Pages

Monday, 17 October 2016

6 TIPS PILIH BAJU KAHWIN YANG MENJIMATKAN

Assalamualaikum wbt..

Salam Sihat dan Ceria buat semua pembaca blog sakinahms.blogspot.my

Hari ni nak cerita pasal Tips Pilih Baju Kahwin.

Baju oh! Baju.

Buat bakal raja sehari di luar sana, mesti banyak perkara yang duk fikir terutama mereka yang merancang untuk berjimat dan sebaik-baiknya tidak membazir.

Antara perkara-perkara penting dalam persiapan kahwin adalah baju pengantin kan. Nak tema apa? Nak cam mana? Ok ke... macam-macam lah.

Walaupun peristiwa itu hanya sehari, tetapi persiapan rapi mengambil masa berbulan-bulan jugak bergantung kepada bakal pengantin dan keluarga si bakal pengantin.

Jom! baca sedikit tips yang saya share kan di bawah ini.

TIPS PILIH BAJU KAHWIN

Buat sesiapa yang pandai menjahit.. ada ilmu menjahit, ada mesin menjahit di rumah, disarankan lebih baik jahit sendiri baju anda. Lebih jimat dan banyak dapat fokus bajet kepada urusan-urusan lain.

Tetapi, jika anda tiada kepakaran menjahit?

Boleh menempah dengan adik-beradik, saudara-mara dan jiran tetangga yang dikenali dan berpuas hati dengan jahitan mereka.

Tak perlu cari designer terkenal yang diakui sememangnya, InsyaAllah sangat berkualiti.

Ramai sahaja tukang jahit diluar sana yang boleh bantu selesaikan masalah anda.

Pastikan urusan tempahan baju kena buat lebih awal supaya kita tidak push tukang jahit tadi. Dorang pun ada commitment lain, ada keluarga, ada emosi yang perlu dijaga. Bila emosi terjaga, InsyaAllah baju anda pun cantik.

Bila dorang happy, mana taw rezeki anda dapat harga service kasih sayang. Siapa tahu, kalau Allah nak tolong sekejap je kan.

Ok. Ini cerita kalau anda banyak masa terluang dan masa tidak mencemburui anda.

Sekiranya, hari bersejarah pun dah nak dekat..

Saya sarankan anda beli baju kosong ikut pilihan warna, design dan perkemaskan ragam hias baju guna jahitan tangan. (Seperti renda, manik. Saya ada seorang kawan tak pernah menjahit. Tapi, alhamdulillah cantik je dia jahit manik untuk baju kahwin).

Cara ini mampu lagi, mengurangkan cost belanja kahwin pada hari ini yang semakin mahal.

Pilihan lain, cari lah baju ketika jualan promosi yang lebih rendah. Cuma cara ni, kena alert dengan promotion. Selalu rajin-rajinkan diri survey pada musim-musim perayaan.

Tips pilih baju kahwin seterusnya tanpa perlu pening kepala ialah dapatkan sponsor dari mana-mana pihak. Mana taw, ada kawan ke, saudara-mara, rakan niaga, melalui contest kahwin yang nak sponsor anda kan. Hehehe..

Pilihan terakhir.. yang mungkin, akan mengambil belanja yang besar. Just beli baju readymade. Cara ni, kena standby extra bajet lah ye.

Untuk baju kahwin wanita biasanya bajet baju sahaja bermula dari RM150 sehingga infiniti.

Let say kalau jahit sendiri, RM150 dah boleh dapat complete set termasuk veil beserta baju yang lebih cantik, selesa, berkualiti mengikut citarasa anda.

Ok. Sekian dulu, tips kahwin hari nie.

Saya doakan anda yang membaca tips ini, dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat.

Kongsikan kepada mereka di luar sana, jika anda rasa entry kali ini bermanfaat.

InsyaAllah.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Sakinah,
Working-At-Home-Woman (WAHW),
Shaklee Business Leader,
sakinahms.blogspot.my

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment