Pages

Saturday, 13 February 2016

5 TIPS PENJAGAAN IBU DAN AYAH YANG ADA KENCING MANIS (DIABETES MELITUS)

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat bloggers dan pembaca semua dipermudahkan segala urusan dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Hati siapa tak risau dan tertekan apabila diri sendiri sakit dan rasa seperti ajal sudah tiba di penghujungnya. Tertekan bukan kerana takutkan mati. Sebab itu, memang perkara wajib sebagai hambaNya.

Risau dan tertekan memikirkan nasib anak-anak yang masih kecil. Bagaimana nasib mereka nanti.

Itu yang bermain di fikiran seorang ibu dan juga ayah.

Bagaimana pula kita sebagai seorang anak?

Sejujurnya, saya amat risau dan amat takut untuk menghadapi sebuah kehilangan. Walau saya kena menerima hakikat dalam hidup ini tiada apa yang kekal. Semuanya hanya pinjaman dari Allah SWT kepada kita.

Hatta ibu dan ayah hanya pinjaman kepada seorang anak untuk berbakti dan menjaga mereka.

5 TIPS PENJAGAAN IBU DAN AYAH YANG ADA KENCING MANIS (DIABETES MELITUS)

Di sini saya kongsikan sedikit tips kepada anda semua untuk menjaga dan merawat emak dan ayah yang ada kencing manis. Ia berdasarkan dari pengalaman saya sendiri.

1. Sediakan Kits untuk check bacaan gula emak/ ayah kita. Ia ada dijual dimana-mana farmasi berdekatan anda. Harganya lebih kurang RM70 ke RM150 bergantung kepada pakej dan kualiti.

Bila ada kits ini, lebih mudah untuk kita pantau tahap gula dalam darah mereka.

2. Jaga pemakanan mereka. Pastikan makanan yang diambil dalam kategori Indeks Glisimek (GI) di bawah 50. Contoh makanan yang rendah GI adalah epal, kekacang soya, lobak ungu atau merah oren, dan brokoli.

Elakkan makanan yang GI tinggi seperti roti gandum putih, GI tinggi biasa diperoleh dari sumber karbohidrat.

Konsepnya cam nie. Semakin tinggi GI semakin tinggi bacaan gula dalam darah.

Tapi... orang kita kan suka makan nasik.

Nasi pun tinggi GI taw. Tapi, masih boleh dimakan. Cuma beras perang (GI:55) paling rendah berbanding beras putih (GI :64).

Kelebihan beras perang tinggi serat dan cepat kenyang, lambat lapar serta tinggi khasiat. Manakala, beras putih dah melalui macam-macam proses pembersihan (ibarat seperti dah di basuh dengan clorox).

3. Jaga kebersihan mereka. Pastikan kuku mereka sentiasa dipotong, kalau terluka cepat-cepatlah rawat dan bersihkan kerana kebiasaannya pesakit kencing manis ini mempunyai masalah kapilari darah yang sudah rosak dah kurang berfungsi.

Boleh amalkan pengambilan SR. Vitamin C, Zinc dan GLA complex setiap hari untuk masalah ini.

4. Berikan nutrisi makanan yang berkhasiat buat mereka.

Mungkin, ramai yang belum tahu pesakit kencing manis ni sangat mencabar nak menjaga kalau keadaannya sudah melarat.

Emak ayah kita pun dah tua dan uzur, seiring dengan usia dan pengorbanan mereka melahirkan, menjaga dan membesarkan kita dari kecil hingga sekarang.

Mereka bukan kisahkan sangat keadaan sendiri. Apa yang penting, anak cukup makan, pakai dan belajar.

Kita tak tahu, kadang mereka sanggup menahan perut semata-mata nak berikan yang terbaik buat kita.

Jadi, sebagai seorang anak.. menjadi tugas kita pula merawat dan berikan yang terbaik buat mereka. Pulihkan masalah dalaman mereka.

Makanan terbaik saya cadangkan adalah Vivix. Ia telah berjaya bantu ramai pesakit kencing manis.

Balaslah jasa dan kasih sayang mereka dengan sesudu vivix setiap hari. 

5. DOA.

Selalu dan sentiasa mendoakan mereka. Kerana setiap penyakit pasti ada penawar. Setiap penawar adalah asbab kepada kesembuhan dengan keizinan Allah SWT.

InsyaAllah.

Saya sayangkan emak saya, Hasanah Binti Mohamad.

Dan kerana emak, saya ilhamkan semula setiap titik perjalanan ini di atas tinta bernama Sakinah Hasanah Mat Said (SHMS). Gabungan nama saya, emak dan arwah ayah yang memberi maksud, Tenang, Baik dan Bahagia.

Setiap Ketenangan itu ada Kebaikan. Setiap yang baik itu ada kebahagiaan.

Jom! LIKE dan SHARE supaya lebih ramai anak-anak peroleh manfaat dari sedikit sharing ini.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Sihat.
Happy First Anniversary, NECK.

Sakinah Hasanah Mat Said (SHMS),
Pakar Runding Kesihatan Kencing Manis & NECK,

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment