Pagi syahdu nan indah di kampung kelahiranku. Lama tak menikmati suasana pagi-pagi cam nie.
Kebiasaannya masa ni, arwah Tok ki dah bangun pagi. Dialah orang pertama bangkit ke bilik air. Kemudian disusuli dengan arwah nenek.
Pastu, solat sunat dan mengaji. Best sangat suara Tok ki. Lunak dan unik.
Seusai sahaja subuh, tok ki bersiap-siap ke pasar untuk berniaga.
Kemudian, ke dusun orang untuk ambil buah-buahan untuk dijual. Tok ki sendiri atau tuan buah yang menghantar ke rumah.
Tengok pada keadaan. Jika perlu, tok ki akan pick up dengan moto honda bulatnya.
Tok ki kecik je orangnya. Comey.. tak banyak cakap.
Bila kami balik kampung, terubat rindu kepada anak cucunya. Sebab, kami je yang jauh dari tok ki. Yang lain, semua tinggal berdekatan. Sebelah menyebelah rumah. Tak pun, sebelah kampung.
Kami sekeluarga merantau jauh ke luar dari negeri.
Alhamdulillah, walau apa-pun syukur sempat jumpa arwah sebelum meninggal hampir dua bulan yang lepas.
Tok ki cakap kat emak (anak nya yang sulong), yang dia mimpikan arwah emak dan ayahnya datang.
Emak cuba sedapkan hati. Kata emak, panjang lagi umur Tok Ki.
Allah sebaik-baik perancang. Ajal dan maut tidak pernah kenal isyarat. Tidak terlewat walau sesaat.
Al-Fatihah untuk arwah. Tenanglah Tok Ki di sana.
Salam Subuh.
Hari kedua tanpa senyuman orang tua bergelar lelaki. Ayah dah tak de. Tok Ki pun, dah tak de. Tak sempat tengok cucunya mendirikan rumah tangga.
Terasa kehilangan, namun harus redha.
Wassalam.
Hari kedua tanpa senyuman orang tua bergelar lelaki. Ayah dah tak de. Tok Ki pun, dah tak de. Tak sempat tengok cucunya mendirikan rumah tangga.
Terasa kehilangan, namun harus redha.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment