Pages

Tuesday, 21 June 2016

LEBIH AFDHAL JIKA WANITA BERTERAWIH DI RUMAH

Assalamualaikum wbt..

Entry ni, dah lama duk bertapa di draft. Baru hari ni, berkesempatan untuk edit dan publish setelah sekian lama.

Semoga ia bermanfaat, buat wanita di luar sana terutama yang mempunyai anak-anak kecil.

TERAWIH DI RUMAH LEBIH AFDHAL

Wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdhal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat-rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih.. sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat.. kadang-kadang laju.

Buat mereka yang mempunyai anak kecil, mesti terdetik di hati keadaan anak yang ditinggalkan di rumah atau di bawa sekali ke terawih. Ia seperti mengganggu kekusyukkan diri kita kepadaNya.

Kita ini manusia yang lemah, sentiasa terleka dengan cabaran hidup. Namun ia bukan alasan islam itu menyusahkan. Islam tetap memudahkan buat kita wanita. Bahkan pahalanya lebih besar.

Selalunya kita buat sunat terawih 10 rakaat dengan 5 salam dan diikuti dengan witir 3 rakaat 2 salam.

Kalau buat di rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat sekejap tengok anak-anak. Lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 6 rakaat dan sambung witir, 3 rakaat.

Boleh juga selesaikan hal anak-anak sehingga mereka tidur terlebih dahulu, kemudian fokus kepada terawih sendiri.

Tak perlu bekejar untuk ke masjid yang Terawihnya dilakukan sesudah isya' sahaja.

Islam itu indah.

Subhanallah..




Di bawah ini, ada cara menunaikan solat Sunat Terawih bersendirian di rumah yang boleh dikuti untuk rujukan bersama :

Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Bilangan rakaat suka hati..

Buat lah yang termampu. Kalau boleh buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

Segala bacaan di luar solat, seperti solawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat.

Tidak ada larangan untuk bersolawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah lebih panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya.

Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat.

Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’.

Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

Solat Sunat Witir pula :

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Copy, edit & paste dari laman muka buku. Terima kasih kepada penulis. Maaf disebabkan dah lama, terlupa dari siapa. Huhuhu..

Papepun, credit kepada penulisnya.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.

All the Best kepada semua.

Salam Ramadhan Kareem.
Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment