Pages

Sunday, 11 September 2016

SELAMAT HARI LAHIR KE-54 EMAK!!

Susahnya lah nak dapat muka pandang camera bila ambi foto ramai-ramai nie.

Assalamualaikum WBT..

Saya mendoakan semoga semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada di bawah lindungan dan payung rahmat Allah SWT dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Hari ni, hari lahir emak yang ke-54.

Syukur kepadaNya sebab masih diberi kesempatan untuk melihat, menjaga, mendengar suara emak sebaik bangkit dari tidur sepanjang 28tahun ini.

Terima kasih kepada emak yang telah berpenat lelah membesarkan kami sehingga ke saat ini.

Walau masing-masing dah besar, emak masih berusaha untuk bahagiakan anak-anaknya.



Terima Kasih emak, sebab bersabar kandungkan anak-anak emak yang macam-macam perangai dan ujian nie.

Sesungguhnya, pengorbanan emak terlalu besar, teramat besar pada saya.


Saya tak pernah lupakan kasih sayang emak walau sesaat.

Saya masih ingat lagi,

Dari kecil, anak emak bernama Sakinah ni terlalu banyak susahkan emak.

Kecik-kecik dah kena operate di kepala sebab bisul. Sampai hari ni, ada parut. Kesannya, rambut tak tumbuh kat bahagian  tempat operation.

Emak cakap, emak tak sanggup dengar saya meraung menangis masa tue. Emak biarkan ayah urus masuk wad.

Bisul di kepala dan lutut.

Dasyat sampai kena operate.

Then, di bawah pelipat lutut berkudis macam kurap.. tak hilang-hilang walau dah cuba macam cara.

Lama jugak lah kudis tue.

Pastu, demam meracau-racau tengah malam. Emak lah tenangkan. Arwah ayah lah keluar memalam naik motor honda bulatnya ke kedai pi cari ubat demam.

Dihantar ke Tadika untuk belajar, tapi tidur dari pagi ke waktu balik.

Begitu sabar emak membesarkan diri ini.

Emak tak pernah marah sebab saya tidur dalam kelas.

Padahal, emak tahu. Sebab, setiap hari emak berjalan kaki naik bukit, turun bukit datang ambil saya dari Tadika.

Saya ingat, cikgu yang kejutkan.. cakap emak dah datang. Kawan-kawan semua dah balik.

Teruknya, difikir-fikirkan masa kecik dulu.

Apa lah perasaan seorang ibu bila tahu anaknya tidur sepanjang kelas. Tapi, emak tak pernah marah. Emak seorang yang sabar.

Ya Allah, ampuni lah dosa ibu dan ayahku. Terlalu besar pengorbanan mereka.

Semasa di hari graduation tadika pulak.. saya buat perangai.

Meraung menangis satu dewan sebab tak jumpa emak. Masa tu, saya naik pentas ambil sijil rasanya. Then, tak jumpa emak. Sangkakan emak dah balik. tinggalkan saya seorang diri.

Apa lagi.. menangis lah tanpa rasa malunya. Huhuhu..

Kecian, emak.

Ya Allah.. besarnya pengorbanan emak. Setiap saat emak berkorban hidup untuk anak-anaknya.

Saya dulu nakal dan tak lekat duduk rumah. Anak peneroka. Hidup dibesarkan dalam ladang kelapa sawit.

Masuk paya, redah anak sungai, main kotor, masuk semak, masuk hutan tu normal. Bukan anak peneroka kalau tak kenal semua tue.

Hari cuti, keluar pagi.. maghrib baru nampak batang hidung. Emak bising sebab anak dara sorang ni suka merayap tak tentu hala. Kalau main dengan anak jiran tak pe.

Ni ahh.. suka-suki saya je. Kadang pi mandi sungai nun jauh di sana.

Emak bising risau saya kena sorok. Sebab ada anak sekampung yang dah kena sorok kat area sungai tue.

Kat sungai tu jugak ada lubuk, air berpusar. Emak risau saya main kat situ.

Budak-budak apa lah yang dorang tahu.

Hati emak mana tak risau.

Dah naik sekolah menengah pun tetap risaukan emak.

Keluar pagi balik maghrib jugak sebab sekolah jauh kat pekan.

Sekolah pulak jauh dari jalan utama. Banyak semak-samun. Macam-macam boleh jadi masa saya berjalan keluar ke main road jika tanpa doa seorang emak.

Hati emak risau, kalau saya balik lewat maghrib. Tu maknanya tak de prebet sapu (van hantar penumpang) yang sanggup nak hantarkan saya. Tak balik modal. Buat habis minyak je. Huhuhu..

Emak selalu pesan, jangan naik van dengan orang yang tak kenal.

Ok.

Walau susah cam mana pun saya gagahkan jugak, sebab tahu pengorbanan emak dan ayah lebih besar, terlalu besar.

Mereka nak tengok saya berjaya.

Alhamdulillah.. selepas PMR, saya masuk maktab.

Saya terima sebab fikir asrama. Boleh duduk sana. Tak perlu tunggu prebet sapu sampai ke malam lagi. Emak tak yah risau dah.

Tapi, hati ibu mana tak risau.

Ada satu hari kecoh satu pekan, berlaku kes culik dan bawak lari anak dara kat pekan tue.

Kebetulan minggu tersebut, turn saya balik asrama dari maktab.

Risau sangat hati emak dengan anak perempuan dia sorang nie. Tak dapat dihubungi.

Masa tu mana ada telefon bimbit. Emak tepon pejabat maktab. Katanya, saya dah bergerak balik naik bas.

Harapkan public phone je.

Malam sebelum balik, saya dah cakap yang akan balik minggu tersebut.

Pada hari nak balik tu, memang tak telefon sebab rushing. Tak sempat nak beratur panjang semata-mata nak bergayut.

Dan dah maklumkan pukul sekian-sekian akan sampai di pekan. Nanti, ayah tunggu kat pekan je.

Sesampai pekan saya akan tepon semula guna public phone.

Masa tu, coins amat berharga.

Risau sangat hati emak sampai lah dengar suara anak dia sorang nie.

Ini jalan yang saya pilih.

Walau sukar cam mana pun saya kena bersabar. Berusaha untuk bahagiakan emak. Ubah nasib keluarga.

Di hari graduasi maktab emak tak datang. Tapi, saya dapat rasakan pengorbanan dan kasih sayang tanda sokongan emak pada saya.

Buktinya emak sanggup jahitkan baju memenuhi syarat hari graduasi. Tema berkain batik.

Saya jarang dapat baju baru melainkan hari raya puasa 1 atau 2 pasang setahun.

Baju raya mana ada yang berkain batik.

So, emak terpaksa lah jahit. Nak beli siap, tak mampu. Mahal..

Di kala orang lain mampu tunjuk je baju mana yang nak dipakai.. emak saya berjaga malam dengan tangannya yang baru je retak tulang akibat jatuh tergelincir kat bilik air.

Tak boleh berkasar lagi.

Can u imagine, how my mom berusaha untuk menjahit menggunakan mesin manual.

Nak nak part getah di pinggang kain  yang sangat kemas. Memerlukan usaha menarik, tegangkan getah semasa menjahit.

Saya amat sayangkan baju tu. Saya pakai sampai diploma je. Start Degree, dah tak muat. Huhuhu..

Masa diploma baju tu terhangus kena iron. Tapi, saya tetap pakai. Cover dengan tudung.

Itu  lah baju yang paling cantik, kemas emak pernah jahitkan.

Ini lah apa yang saya sedar.

Diluar kesedaran saya, rasanya lebih besar lagi pengorbanan emak. Masa mengandungkan 9 bulan pun tak tahu cam mana ujian emak.

Dengan kulit sensitivenya.
Berdarah, berair, luka.

Emak nak berikan saya pakai subang, emas berlian. Tapi, kulit saya tak boleh terima barangan kemas masa tue.

Anak perempuan sulong kan. Mesti macam-macam nak buat.

Dari kecik emak, susukan, suapkan nasik, basuhkan kencing-berak, mandikan sehingga lah dapat berdikari sendiri.

Luka emak ubatkan.

Kalau sakit, emak lah orang tak tidur malam. Nakal-nakal saya ni, masa kecik selalu sakit.

Kadang saya ada jugak merajuk bawak diri. Cakap emak tak sayang.

Yang lucunya, saya tulis surat. protes lah konon.

Saya rasa macam anak angkat. Anak pungut je masa tue.

Hati budak.. bila ada perkara yang tak ditunaikan. Rasa adik-beradik yang lain lebih perhatian.. maka jadi lah macam-macam godaan syaitan.

Hakikatnya, kasih-sayang emak sama rata je nak tengok anak-anaknya bahagia.

Bersyukur lah Sakinah.

Dari kecik hingga besar asyik susahkan emak je.

Ya Allah, ampuni lah dosa emakku, Hasanah Binti Mohamad. Dosa arwah ayahku Mat Said bin Mamat.

Ya Allah, jauhkan lah mereka dari api neraka jahanam dan tempatkan mereka di kalangan hamba-hambaMU yang beriman dan beramal soleh di syurga FirdausMU.

Berikan peluang untukku bahagiakan emak, melihat emak senang dan sihat. Mempunyai waktu untuk beribadat kepadaMU di usia senjanya ini.

Ku ingin membawa emak tunaikan ibadat umrah dan haji di tanah suciMu Ya Allah.

Allah..
Allah..
Allah..

Aku terlalu sayangkan emak. Tak sanggup ku melihat emak bersusah payah untuk kami lagi.

Ini masa untuk emak beristirehat. Merasai nikmat berehat dan beribadat kepadaMu.

Ya Allah, tolong aku Ya Allah.. Tolong hambaMu yang dhaif ini membawa emak ke tanah suciMu pada tahun hadapan.

Tolong sihatkan emak.

Emak terlalu banyak berkorban untuk kami.

Ku belum bersedia menerima khabar sebagaimana khabar arwah ayah. Terjaga dari tidur, ayah susah tiada.

Masih banyak lagi perkara yang belum ku lakukan untuk membahagiakan emak.

Ya Allah, permudahkan usahaku untuk menghadiahkan emak sebuah rumah dan kereta di kampung halaman kami.

Emak nak balik kampung. Kami belum cukup duit untuk tunaikan impian emak.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..

Aku ingin bahagiakan emak. Walau andai suatu hari nanti, aku sudah berkeluarga.. ku tetap ingin bahagia kan emak.

Sahabat,

Tolong doakan emak saya dan saya diberikan kesihatan yang baik-baik agar kami dapat sama-sama jejak kaki ke tanah haramMu untuk sempurnakan rukun islam kelima.

Tolong doakan ye, sahabat untuk my mom.

Tolong doakan supaya saya mampu bawa emak ke sana. Saya dapat tunaikan impian-impian emak.

Hanya kepadaNya tempatku meminta.

Semoga hari yang penuh berkat ini, dimakbulkan doa hamba-hambaNya yang dhaif dan serba kekurangan ini.

Tiada daya dan upaya melainkan kuasaNya Yang Maha Memakbul dan Mengurniakan.

InsyaAllah.

Terima Kasih, Ya Allah.

Sekian,wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.



"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi SAKINAH segera.
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment