Pages

Monday, 22 February 2016

TESTIMONI NECK : WANITA BERDENGKUR DAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan bahagia hidup dunia dan akhirat.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Hari ni, saya nak kongsikan satu kisah perjalanan kejayaan peserta NECK Batch 10 yang lepas.

Beliau berjaya turunkan berat badan sebanyak 23.3kg dalam masa 100 hari.

TESTIMONI NECK : WANITA BERDENGKUR DAN DARAH TINGGI

"Saya mempunyai keluarga yang suka kepada makanan.

Saya memang bertubuh besar sejak kecil cuma apabila meningkat dewasa saya mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan.

Saya pernah mencuba pergi ke pusat kecantikan yang mana saya telah berhabis beribu-ribu ringgit, saya menyertai gym dan workout siang, malam serta saya tidak makan nasi selama enam bulan.

Dengan segala usaha selama 6 bulan tu, saya berjaya menurunkan berat kepada 69kg.

Tapi hanya bertahan 3 bulan sahaja, selepas itu saya ada masalah, dan berat badan terus meningkat.
Saya semasa hari nikah.
Selepas saya berkahwin dan melahirkan anak pertama, badan saya bertambah-tambah beratnya. Saya ada mencuba diet sendirian tapi tidak berjaya. Lebih parah lagi berat saya semakin bertambah selepas melahirkan anak kedua.

Anak sulong saya.
Anak kedua saya, badan semakin membesar bahagia.
Saya join Neck ketika berat saya 95 kg.

Saya adalah pesakit darah tinggi yang teruk, muka dan kaki saya selalu bengkak. Saya juga berdengkur ketika tidur, mempunyai masalah sakit lutut dan tumit akibat daripada tubuh yang besar.

Beberapa ketika,

Saya tersedar daripada lamunan apabila melihat gambar ketika majlis kahwin adik ipar saya. Ya Allah saya rasa saya perlu berubah.

Saya mula mencari-cari kaedah yang sesuai. Saya ada terbaca blog Neck tapi sekadar membaca sebab tiada siapa yang saya kenal menyertai Neck. Saya mula berdiet tapi masih gagal.


Saya join neck apabila melihat seorang kawan sekolah saya yang berjaya menurunkan beratnya 15kg. Saya pun menyertai neck selepas dia terangkan caranya.

Saya pernah berdiet sendiri dan sangatla susah. Jadi saya ingin cuba diet secara berjemaah, dalam hati saya manalah tahu kalau saya berjaya. 

Selepas dua minggu pertama saya sudah ada perubahan yang banyak.

Ada baju yang tidak boleh zip dan boleh di zip. Paling mengembirakan saya, saya berjaya turunkan berat saya 5kg selepas 2 minggu.

Alhamdulillah momentum itu saya kekal sampai 100 hari. Hari-hari bersemangat, hari-hari saya menjadi saya yang baru.

Rekod timbangan NECK dan kehidupan selepas 100 hari

Berat Asal :   95kg
Tinggi.        :  159cm

Minggu Ke-2 :  90kg (-5)
Minggu ke-4 :  88kg (-2)
Minggu ke-6 :  85kg (-3)
Minggu ke-8:   81.6kg (-3.4)
Minggu ke-10: 77.9kg (-3.7)
Minggu ke-12: 74.5kg (-3.4)
Minggu ke-14: 71.7g (-2.8)

Jumlah Penurunan :   23.3kg

Target Penurunan 100 hari : 26kg

Alhamdulillah, walaupun belum mencapai target asal 26kg dalam masa 100hari. Tetapi, ia sesuatu yang amat bermakna buat saya.

Rasa-rasanya, kalau tidak berjumpa NECK.. bukan 23kg, 10kg pun belum pasti lagi.



Saya dulu bekerja dan berhenti selepas kahwin, bonus apabila saya menyertai Neck, saya seperti ada rutin yang baru.  Neck adalah masa untuk diri saya. Neck istimewa sebab banyak aura positif yang orang seperti saya perlukan. Neck istimewa sebab saya dibekalkan dengan ilmu pengetahuan. Neck istimewa sebab diet secara berjemaah. 

Alhamdulillah setelah 100 hari tamat aura positif neck masih menebal dalan diri saya. Semasa dalam neck, saya sudah berubah banyak daripada segi mentality dan fizikal. Saya semakin sihat dan fit.

Penyakit darah tinggi saya sudah semakin berkurangan, sakit tumit saya sudah tiada dan suami boleh tidur lena sebab dengkuran saya sudah hilang.

Sebak pula rasanyaa.. 100 hari penuh bermakna buat saya.. menjadikan saya daripada seorang yang tidak beryakinan kepada yang lebih beryakinan... menjadikan saya daripada seorang tidak kuat kepada seorang yang kuat... 

NECK mengajar saya..kalau tak mahu orang pandang rendah dan memperlekehkan kita yang gemuk ni... (hakikat hati seorang berbada besar) kita kena berusaha sendiri... nothing is possible..

Always pegang USAHA, DOA dan TAWAKAL... bak kata coach FAST ACTION FAST RESULT..


Selepas NECK 100 hari.

Nasihat saya kepada mereka yang belum menyertai Neck, perlu ambil langkah segera. Kita berbadan besar, banyak risikonya. Sebelum kita hendak orang sayang pada kita, kita perlu sayang diri kita.

NECK bukan sekadar diet program tapi the way of life. Bagi saya neck memberikan jalan untuk jadi lebih sihat dan bonusnya kita kurus.

Terima kasih, NECK."

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Sihat.

Happy First Anniversary, NECK.
Now Everyone Can Kurus (NECK).
Program Coaching Online No. 1 di Malaysia.
019-916 4276.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment