Pages

Monday, 4 January 2016

10 TIPS MENJADI IBU BAPA DI ZAMAN MENCABAR INI DARI PROF MUAHAYA

Assalamualaikum wbt..


SMS doakan semoga anda semua sihat dan berbahagia selalu disamping keluarga tersayang. InsyaAllah.

10 TIPS MENJADI IBU BAPA DI ZAMAN MENCABAR INI DARI PROF MUHAYA

Credit kepada FB Page : Syukur Alhamdulillah.

Ini antara 10 tips yang dikongsikan oleh Prof. Muhaya untuk kita semua. Semoga ia bermanfaat.

Jom! baca dan amalkan.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu kami pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat. Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajah anak semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

Betul, tue.. saya setuju.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya.

Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat dan Kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kecil kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana kifarat dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya.

Mengakulah padanya itu kelemahan kita. Kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci tapi kita sayangkan dia.

Pastu, SMS nak tambah sikit.

Ibu bapa perlu berhati-hati dengan tiap tutur kata. Kerana apa yang kita fikir, rasa, bayang dan sebut.. itu adalah doa.

Contohnya : Kita risau anak-anak menjadi remaja rosak dan liar (itu dan menjadi satu bayangan).

Kita nasihatkan dia: Angah! emak tak nak anak emak jadi cam anak Mak Bedah (contoh) tue. Berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bertepuk-bertampar.. pakai baju ketat-ketat, nampak pusat, atas tutup bawah telanjang. Budak-budak zaman sekarang ni, bukannya boleh dikira (Ini dah jadi satu bayangan dan sebutan, ucapan).

Kita memang tak nak anak jadi seperti itu.

So, berhati-hati dengan ucapan harian kita.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ",  sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi."

kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka.

Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad SAW. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

InsyaAllah, sama-samalah kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak syurga kita.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Sai

No comments:

Post a Comment