Pages

Tuesday, 20 September 2016

TIPS UNTUK MENJADI PENULIS BERJAYA


Assalamualaikum WBT..

Saya mendoakan semoga sahabat semua berbahagia dan sentiasa dirahmati Allah dunia akhirat.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dhisab.

TIPS UNTUK MENJADI PENULIS BERJAYA

Cita-cita saya masa kecik dulu, nak jadi seorang penulis novel. Sebab saya suka membaca buku-buku cerita.


Dapat jadi penulis blog sendiri pun dah bersyukur.

Blog ni macam buku jugak.

1 entry bersamaan 1 muka surat buku. Tapi, ceritanya tak sama (bergantung kepada penulis blog).

Aku menulis bukan kerana nama

Walau penulisan tak berapa nak bagus.

Subjek BM dan BI masa UPSR dan PMR dapat B je pun.

Alhamdulillah, SPM berjaya jugak dapat A sebab rasa malu pada diri sebagai pelajar melayu.

Pelajar cina boleh dapat A, takkan aku yang melayu ni dapat B je? Malu, lah.. (Masa tu, tingkatan 4).

Saya membuat perubahan, berjumpa guru BM secara personal. Mintak tunjuk ajar, saya cakap, 'saya nak dapat A subjek BM untuk SPM kali ini.'

U know what?

Cikgu bagi saya latihan setiap hari.

Dia suruh saya menulis karangan. Tiru karangan yang ada dalam buku-buku penulisan. Dia mintak saya buat karangan sendiri.

Then, dia akan semak setiap kali selesai tugasan. Of course banyak merah. Bulatan bundar, garisan beralun, macam-macam tanda ada.

(Dalam tempoh tersebut, saya buat je. Walau gagal. Saya buat ikut cikgu suruh. Lama-lama makin improve).

Setiap kali masa rehat, saya akan berjumpa beberapa orang guru untuk mintak tunjuk ajar sebab saya ni seorang pelajar yang lemah kat maktab.

Kawan-kawan semua hebat. Saya malu kepada emak ayah yang menaruh harapan.

Saya berjumpa cikgu add math, cikgu-cikgu subjek yang saya lemah.

Semuanya ajar saya menulis.

Even dah habis zaman persekolahan ni, saya akan terus menulis.

Progress penulisanku

Alhamdulillah.. Sehingga hari ini, baru 465 entry saya berjaya menulis dan membuat posting di blog ini (sejak 2 tahun lepas).

Masih terlalu baru.

Opppss!! ada jugak Draft sebanyak 35 entry (Dah tulis, tapi pending idea). Hehehe..

I wish, 31 Disember 2016 berjaya achieve target 500 entry.

Baru ku tahu bukan mudah untuk menulis sebuah buku. Walau idea mencurah-curah bagaikan limpahan hujan rahmat.

Kerana kita perlu berhati-hati dengan setiap penulisan supaya tidak membawa fitnah di alam cyber ini.

Tidak menyampaikan perkara songsang yang memecah-belahkan kaum dan agama.

Kadang dicemuh, kadang disalah-erti.

Ini rencah bagi orang-orang berjaya.

Tak de ujian, hidup tak menarik. Tak best..

Tak de starting, climax, ending. Mendatar je.

Drama pun ada climax nya kan.

Asal drama dari sebuah skrip yang ditulis jugak.

Papepun, keep writing Sakinah.

Masih banyak perkara yang belum ditulis.

Masih banyak perjalanan yang bakal ditulis jua.

InsyaAllah.

Kalau ada masa terluang, boleh lah selalu singgah baca blog sakinahms.blogspot.my ye kawan-kawan.

Doakan semoga Sakinah menjadi seorang penulis yang berjaya mencuit hati, memberi rasa bahagia seperti berada dalam gedung ilmu, padat dengan info dan rencah kehidupan suatu hari nanti.

Ku menulis bukan kerana nama.

InsyaAllah, penulisanku ini sebagai jambatan amal menuju akhirat.

Salam Dhuha.

Tips menjadi penulis berjaya :

Tak perlu tunggu kita jadi hebat untuk mulakan penulisan yang pertama.

Do it Now!

Biar sikit, asalkan consistent.

Lama-lama secara tidak disedari kita mengasah rentak dan lenggok gaya bahasa menjadi penulis yang berjaya.

Semua guru-guru saya berpesan, untuk berjaya dalam jua perkara.. tulis dan tulis.

Ambil kertas tulis.

Sediakan buku tulis.

Even pensyarah senilukis saya pun berpesan untuk ada sebuah journal milik kita sendiri. Asal ada idea je tulis. Transfer atas journal kita.

So, asasnya tulis.

Keep writing.

Even contengan yang hanya anda faham.

Idea boleh datang pada bila-bila masa secara tiba-tiba. 

Usah menyerah kalah.

Rasa bosan? Mungkin belum jumpa titik focus.

Mula-mula pun saya rasa macam bosan sebab asyik gagal. Tapi, kita fikir another sides. Ambil yang postive. Fokus yang baik-baik je.

InsyaAllah kejayaan itu milik anda.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Sakinah,
Working-At-Home-Woman.
sakinahms.blogspot.my
"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment