Pages

Friday, 8 January 2016

BERAKHIRNYA KISAH KENCING MANIS AYAHKU

Ngeri tengok gambar ini, walaupun ia nampak
seperti lukisan ataupun editing gambar. Tapi, ia 
tetap menakutkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

BERAKHIRNYA KISAH KENCING MANIS AYAHKU

Ini kisah benar beberapa tahun lepas.

Ayah saya penghidap kencing manis. Kisah ini bermula apabila kaki kanan ayah terluka sewaktu berkebun. 

Hari demi hari, luka ayah tak sembuh-sembuh. Padahal, luka kecik je.



Bila ke klinik, doktor sahkan ayah ada kencing manis dan perlu rawatan susulan.

Setiap jam ayah mesti akan mintak anaknya papah untuk ke tandas sebab tak tahan. Asyik nak terkencing.

Kerana luka ayah yang makin teruk.. kami membuat keputusan untuk pakaikan ayah pampers. Pada asalnya ayah menolak. Tapi, akhirnya ayah terpaksa akur sebab dia sendiri tidak terdaya untuk bangun ke toilet.

Bila disuap makan dan minum pun, ayah tak mahu.

Sehingga ayah semakin kurus kering menampakkan tulang-tulang empat keratnya. Yang mana, tulang 4 kerat ini lah berusaha keras, membanting tulang mencari rezeki kami anak-beranak suatu masa dahulu.

Kini, ayah hanya mampu terbaring kaku tak berdaya.

3 minggu lebih ayah sakit.. Akhirnya, Allah SWT lebih sayangkan ayah. Ayah dijemput ke rahmatullah pada malam 1 Ramadhan.

Malam yang mulia tanpa aku di sisi.

Semoga tenang ayah di sana. Sa, redha dan pasrah dengan takdir ini.

Sa akan kongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman sekejap menjaga ayah akibat kencing manis ini kepada masyarakat di luar sana.

Mudah-mudahan ia menjadi sebahagian dari sedekah ilmu seorang anak kepada seorang ayah dari kisah hidup ini.

Nasihat saya kepada pembaca semua, jagalah kesihatan diri dan keluarga kita. Ambil cakna lah ibu dan ayah di kampung mahupun dirumah mereka jika kita berjauhan.

Peringatan ini, untuk diri saya jugak.

Sama-samalah kita berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment