Pages

Friday, 12 August 2016

DOA MENUSUK KALBU

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Jom! amin kan doa di bawah ini. Doa yang dikongsikan dari rakan group WhatsApp.

Terima kasih, kepada penulisnya.

"Ya Allah ingatkan kami bahawa sisα hίdυρ kami semakin pendek dan tidak semua yang kami ada boleh kami bawa ke kubur melainkan amal soleh kami.  

Ya Allah ingatkan kami bahawa sehari berlalu, umur kami akan berkurang sehari dan kami lewati hari ini dengan berbahagia, ingatkanlah kami bahawa kami sangat beruntung.

Oleh itu,

Ya Allah doronglah kami untuk berbuat baik dan selalu mengucap syukur, kerana kami tidak tahu bila kami akan dipanggil 'pergi'.

Ya Allah dalam hidup kami ini jangan lah kami membandingkan ke atas, kerana kami akan merasa kurang; janganlah juga kami membandingkan ke bawah, kerana kami akan merasa lebih.

Ya Allah buatkan supaya kami selalu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kami punya supaya kami merasa bahagia dan bersyukur dengan apa yang kami ada.

Ya Allah sedarkanlah kami bahawa harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan itu hanyalah sementara, hanya pinjaman dari Mu.

Ya Allah ingatkan kami untuk menjaga perilaku kami dan sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela dan sentiasa mengawal diri.

Ya Allah muliakanlah kami, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan.

Ya Allah mudahkan segala urusan kami, kabulkan cita-cita kami.

Ya Allah jauhkan diri kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar.

Ya Allah jauhkan diri kami dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadah kami dan jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak dan zuriat kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah bagi mereka yang telah kembali kepada Mu, kurniakan nikmat syurga Mu semasa berada di Alam Barzakh.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah."

Aamin..
Aaamin.

Semoga ia bermanfaat.

Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment