Pages

Friday, 15 January 2016

JOM! FAHAMI APA YANG ADA DI SEBALIK SURAH AL-KAHFI

Assalamualaikum wbt..

Salam Jumaat, Salam Penghulu Segala Hari.

Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan berkat oleh Allah SWT di hariNya yang mulia ini. InsyaAllah..

JOM! FAHAMI APA YANG ADA DI SEBALIK SURAH AL-KAHFI

Kenapa baca surah Al-Kahfi di hari jumaat? Kenapa bukan surah Yassin?

Jika sebelum ni, sejujurnya amalan malam jumaat saya yang diterapkan oleh emak dan ayah adalah membaca surah Yassin di hari jumaat. Atau lebih tepat lagi, hari khamis malam jumaat.

Saya ingat lagi,

Kalau zaman kecik-kecik dulu, ayah akan berkumpul bersama kami adik-beradik selepas maghrib sementara menunggu Isya' untuk sessi Tazkirah dan jugak 'sport check'. Hehehe..

Sport Check pengetahuan asas agama anak-anaknya.. Dimana, setiap orang akan ditanya mengenai rukum iman, rukun islam, rukum solat, Nama-nama Rasul, Malaikat, Wudhuk, Kitab, Anggota sujud, dan banyak lah lagi.

Masing-masing cuak bila tersalah jawap. Sebab takut dengan rotan ayah.

Alhamdulillah.. even takut, ia sangat berkesan di hati untuk kebaikan kami adik-beradik.

Dalam masa yang sama, kami akan membaca surah Yassin bukan surah Al-Kahfi.

So, saya tak tahu menahu dan tak pernah ambil tahu akan kepentingan dan kelebihan surah Al-Kahfi sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya mula memahami dan mengamalkannya.

Surah ini, mengandungi 110 ayat dan terletak di juzuk ke 15. Sunat jika dibaca pada malam dan sepanjang hari jumaat.

Ia menceritakan tentang 4 kisah utama yang sangat bermakna sebagai pengajaran dan pedoman kita di hari muka.

Ia mengisahkan tentang 7 pemuda beriman ditidurkan dalam tempoh 309 tahun di Ashabul Kahfi, kekufuran nikmat oleh 2 lelaki yang mempunyai kebun, Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S serta tentang Ya'juj dan Ma'juj.


Menarik, kan kisah nie jika kita cuba fahaminya.

So, mulai hari ini boleh ambil tafsir Al-Quran untuk membaca, memahami dan beramal dengan Al-Kahfi. Besar fadhilatnya, sahabat.



InsyaAllah.

Saya pun, masih lemah dan cetek ilmu pengetahuan agama. Yang mana baik, sama-sama kita kongsikan. Mudah-mudahan kita peroleh rahmat dan berkat dariNya.

Jom! ajak kawan-kawan dan keluarga kita ikut sunnah Rasulullah SAW ini iaitu membaca surah Al-Kahfi di hari jumat selain amalan-amalan lain.



SMS doakan kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab, terpelihara oleh Allah SWT dan terselamat dari fitnah dajjal.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS

019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment