Pages

Friday, 1 April 2016

BILA HILANG ORANG YANG KITA SAYANG

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat pembaca dan pengunjung  setia blog  kami, sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia disamping keluarga tercinta.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

BILA HILANG ORANG YANG KITA SAYANG

Sudah hampir setahun berlalu,

Pelbagai kisah dan cerita dilalui. Ku hadam ia menjadi pedoman hidup masa depan.

"Bila hilang orang yang kita sayang"

Kisah ini berlaku semasa saya ke IMKK Dr. Azizan Osman (DAO) pada awal bulan Mei tahun lepas (Mei 2015).

Sepanjang ber IMKK, saya menumpang di rumah Ibu Kak Maria di Keramat, KL. Saya pergi dan balik sama-sama dengan ibu, ayah dan abangnya.

Walaupun perkenalan saya dengan keluarganya sangat singkat, tapi saya sudah anggap Ibu Kak Maria seperti emak saya sendiri. Tambahan, saya diamanahkan untuk tengok-tengokkan dan jaga ibunya yang turut join IMKK kali ini.

Auntie Kam (Ibu Kak Maria), ada satu habit yang agak merisaukan saya. Dia sangat rajin membuat kuih. Ramai orang suka tempah kuih kocinya. Sedap dan comey je.

Tidurnya tidak menentu. Bila tidur boleh terjaga semula ingatkan tempahan yang masih belum siap.

Disebabkan kami akan ke IMKK 4 hari dari pagi hingga lewat malam, auntie stop semua tempahan buat sementara waktu.

Semasa di IMKK, seronok dapat teman auntie. Rasa cam bawak emak sendiri pulak. Saya dan beberapa orang rakan yang lain (Kak Noraini dan Kak Pah) turut serta tengok-tengokkan auntie.

Bila lunch kami makan bekal yang dimasak dari rumah oleh auntie. Saya termalu sendiri tak tahu nak tolong apa. Sebab semua kerja diuruskan oleh maid. Makanan auntie yang masak. Tapi, saya tetap tolong bungkus makanan untuk bekal kami.

Kak Noraini, Auntie dan saya.
Layanan yang auntie sekeluarga berikan teramat istimewa buat saya sebagai tetamu mereka.

Bila lunch kami akan berkumpul seperti satu keluarga makan beramai-ramai di kawasan lobi dewan sementara menunggu solat dan masuk semula untuk sessi petang.

Cuma hari ketiga, kami makan di tingkat 3 berdekatan dengan surau.

Selesai makan, saya mintak diri dengan auntie dan dorang untuk solat sekejap sementara dorang masih lagi makan. Kami kena bergilir-gilir. Toilet dan surau sentiasa penuh dengan peserta program.

Ada yang solat di kaki lima. Kiranya, ok lah. Selagi tempat bersih kat mana-mana boleh solat.

Seusai solat.

Saya kembali kepada dorang. Tapi dorang dah tiada kat tempat tadi. Pada fikiran saya mungkin dorang dah solat dan masuk ke dalam dewan.

Saya call untuk confirm kan. Risau jugak. Walau pun tadi saya dah pesan, pape masuk dewan dulu. Tak perlu tunggu saya.

Talian auntie, tak berjawap. (Nasib baik saya ada ambil contact no. auntie).

Saya col Kak Ain dan Kak Pah..

Ok, dorang jawap call.. tapi, suara sayup-sayup. Kesan sound sistem lagu bara bara bere dah start.

Dorang masih di toilet tunggu auntie katanya.

Saya terkejut sebab dorang cakap auntie hilang. Tak dapat dikesan. Dorang dan check semua tempat, masih tak jumpa.

Saya dah mula panik.. saya terbayangkan muka semua keluarga auntie.

"Cam mana aku nak jawap dengan dorang nanti? Cam mana nie..??"

Saya mintak Kak Ain dan Kak Pah masuk ke dalam dewan dulu. Mana taw auntie ada kat dalam kan.

Sebenarnya, saya tak tahu cam mana nak buat sebab saya tahu auntie boleh terlelap kat mana-mana je. Saya risau auntie tertidur je kat tempat yang tak de orang. Telefonnya off.

Saya sangat-sangat risau.. saya rasa nak menangis pun ada. Sampai terbayang nak pi naik pentas untuk buat announcement. Huhuhu..

Saya pergi dapatkan crew-crew yang bertugas. Mohon kerjasama dorang. Maklumkan kepada dorang apa yang dah berlaku.

Alhamdulillah, dorang akan usaha cari auntie sampai dapat selepas saya tunjukkan gambar. (Nasib baik lah auntie layan je saya berselfie sepanjang program. So, ada lah simpanan gambar auntie untuk dorang).



Crew cadangkan saya masuk kelas.

Oh! No.. saya tak leh nak fikir.. Saya tak leh nak FOKUS apa yang DAO sedang sampaikan walau topik petang tu amat penting. Ia berkaitan dengan pengurusan kewangan seingat saya.. Saya dah niat tadi, "Wah topik petang ni, menarik.. Wajib dengar dan hadam betul-betul."

Mind saya dah blank. Saya tetap tegas dengan pendirian saya. Saya cakap kat dorang, yang saya takkan berganjak dari sini selagi saya tak jumpa my auntie.

Maaf kan saya kakak crew yang baik hati.. sebab terpaksa susahkan kakak dan abang-abang crew semua.

10 minit kemudian, dorang kata ada nampak auntie kat tingkat atas.

So, saya follow dorang.Untuk tengok betul ke auntie kat atas.

Tapi, nampak pencarian saya mengecewakan.

Cam mana nie. Cam mana saya nak cari auntie dalam puluhan ribu orang.. saya tak tahu.

Saya terduduk dan terdiam sendiri. Saya tenangkan diri. Relax dan fikir baik-baik..

Bila mind & emotion kita dalam keadaan tenang, postive.. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Saya cakap kat crew saya akan cari sama-sama dengan dorang. Saya perhatikan dari belakang 1 by 1. Memang kalau fikir logik akal, cam mustahil je nak jumpa auntie dalam dewan yang besar tue.

Giller tak giller antara amanah dan tanggungjawab, wajib dijaga.

Saya susuri satu level ke satu level seat. Dalam hati saya tetap berdoa semoga dapat berjumpa dengan auntie secepat mungkin.

Alhamdulillah, tak lama kemudian saya nampak auntie di tengah-tengah orang ramai sedang asyik fokus kepada DAO.

Saya rasa nak nangis je.

Saya mintak pertolongan crew untuk dapatkan auntie. Hanya crew je boleh ganggu peserta.

Dah confirm auntie kat depan mata, saya peluk erat-erat. Saya nangis di bahu auntie. Terasa seperti saya sedang peluk emak sendiri.

Over taw saya..

Auntie relax je.. Cool je cam tak de pape berlaku. Hahaha..

Itu lah ujian saya semasa di IMKK.

Walau apa-pun saya bersyukur. Ada hikmah dengan apa yang berlaku. Terlalu besar hikmahNya.

Kuat betul saya tersentuh hati dan mudah mengalirkan air mata sepanjang IMKK.

So, sesiapa yang belum pernah ke IMKK. Sila lah beri peluang kepada diri anda untuk ke sana demi insan-insan tersayang kita.

Terima Kasih, Ya Allah kerana masih diberi peluang sehingga saat ini untuk berkongsi cerita yang dah lama duk bersarang kat kepala je nie.

Kinah mintak maaf, kepada Kak Maria sekeluarga atas incident yang berlaku ini.

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Saya doakan anda kaya, bahagia dan berjaya

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


WhatsApp : 019-916 4276 untuk dapat ebook Kisah Motivasi :
Sorry Boss!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja ini Sekarang !!
Ebook yang telah mengubah minda saya.
*Sila SHARE jika entry kali ini bermanfaat untuk saudara-mara dan jugak rakan-rakan kita di luar sana. Saya doakan anda Kaya, Bahagia dan Berjaya Dunia/Akhirat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment