. Sebaik naik jambatan, turun dan terus maju ke depan sehingga berjumpa traffic light pertama. Belok ke kiri dan di sebelah kiri anda tersergam indah bangunan Kompleks Yayasan Pahang.


Pintu masuk Petrosains Playsmart, Kompleks Yayasan Pahang.
Mudah je, kan.

Time saya sampai tadi, jam dah pukul 11.00 tengah hari. Saya pun tak pasti, ia dibuka jam berapa. Tak jumpa info dan saya pun tak ingat nak tanya. Kihkihkih..

Pintu masuk di tingkat atas. Pastikan bukak kasut sebelum masuk dan susun leklok.
Yang ni, selipar dah berselerak. Padahal banyak je rak kasut telah disediakan. Huhuhu
Yang pasti dorang dapat masuk. Adik-adik pun nampak enjoy dan happy.

Bergambar di tingkat bawah. Cam robot. Hehehe..
Saya cam biasa lah, kerja menembak aksi dorang untuk tatapan bersama.

Jom! tengok lagi gambar yang sempat saya shot.

Kawasan parking yang luas.
Bergambar dulu, sebelum masuk.
Kalau sahabat perasan, si kakak selalu tak de. Sebab, dia tak suka bergambar.
Adik overacting. "Aku lah model cilik."
Hahaha.. layankan je lah dia, nie. Penghibur hati.
Cermin Ajaib. 2 ruang berbeza. Tapi, boleh nampak orang di sebelah. Nak tahu cam mana?
Haa.. kena lah pi ke sana dulu :-)
Part ni, paling dorang suka. Saya pun seronok tengok.
Games attractive guna pergerakkan tangan dan badan. Ala-ala, body touchscreen.
Tak tahu lah apa ke nama. Tapi, adik tengah naikkan bola guna kenderaan antik nie.
Lontar bola masuk lubang.
Daya imbangan. Yang penting, pose dulu sebelum jatuh.
Kakak duk susun DOMINO.. Bukan Domino's Pizza, ye.
Kakak naikkan bola ke udara. Gambar blur.. hahaha
Wah! Surprise.. tepat jam 12. Ada pertandingan kanak-kanak. Susun puzzle.
Siapa menang, ada hadiah bertuah taw. Tapi, si kembar dengan abangnya tak mahu join.
Dorang prefer main lagi dari pi susun puzzle tue. Sebenarnya, kan.. dorang malu.
Tak pe lah, bagi kanak-kanak lagi kecik rebut hadiah.
Suka betul adik kat cawan-cawan badut nie.
Gerakkan bola dengan daya imbangan.
Untuk ke sekian kalinya. Dorang asyik duk main je dengan games nie. Nasib baik, tak ramai orang.
Kakak duk melompat untuk elak halangan.
Bina tiang guna daya magnet.
Susun kubah dan objek. Kat belakang tue, si abang dan kakaknya duk main games & melukis.
Apa ada kat dalam tue? Adik tengah jampi serapah.. Hahaha..
Monkey Climb.. berlumba, siapa berjaya naikkan monkey ke atas.
Amacam, best ke best?

Mestilah best bagi kanak-kanak riang cam dorang.

So, sementara masih ada baki cuti sekolah nie. Boleh lah bawak anak-anak ke sini. Masuk PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Ok.

Selamat bercuti dan bergembira bersama family tersayang.

SMS doakan semoga sahabat sekeluarga sentiasa berjaya, bahagia, kaya dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Sekurang-kurangnya, percutian anak-anak lebih bermakna walaupun ianya percuma. Apa yang penting kasih sayang dan perhatian. Sekali sekala, bawak lah anak-anak ke luar dari rumah untuk perkembangan minda mereka. InsyaAllah..

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said

No comments:

Post a Comment