Pages

Friday, 5 January 2018

DAPUR SAKINAH : AYAM PANGGANG ZAPA GUNA PEMANGGANG AJAIB

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.

Hari ni, saya nak share sikit cam mana masak ayam guna Pemanggang Ajaib dengan mudah, cepat dan menjimatkan masa.

Kisahnya pukul 10pagi tadi. Lepas dah mandikan, dah susukan baby Azzahra.. Dia pun lena tidur diulit mimpi.

Si ibu pun masuk dapur.

Nak masak lauk tengah hari. Sayur-mayur semua dah settle. MIL masak sambal terung dan ulam-ulaman.

Tak tahu nak masak apa?

Dalam kepala nampak ayam bakar je lah. Senang dan mudah kerja. Yang penting, sedap.

Ambil itu ambik nie.. campak-campak masuk bekas.

Gaul bagi sebati bahan perapan. Letak atas pemanggang. Tinggal atas dapur, pi solat jap.


Masa solat tu, YaAllah.. memang tak kusyuk lah (Kantoi). Hahaha.

Bau nya menusuk kalbu. Memang cari pasal.

Terpaksa stop kejap. Pi tengok apa jadi?

Rupanya agak rentung macam dalam gambar sebab api tiba-tiba terbesar tanpa ku tahu punca. (Padahal guna mode slow dah).

Hahahaha..

Ada orang sabotaj ke?

Papepun, ramai cakap sedap walau rupanya agak failed.

So, kat bawah ni saya share bahan-bahannya ye :

-Serbuk Kunyit
-Serbuk Cili Merah
-Serbuk Black Paper
-Serbuk Bawang Merah ZAPA
-Serbuk Bawang Putih ZAPA
-Serbuk Halia ZAPA
-Serbuk Lengkuas ZAPA
-Serbuk Serai ZAPA
-Minyak Zaitun
-Serbuk Cukup Rasa Maggie
-Garam
-Gula
-Kicap
-Ayam 1/2 ekor

Jangan ditanya berapa sudu setiap sukatan. Saya campak-campak je semuanya ikut citarasa sendiri.

Saya lebihkan bawang putih dan bawang merah. Lengkuas paling sikit.


Sekian, sharing dari Dapur Sakinah untuk petang nie.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment