Pages

Monday, 26 February 2018

DAPUR SAKINAH : FIRST TIME MASAK IKAN BILIS SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Hari ni, saya terasa nak masak Ikan Bilis Masak Sambal Tempoyak.

Dan ni lah hasilnya.

Ok, lah for first time.

Bahan-bahan :

1. Ikan bilis ikut suka hati
2. Bawang merah (saya guna yang dah blend 2 sudu makan)*
3. Bawang putih (guna yang dah blend jugak 1 sudu makan)*
4. Serbuk halia ZAPA (1 sudu teh)*
5. Serbuk kunyit (1 sudu teh)*
6. Serai diketuk 4 batang
7. Cili padi hijau (6 biji)*
8. Cili besar merah (2 biji)*
9. Cili besar hijau (1 biji)*
10. Tempoyak (4 sudu makan)
11. Secawan air
12. Sedikit minyak masak untuk menumis
13. Sedikit garam
14. Gula dan Serbuk cukup rasa Maggie

**Actually boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Nak extra pedas, boleh tambah cili.

>Blend bahan yang bertanda *

Cara-cara memasak :

First, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan minyak guna tisu (ikut keperluan).

Then, tumis bahan blend tadi sehingga naik bau. Masukkan serai sekali.

Kemudian masukkan tempoyak, air, garam, gula, perasa mengikut selera orang nak makan.

> Berhati-hati letak garam. Biasa ikan bilis, tempoyak pun dan masin. Dah ada garam. (Letak jika perlu).

Tumis sehingga masak. Sekejap je.

Tak ambil masa yang lama lah. Melainkan masak untuk kenduri lain citer. Hehehe.

Bila sambal dah siap, sejukkan. Agak-agak dah sejuk, boleh gaul bersama ikan bilis goreng tadi. Ini kalau nak ikan bilis rangup lah.

Let say, suka kenyal-kenyal. Yang makan pun masih ada gigi. Boleh dicampak terus ikan bilis dalam sambal atas dapur masa tengah panas tue.

Ok.

Selamat mencuba.

Sekian, dari Dapur Sakinah.

Wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment