Assalamualaikum dan salam tengah hari,
Saya doakan anda semua kaya, bahagia dan berjaya dunia akhirat. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.
ADIK JUAL LUKISAN KAT SEKOLAH
Tadi balik dari Kelas Agama Fardu Ain (KAFA), adik cerita.. dia jual lukisan kepada kawan dia kat sekolah.
Small size : RM0.50
Extra size : RM1.00
Pada permulaannya saya ingatkan dorang bergurau.
Rupanya memang betul.
Ok.
Lukisan apa adik jual?
Kalau anda nak tahu, lukisan tu sangat simple dan sangat mudah nak buat coraknya. Calit-calit warna dan lipat ikut kreativiti dorang. Selalu cikgu pendidikan seni akan ajar teknik nie (masa zaman saya dulu. Sekarang, tak tahu lah).
Dengan bermodalkan watercolor bajet RM5 yang boleh pakai berulang kali.
Pastu, kertas A4 saya yang kat SOHO jadi mangsa dorang (hahaha).
Bijak, bijak..
Tak pe, lah dik.
Asalkan dorang happy. Dorang suka bermain warna. Semua barang art saya satu demi satu digeledah dan diguna pakai. Saya je, tak sempat nak berkarya. Kihkihkih..
Pastu saya tanya lagi, dorang buat apa lukisan adik tu nanti?
Adik cakap, dorang tampal kat dinding. Buat hiasan. Ok.
Good, girls..
Adik cakap.. nanti, kalau adik dapat RM20.
RM10 adik bagi kat emak,
RM5 adik bagi kat Kak Sa (untuk modal bahan mentah),
RM5 adik ambil untuk upah adik.
Sebelum ni, saya ajar dorang berniaga dadih. Dorang tak mahu. Kata malu.. Tapi, nampaknya dorang tak malu pulak jual lukisan.
Syukur Alhamdulillah, kecik-kecik dah suka berniaga.
Saya pesan, pastikan jangan ganggu masa belajar dan cikgu. Berniaga masa rehat dan masa tak de cikgu atau tak de kerja sekolah tak pe.
Cam mana dorang nak habiskan jualan.. nanti, kita tengok hasilnya.
Saya cadangkan untuk dorang tambah koleksi penanda buku pulak nanti. Yang ni, pun simple tapi mahal sikit.
Walau apa pun, Kak Sa doakan semoga adik akak berdua ni bakal jadi Jutawan Muslimah Berjaya Dunia Akhirat suatu hari nanti.
InsyaAllah.
Sekian, wassalam.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
No comments:
Post a Comment