Assalamualaikum wbt..
Saya pelik, sejak dua menjak ni paip kat rumah mengeluarkan warna merah seawal pagi.
Saya fikir maybe, saluran paip berkarat kot.
Masuk hari kedua, ketiga pun masih sama.
Kadang, tak da air. Bila air putus.. selepas seketika ia akan mengeluarkan warna merah yang keruh.
Keadaan ini agak merisaukanlah hati sebab ada kemungkinan kesan dari perlombongan bauksit yang semakin kritikal di Kuantan.
Walaupun, saya bukan berada berdekatan dengan kawasan berdebu merah. Tapi, kawasan kami tetap terkena tempias bauksit nie.
Perumahan kami tak jauh mana pun dengan kawasan Balok dan Gebeng yang memang sangat kritikal keadaannya.
Mari kita lihat apa kesan-kesan bahaya akibat dari perlombongan Bauksit berleluasa ini.
KESAN PERLOMBONGAN BERLELUASA BAUKSIT DI KUANTAN, PAHANG
Perkara yang jelas untuk masa terdekat ni, berlaku kat depan mata saya sendiri adalah :-
Jalan tar menjadi rosak, pecah dan berlubang-lubang akibat laluan lori bauksit. Kesan dari ini, boleh mengakibatkan berlaku kemalangan jiwa sebagaimana saya ada kongsikan di sini (Hati-hati Bauksit mengundang maut).
Berlaku pencemaran udara akibat debu-debu merah bauksit yang mempunyai kandungan bahan teroksidan yang tinggi seperti Aluminium Hidroksida, Ferum Oksida, Titanium Oksida, Silika Reaktif, Kromium dan Arsenik.
Memang diakui, kandungan mineral bauksit ini mempunyai permintaan yang tinggi dari negara-negara luar untuk keperluan perindustrian.
Tapi, jika ia dilombong secara tidak terkawal banyak nyawa yang akan terancam.
Kesan lain, akan menyebabkan pedih mata, kulit kering, gatal menggelupas kemerah-merahan, batuk-batuk, masalah saraf otak, hati dan limpa membengkak, dan terlalu banyak lagi masalah-masalah kesihatan lain yang jika berlarutan boleh membawa maut.
Sebelum ni, kita dikecohkan dengan LYNAS.. hari ni, Kuantan digemparkan pula dengan BAUKSIT.
Inilah bauksit, kerana tamak.. mereka yang tidak berdosa dan tak bersalah terpaksa menerima akibat.
Bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi ekonomi msayarakat setempat mula terjejas.
Peniaga-peniaga kecil terpaksa menutup kedai kesan debu bauksit ini.
Nelayan-nelayan bot kecil sukar mencari rezeki di perairan pantai Kuantan. Kerana kelemahan jentera mereka menghadkan untuk pergi lebih jauh ke lautan dalam. Cam mana nasib mereka, dari aduan penduduk.. kawasan pantai dan sungai di muara mula menjadi merah seperti darah.
Bila ini yang berlaku.. banyaklah hidupan air yang tercemar.
Tiada siapa yang berani makan 'Ikan Bauksit' yang terdampar di pantai.
Allahuakhbar..
Kemana perginya, pihak yang bertanggungjawab. Dimana letaknya sikap tanggungjwab pihak yang terlibat.
Jangan sampai bumi Kuantan dilanda musibah yang tidak diingini akibat kerakusan dan ketamakan manusia sendiri.
Melombong biar lah berpada-pada.
Hayatilah maksud ayat ini, (Surah Al-Rum, ayat 41).
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

Tiada mana-mana kuasa dapat menghalang kekuasaan Allah SWT, hatta menggunakan duit sekalipun. Kerana kehidupan ini, semuanya milikNya.
Murka Allah lebih dasyat dari undang-undang manusia.
Selamat beramal dan menegakkan kebenaran demi agama dan umat sejagat.
Hablum Minallah Hablum Minanas = Jagalah hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
No comments:
Post a Comment