Pages

Wednesday, 7 June 2017

'SETTOK KARUNG' ATAU SIMPUL BIAWAK SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan Kareem.

Saya mendoakan anda yang membaca blog ini sentiasa berada dalam keadaan sihat bahagia di samping keluarga tercinta. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Hari ni, dah 11 hari kita semua berpuasa.

Alhamdulillah, dalam hati kerisauan.. berjaya jugak SMS berpuasa penuh sehingga hari ni.

Hope, dapatlah berpuasa penuh tahun ni. Ibu sihat baby pun sihat dan selamat.

Actually perkara yang paling SMS risau bila fikirkan baby yang semakin membesar ni. First time puasa dengan baby bump. Perasaan pun lain. Berbelah bahagi.

Selalu monolog sendiri (setiap hari), dengan harapan baby dengar. "Sabar, ye sayang. Anak ibu mesti kuat. Kita puasa taw hari ni. Anak ibu pun doakan ibu jugak taw......"

Papepun, kita serahkan semuanya pada Allah SWT dan jangan lupa berusaha yang terbaik. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang untuk bekalan di siang hari (Agak struggle jugak lah nak amalkan balance diet nie. Huhuhu...)

JOURNEY MENJADI SEORANG IBU

Ok, malam ni saya nak share sikit citer pasal 'Settok Karung' atau ada setengah tempat panggil 'Simpul Biawak'. Bahasa standard bandar cramp or kekejangan otot.

Siapa biasa atau pernah alami simptom 'Settok Karung' ni mesti faham sesangat cam mana sakitnya.

Ya Allah, hanya DIA sahaja Yang Mengetahui betapa sakit dan sakitnya.


Kekadang menangis bila, saat terjaga pagi untuk bangkit. Tapi, tak berdaya sebab betis cramp. Mula-mula sebelah, kemudian berpindah ke sebelah pulak. Sakitnya, tak tahu nak citer lah.

Sepanjang saya hamil ni, selalu jugak cramp atau emak saya sebut 'Settok Karung'.

Kebiasaannya, terjadi sebab terputus stock Ostematrix. Memang kena banyak-banyak bersabar.

Nak minum susu? Jauh panggang dari api. Bagi lah, apa-apa jenis susu pun. Memang bercinta nak menghabiskannya.

My MIL, selalu advice.. "Kena minum susu. Masa hamil ni, si ibu memang akan banyak kehilangan kalsium. Kalau tak minum, macam mana baby nak besar." Huhuhu...

Apakan daya, dah menantu sorang ni dari dulu tak suka minum susu. Dah cuba bukan tak cuba.

So, alternative nya Ostematrix je lah sebagai penyelamat. Sekali telan, 4 biji.. settle masalah muntah susu. Hehehe.

Ok, dipendekkan citer dah seminggu saya tak makan Ostematrix sebab kt HQ pun dah habis stock. Kat rumah lagi lah, tak de. Tinggal botol kosong je. Memang laku keras betul.

Sementara nak tunggu Ostematrix sampai, boleh katakan setiap malam dua-dua betis ni cramp. Tambahan baby makin membesar, saya pulak banyak bergerak dan travel sana-sini follow En. husband.

Sampai tahap dah tak leh, nak wat apa kena pi cari tukang urut.

Maka, 2 hari lepas.. balik lah rumah my mom. Mintak emak urutkan satu badan. Alang-alang berurutkan. Hehehe..

FYI, bukan senang nak berurut dengan emak sendiri walaupun dia seorang tukang urut. Schedule selalu penuh. Terlajak laris, tak menang tangan.

Alhamdulilllah, dalam kesibukkan tu emak cuba luangkan jugak ngurut anak dia sorang ni untuk 2 hari berturut-turut.

Niatnya, sehari je. Tak sangka, sakit tak hilang-hilang.

Emak bising (bising-bising manja) lah, "Lain kali kalau dah cramp. Jangan dibiarkan. Masuk angin nanti. Lawan je, cramp tu. Sakit sekejap je. Kalau dibiar.. jadilah cam ni. Sakit macam orang tua." Kihkihkih..

Hari kedua, tak jadi balik rumah. Sebab, tak dapat berpijak lantai macam biasa. Terasa sakit tempat yang cramp tue. 

Tengah hari, selepas emak dah settle mengurut 2 orang customers, baru lah dikerjakan betis yang manja nie. Sob! Sob! Sob! sakit taw.

Alhamdulillah, semakin beransur hilang sakit. Emak cakap nanti pas berbuka emak urut sekali lagi kalau sempat. (Tapi, tak sempat pun). 

Tak pe, lah. Sekarang, kaki dah ok.

Ostematrix pun dah sampai. Petang tadi, abang Gdex mai anto.

So, happy. Mudah-mudahan tiada lagi orang menangis pukul 1, 2, 3 pagi sebab 'Settok Karung'. InsyaAllah.

Buat ibu-ibu hamil di luar sana, ada masalah yang sama macam SMS.. amat-amat lah digalakkan untuk pastikan pengambilan kalsium dan magnesium yang cukup untuk badan kita seiring dengan perkembangan baby dalam kandungan dan juga aktiviti harian.

Setiap orang tak sama ujian dan cabarannya.

Tapi, kes cramp masa hamil ni memang normal berlaku pada ibu-ibu yang kurang kalsium, sangat aktive dan badan makin membesar daripada normal (sebelum hamil).

Untuk maklumat lanjut, mengenai Ostematrix boleh hubungi SMS (Sakinah : 019-9164276). InsyaAllah, kita sama-sama berusaha untuk kesihatan yang lebih baik dan keharmonian keluarga.

Anda juga boleh membaca kesan-kesan pengambilan Ostematrix kepada penggunanya di sini : Kesan Ostematrix kepada 44 orang pengguna Vitamin Shaklee.

Ok.

Take care. Selamat bersahur buat semua muslim.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment