Pages

Sunday, 3 December 2017

JURNAL ARIFFSAKINAH - HAPPY FIRST ANNIVERSARY

Dah setahun kahwin.
Ni, antara hantaran dari pihak perempuan.
Sentuhan saya dan juga adik-adik yang banyak membantu.
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. syukur kepadaNya atas nikmat dan rahmat yang Allah berikan sehingga hari ini.

Walau di luar sana, hujan masih mencurah-curah membasahi bumi Terengganu. Saya masih belum lupa tarikh keramat pernikahan kami iaitu 3 Disember 2016.

Setahun yang lalu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Terima kasih, Ya Allah.

Setahun saya bersama en. suami melayari bahtera rumahtangga berdua dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata kami yang pertama.

Bayi perempuan yang sedang membesar hampir 3 bulan (genap 5 Disember ini).

Azzahra meniarap pagi tadi, masa ibu dia tengah solat subuh.
"Happy First Anniversary Abang"

Hurmm.. agak-agak apa planning untuk first anniversary ni ye?

Citer nya ingatkan nak ke kelantan 2,3 hari (en. suami nak tunaikan keteringinan si isterinya yang mengidam makanan kelantan masa mengandung).

Tapi, terkandas di tengah jalan. Hujan sehari dua sejak balik Terengganu ni sangat-sangat lah lebat. Cerah sekejap je. Matahari pun still off. Hehehe..

So, 3 Disember ni just jalan-jalan. Teman en. Suami bawak kawan dia makan-makan makanan Terengganu kat Restoran Mat Binjai dan ronda-ronda sekitar bandar Kuala Terengganu.

Agak kecewa jugak lah. Bila en. suami kata ada kerja dengan kawan dia. (kisahnya, dia lupa tarikh keramat tue. Huhuhu.. orang lelaki memang macam ni ke?).

Sangat tak best dating berlima dengan kawan lelaki di hari penting. So, sad.

Tak pe, lah.

Pujuk hati sendiri.

Asam garam dalam mengenali pasangan kita. We are not perfect. Hahaha..

Dah taw wife dia muncung panjang macam itik. Pepandai lah dia pujuk.

Ok, tak mahu sedih-sedih.

Let's enjoy my day setahun yang lalu kat bawah nie.

My simple wedding di musim tengkujuh.

Make up by mak andam last minute seawal jam 7 pagi.

Terpaksa cari mak andam last minit. Sebab tak yakin boleh make up sendiri.
Ni, lah hasil yang en.suami tak suka. Katanya, macam anak patung.
Macam kahwin dengan orang lain. Huhuhu.
En. suami sedang di interview oleh tok kadi. Lama giller..
Yang lucunya, sampai saya terlelap sekejap di hari bersejarah.
Hahaha. Gara-gara tidur lewat pagi. pakai inai tak menjadi.
Plus touch up apa-apa yang patut. Saya pun dah lupa touch up apa entah.
Menjahit manik kot. Yang pasti dah nak subuh baru tidur sekejap.
En.suami bagi Al-Quran. Hope, kekal hingga anak cucu, cicit, cuit.
Yang penting baca isi dalam tu. Bukan buat hiasan (peringatan untuk diri sendiri).
Oh! ye. Masa ni, kaki en.suami injured. Tu duduk pun tak seberapa.
Kecian, en.suami. Papepun, semuanya dah selamat diijab kabul.
Bergambar kenangan dengan emak mertua dan emak.
Bersama sebahagian family. Ni, baru sikit.
Yang lain, entah kemana, pun tak tahu.
Selepas akad nikah, bergambar sekejap. Pihak rombongan lelaki dijamu dengan makan ringan sementara tunggu next acara di tengah hari nya nanti.

Menu beehon goreng dan karipap. Air apa? Saya pun tak tahu.
Bab makan, emak yang handle dengan adik-adik.

Masa makan ni, gambar kak long dan abang long je yang ada.
Terharu, sebab kak long sanggup terbang dari KL.
Sempat tengok adik teruna dia menikah.
Pada asalnya, en.suami kata dia tak jadi datang atas urusan kerja.
Rombongan dari pengantin lelaki sampai lewat tengah hari.
Sedara-mara duk menanya mana lah pengantin lelaki nak jumpa. Huhuhu.
 Perjalanan jauh, katakan. Biasalah, tunggu semua bersiap baru boleh gerak.
Situasinya sama di pihak perempuan. Masa majlis di rumah suami.
Pihak pengantin perempuan lewat jugak. Ramai yang agak terkilan tak dapat jumpa.
Part saya paling tak suka. Kena jalan berarak semua orang tengok.
Malu kot. Malu-malu kucing. Kihkihkih.
Makan tengah hari. Macam-macam ada. Tapi, tak termakan.
Gambar kat dalam banyak yang tak jadi. Not ready.Ni je lah yang ok sikit. Pelamin so simple.
Ruangan pun kecik. Tak sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.
Majlis pihak lelaki pulak, 11 Disember 2016.

Kena berarak lagi. Huhuhu.

Potong kek.
Makan pengantin. Dorang punyer service macam ala-ala hotel.
Termalu kita di pihak perempuan yang so simple.
Bersama family en.suami.
Sesungguhnya, banyak sangat gambar yang diambil. Sampai tak tahu nak upload yang mana satu. Berpinar mata.

Cukuplah, sampai sini je untuk tatapan dan kenangan.

Papepun syukur Alhamdulillah, bukan mudah untuk kami sampai ke tahap hari ini. Macam-macam cabaran dan halangan nak menikah.

Akhir kalam, special song for my luvly partner en. suami, En. Mohd Noor Ariff Muhammad :


Happy First Anniversary, Abang.

Maafkan atas kekurangan diri ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan ucapan terima kasih atas keikhlasan hati abang menerima dan menyempurnakan hidup, sayang. Sentiasa berusaha berikan yang terbaik untuk perkahwinan kita. Bersabar melayan kerenah sayang alahan sepanjang 9 bulan mengandung dan diuji pula dengan proses bersalin dan berpantang yang macam-macam cabaran. Utamakan keinginan sayang lebih dari keperluan abang. Menangis sama-sama. Gelak sama-sama. Berhujan panas, sama-sama. Thanks a lot. You are my everything. Semoga kita kekal hidup bahagia sehingga ke syurga. Luv u, so much!! 




Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment