Pages

Wednesday, 23 December 2015

NAK NIKAH!! SIJIL MATI MANA??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

SMS doakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.com sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta dunia/akhirat.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..

NAK NIKAH!! SIJIL MATI MANA?!

Saya tak pernah berkahwin. So, saya tak tahu prosedur pernikahan dahulu kala cam mana.

Just nak kongsi untuk persediaan anak-anak dara di luar sana.

Siapa WALI kita?

1. Ayah
2. Datuk (Ayah kepada ayah kita)
3. Adik beradik lelaki seibu sebapa

Ok.

Saya just nak highlight 3 pihak ini sahaja. Yang mana ia berlaku kepada diri saya.

Memandangkan ayah saya dah meninggal. So, wali jatuh kepada Datuk (No. 2).

Tetapi, Datuk saya pun dah meninggal. Maka, wali seterusnya adalah Abang kandung saya.

Cam mana jika kita tiada adik beradik lelaki? Itu melibatkan waris lain lah pulak. Siapakah yang layak untuk menjadi wali?

Siapa wali kita?
Al-kisahnya sekarang.

Pihak pejabat agama di kawasan saya (Pahang) inginkan bukti sijil kematian. Alhamdulillah, sijil arwah ayah ada. Tapi, sijil kematian Datuk yang perlu dikorek, dicari gali semula di Terengganu.

Haa..

Dengar cam mudah je kan? Hehehe..

Wujud ke sijil tue?

Kalau tak wujud, kena akad sumpah di pejabat agama negeri yang ingin didaftarkan berkahwin, yang melibatkan 2 orang saksi pihak keluarga si mati.

Cuba bayangkan apa akan jadi kalau seminggu lagi nak nikah?

Nak kena mintak kerjasama saksi untuk turun ke pejabat agama dalam situasi kesuntukkan masa dan kesibukkan hal masing-masing. Saksi pun dah tiada. Macam-macam lah hal nya.

Hurmm..

Ini cuma bayangan untuk anda.

Mesti ramai yang akan cakap, leceh lah. Prosedur nie, menyusahkan.

Usah berfikir sebegitu. Sebenarnya, ia cuba memudahkan semua pihak. Sebabnya, sekarang macam-macam kes berlaku. Anak tidak sah taraf dan tipu hak wali untuk berkahwin.

Moralnya : Sijil Kematian sangat-sangat penting untuk masa hadapan terutama melibatkan pernikahan. Mungkin sekarang, kita rasa ia tak perlu.

One day, ia akan digunakan seperti situasi di atas tadi.

Wallahualam.

SMS doakan semoga sahabat-sahabat semua dipermudahkan segala urusan pada hari ini. Berjaya, Bahagia, kaya dunia akhirat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Terutama wanita yang masih bujang dan tak pernah berkahwin.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment