Pages

Tuesday, 2 February 2016

DOAKU BUAT SAHABAT YANG INGIN TURUNKAN BERAT BADAN

Ini SMS sebelum join NECK.
Assalamualaikum wbt..

Happy Anniversary NECK pertama..

DOAKU BUAT SAHABAT YANG INGIN TURUNKAN BERAT BADAN

Ya Allah, Ya Tuhanku..

Kau Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Apa yang ada di dasar hati kami ini.
Apa yang kami inginkan..
Apa yang kami usahakan..

Ya Allah,
Bukakan lah pintu petunjukMU kepada sahabat-sahabatku..
Sahabat-sahabatku yang ingin menurunkan berat badan mereka.
Mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan mempunyai masalah ketidakstabilan hormon sehingga badan membesar tanpa dapat dikawal.

Mereka yang mempunyai saiz badan yang besar sehingga disahkan slip disc. Dan jalan penyelesaiannya hanya satu, iaitu turunkan berat. Itulah nasihat doktor kepada mereka.

Mereka yang sukar turunkan berat badan kerana masalah gastrik bertahun-tahun seperti diriku.

Mereka yang terpaksa solat duduk kerana sakit lutut akibat berat melampau yang sudah tidak mampu berdiri lama seperti dulu dan duduk seperti orang normal.

Ya Allah,
Sesungguhnya sakit itu, adalah peringatan akan nikmat sihatMu.
Namun, mereka tidak kuat dan berdaya tanpa pertolongan dan rahmatMu Ya Allah.

Terlalu banyak rahmatMu, kepada kami Ya Allah. 
Tidak terhitung dan terkira banyaknya.
RahmatMu meliputi seluruh alam ini.
Di langit dan di bumi.
Segalanya hanyalah milikMu yang hanya pinjaman menuju akhirat yang satu.

Badan ini, adalah rahmatMu kepada kami.
Tapi, kami gagal menjaga sebaik-baiknya..

Allahuakhbar (3x)..

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Ya Rahman, Ya Rahim..

Kasihanilah kami.
Atas silap kami sehingga gagal untuk menunaikan ibadat solat kepadaMU dengan lebih sempurna. Kami tak berdaya menjaga keluarga dengan lebih baik. Banyak kerja-kerja kami tergendala dan menjadi sukar kerana badan yang mula bermasalah ini.

Hanya Kau yang tahu apa yang ada dihati mereka.

Kau bukakkan lah hati-hati mereka ini untuk berubah dan bertindak, Ya Allah.

Temukan mereka dengan jalan dan cara yang terbaik. Sama ada dengan kami mahupun dengan sesiapa sahaja.

InsyaAllah.

*Ini mama Bibi. Orang Perak. Mama ni, berjalan pakai tongkat sebelum nie. Saya sedih bila dengar tentang kisah perjuangan mama turunkan berat badan. Dia tak de anak. Cuma mengharapkan ehsan dan perhatian dari anak-anak angkat. Alhamdulillah, Mama dan banyak berubah. Mama pun dah slim. Ini gambar semasa gemuk.


Pendaftaran NECK Batch 13, masih dibuka untuk anda. Hubungi : 019-916 4276.

Sekian, wassalam.
Salam Kurus dan Salam Sihat.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment