Pages

Friday, 22 September 2017

DIARI AZZAHRA : 6 HARI BERKAMPUNG DI WAD BERSALIN HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN (HTAA)

Saya di wad ibu berisiko tinggi di tingkat 1,
sebelum bersalin.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam sihat dan salam bahagia buat semua. Terima kasih kerana membaca ruangan ini.

Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan anda.

Bagi yang sedang menanti hari bersalin, saya juga doakan ibu dan baby sihat dan selamat.

6 HARI BERKAMPUNG DI WAD BAGAIKAN SEBULAN LAMANYA

6 hari berkampung di wad bersalin terasa bagaikan sebulan.


Cukup memberi 1000 pengajaran dan pengalaman untuk pedoman hari mendatang.

Saya admit 3 Sept. 2017, sebab ibu GDM.

Rasa nak menangis bila dipaksa bersalin di saat bayi belum ready untuk keluar.

Mengikut teori perkiraan doc, kandungan saya dah 40minggu.

Tapi, pada saya.. teori dan praktikal tak sama. Saya bukan doc. Saya tahu usia bayi kami belum lagi 40minggu.

Saya pertikaikan usia kandungan bayi yang masih terlalu awal untuk bersalin. Saya merayu dan explain from A to Z sebelum terus dipaksa dan dipaksa tanpa rela.

Doc kata : "Kami dah semak puan. Tolak tendang terajang (ni bahasa saya, yang sebenarnya tolak tambah bahagi ikut teori dorang), bayi puan memang dah matang untuk dilahirkan.

Dan kami dah scan saiz bayi puan memang menepati usia 40minggu.

Kami risau kalau dibiarkan bayi semakin membesar.

Ini akan membahayakan nyawa bayi dan juga puan. Nanti bayi lemas lah.. mati dalam perut lah.

Berat bayi puan sekarang 2.9kg (Mak ai..!! belum lagi 3kg. Seingat saya, berat lagi saya masa dilahirkan dulu : 3.45kg)."

Sudahnya, aku redha dengan air mata.

Jalan tak bukak. Yang dapat sakit je sebab dipaksa.

Seusai check up.. aku tengok jam di dinding, sekitar 6.45petang.

Keluar dari bilik doc untuk cari surau (niat dihati nak solat asar. Lama sangat menunggu sampai asar pun dah hampir berlalu).

Aku tak sedar yang selepas kejadian check bukaan servik tadi, dah keluar darah. Gara-gara dipaksa. Yang pasti ada kesan rasa sakit.

So, aku solat seperti biasa.

Cuma selepas solat.. apa yang terjadi?

Nanti, kita sambung. Bayi dah bangun. Ibu baru syok nak story morry.

Sekian, wassalam.

Salam Sayang, Salam Kasih.
Diari Azzahra.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment